Monday, February 20, 2012

Lepas tension + boring

Masuk weekend ni dah minggu ke 3 AMS tak berjalan2 (balik kampung tak kiralah). Also, sejak Maktok ada dirumah, dengan fikiran Maktok yang bercelaru+rungsing-yang-amat-yang-tak-tentu-pasal tu memang susah nak keluar. Hatta nak keluar pegi taman pun Maktok akan cakap "nak pegi mana tu? jangan keluar! balik jangan pegi mana2!".

Awish pulak dah sibuk ajak ayah pegi main boling.

So memandangkan ayah rasa seisi rumah dah tension + boring, so, ayah pun ajaklah semua keluar jalan2. Ayah cuma kata kat Awish dan Mina " ayah bawak jalan2". Maksud ayah tu pusing2 dekat2 dalam kereta. Tapi Awish pulak kata "kita makan kat luar lah. Makan kat luar lagi best dari makan kat rumah".

So, since mama pun same tension + boring, maka, selepas bagitau Maktok 'keluar sekejap' maka Alamanda jadi destinasi weekend ni. Sebabnya kat situ ada playground besar. Bolehlah AMS 'dilepaskan' kat sana. Boling ada gak kat Alamanda tu.

Sesampai kat sana, ramai giler orang. Lepas satu2 kedai makan nak masuk tapi kesemuanya dah ada at least 2 atau 3 family yang queue nak masuk outlet tu. Last2 beli Auntie Annies je alas perut dulu. Boling pun penuh. Janji dengan Awish kita main boling next time, some other place.

Finally we settle+menunggu kat playground besar tu. Sesambil tu ayah tunggu kat sebelah meja orang yang tengah makan kat Noodle House (betul2 depan playground) dalam mode 'Aku nak duduk sini, baik engkau abiskan makan, bayar dan blah cepat'.

Alhamdulillah. Dapat jugak tempat duduk for lunch.

Jakun dengan pusat bulatan

Sorang lagi

Sementara carik kedai makan

Poyos...

the BIG playground (from kids perspective)

fuhh...mancho tu..
buat macam reta sendiri...Sarah kat dalam tu siap marah orang lain lagi.

Taste the Spring kau kata

Tomyam Spicy Springy Noodle...orang Puchong kata Maggi tomyam..haha...campur santan sikit itu ini sikit (tapi ni lah makan yang kita order yang paling sedap)


Chicken Chop (literally memang nak kena chop dulu baru boleh makan - k.e.r.a.s!!!)

Sirloin steak - ibarat minced beed yang di gumpal2

Lamb chop yang tak tau dah berapa lama lamb nye

Habis makan, AMS main pulak kat outdoor playground depan Carefour sbelah tasik dibawah sinaran matahari.

Anyway, whatever the situation, food tak seberapa, kedai2 penuh, panas, ramai orang dsb; it was a fun way to lepaskan tension dan boring for the whole family.

Untuk minggu depan ayah dan mama dah janji macam2 kat AMS - boling, bola dsb.

Hmmm...kita tengoklah camne nanti.


No comments: