Saturday, June 4, 2011

Reporter and Opportunist

Reporter
Mina memang ada talent jadi reporter. Setiap apa berlaku atau apa yang dilakukan oleh Awish dan Sarah akan Mina lapurkan pada mama dan ayah.

"Mama, Sarah draw on the floor".
"Ayah, Awish don't do his homework"
Mama this, ayah that...

Kalah berita jam 8.

Kalau mama dan ayah tak terima berita tu, dia akan ulang-ulang, dan ulang-ulang sampai ada respon.
Kalau respon tak serius pulak, Mina akan terus 'sentap'; muncung akan automatik muncul sambil cakap "You never listen to me..."

So, mama dan ayah kena respon dengan penuh perasaan walaupun kekadang 'sakit telinga' dengar lapuran yang ntahapapa.

Opportunist
Lately, talent Mina yang ni makin terserlah. Especially bila lepas kena marah atau tengah menangis lepas ayah atau mama pujuk.

Contohnya, masa hari yang dia miss sangat Awish tu, masa masuk Speedmart99, ayah bagitau Mina, "carik apa Mina nak". Biasanya pegi Speedmart ni bila makanan eg air kotak, junk food etc. So, bila ayah cakap tu, itulah maksud ayah. Ayah expect, Mina ambik cheezel ke, twisties ke, milo ais ke etc. Tapi Mina ambik apa - toy yang harga RM30 lebih!! Opportunist betul. Tapi jangan harap ayah nak cair...

Lagi satu contoh, masa pagi Khamis, ayah marah Mina sebab dekat satu jam mandi tak siap2..So dah puas marah, ayah pun pujuklah, kesian pulak mama takde, kalau kena tinggalkan kat taska dalam keadaan kena marah, syahdu sampai ke petang pulak kang. So ayah pun pujuk dan Mina pun redha menangisnya. Dalam keadaan sedu sedan nak habis tu Mina cakap..

"Ayah, this Saturday I want to go Hong Kong Disneyland"
Ayah : ?!? *sigh* (blurr sekejap, sambil dalam hati pikir opportunist betul minah sorang ni) "Hong Kong jauh lah, maybe kita pegi tengok Kung Fu Panda 2 je...

Semalam, lepas kena marah dengan mama, Mina ulang lagi "Mama, I want to go to Hong Kong Disneyland. I want to buy one thing, last time I forgot to buy".

Ko ingat Hong Kong tu macam kat Shah Alam je ke..

Tak tau lepas ni apa pulak Mina nak mintak dan lapur.

*Lapuran ayah tamat di sini*

No comments: