Hari ni teacher bagi Sarah homework. First time Sarah kena buat homework. Kena tulis huruf A satu mukasurat.
Dengan sedikit bantuan dari ayah, Sarah pun mula menulis huruf A. Tapi saiz XXXXL....bosa gilo!!! Penuh satu kotak.
Lepas tu ayah turun makan malam. Tengah makan Sarah turun bawah; "homework finish oredi" kata Sarah. Fuhh...impressed ayah dengan anak dara sorang ni. Pantas giler siapkan homework.
Habis makan ayah pun naik check homework Sarah tu.
Sekali ayah terperanjat tengok homework Sarah bukan setakat dah siap, tapi kemas. Takde lagi tulisan gedabak2 tadi.
"Wah..dahsyat jugak Sarah, boleh padam dan tulis balik nak bagi kemas" impressed lagi ayah.
Tetiba ayah tergerak hati nak tanya Mina yang ada kat sebelah, "Did you do Sarah's homework?"
"Yes, I don't want teacher to get angry at Sarah" jawab Mina dengan selamba.
Ayah : .......................(hampeh betol la...tertipu den)
No comments:
Post a Comment