Sunday, February 5, 2012

Maktok Sakit

Maktok on-off-on-off kat rumah. Basically Maktok duduk kat rumah ni. Tapi bila AMS nak pegi Cherating atau nak balik Tampin Maktok akan ke rumah Makcik Mini.

Sepanjang berada kat rumah ni, Maktok memandang semua orang dengan pandangan yang boleh 'tembus', dengan tanggapan semua orang marahkan Maktok, dan apa yang berlaku kat rumah ni kesemuanya disebabkan kehadirannya (eg. mama pegi grocery shopping sebab dia duduk rumah ni makan je sampai makanan habis, walhal Maktok cuma makan bubur kosong je).

Dan Maktok akan sentiasa dengan khayalan2 yang negatif, amat negatif. Contohnya bila bunyi mercun meletup (logi la kan Chinese New Year) Maktok akan cakap kat mama "Nanti meletup kena mak nanti macam mana, nanti mak mati".

Macam2 lagi baca kat sini : http://momsfeelgood.blogspot.com/2012/01/some-illusion.html

Maktok jadi macam ni selepas adik Arwah Paktok di kampung meninggal dunia penghujung Disember. Maktok trauma atau mungkin terlampau sedih sampai semangat hilang.

Dua hari lepas, seorang lagi adik Arwah Paktok di kampung meninggal dunia. Maktok tak tau lagi, saja tak diberitahu sebab tak pasti apa akan jadi lagi kat semangat Maktok, kalau diberitahu.

*sigh*

No comments: