Sunday, February 26, 2012

Night Outing

Awish ada sebut nak pegi Masjid Putrajaya. Tapi tak kesampaian. Minggu lepas masa pegi Alamanda ayah dah janji satu hari nanti kita pegi.

Hari Khamis lepas masa tengah buat homework tetiba Awish cakap dengan ayah yang dok kat sebelah "Ayah, Awish tak sabar lah nak pegi Masjid Putrajaya hari Sabtu nanti"

So, AMS family headed to Masjid Putrajaya selepas Maghrib hari Sabtu. Actually bukannya Awish nak pegi masjid tu, tapi nak berriadah kat dalam roundabout depan masjid tu je. 


Tapi first stop, dinner dulu kat food court tepi tasik tu. Nyum nyum nasi beriani

Sarah, the special one, enjoying the show of light



Memang cantik kan.

Main kat playground yang berbentuk kapal...You jump, I jump..

Payah betul nak ambik gambar bujang ni

Sarah happy sebab berjaya 'pau' ayah dengan kipas lampu ada lagu Angry Bird tu

Main lastik helikopter. Mina main sampai lastik tangan sendiri...Pastu nangis..Sarah ok je..

Tengah2 roundabout tu ada tiang bendera yang kat bawahnya ada fountain dan mist. 
Mula2nya Awish yang sibuk ke sini. Ayah bagitau mama dan ayah akan stay put kat tempat main lastik helikopter tu. Tak lama lepas tu Mina pulak yang ajak ke center roundabout tu. So semua pegi sekali. Tapi  carik2 Awish tak jumpa. Rupanya Awish dah patah balik dan menangis2 sebab carik mama dan ayah tapi tak jumpa. Nasib baik Mina nampak Awish dan bagitau kitorang semua ada kat bawah kawasan tiang bendera tu.
"If you leave me, how can I live?" kata Awish kat ayah, sedih sebab tak ingatkan ayah dah tinggalkan Awish tadi. Tragis la kau ni Awish.

Area yang ada mist tu memang best. Dah berkali2 naik baru tau rupanya tak boleh naik atas sini. Nasib baik orang lain yang kat atas tu masa security guard datang.

Aktiviti lain malam tu, ayah main bola dengan Awish. Dahsyat tu, Awish main bola...


Gambar ni ada nampak macam Mina pegang menara masjid tak?




After 10pm already. Nak balik dah. I think we will come again. Best la kat sini.

A good outing to lower down your stress and spent quality time with your loved ones.



No comments: