Monday, February 27, 2012

27.2.2012 : Not an ordinary day

Hari ni hari berbeza dari hari2 lain.

Hari ni ayah cuti. Sarah tak pergi sekolah.

Sebab hari ni Sarah ada follow up appointment. Hari ni Sarah buat CT scan dan ambik sampel darah. Memang biasa dah Sarah buat benda2 ni. Tapi biasanya ayah tak cuti dan disebabkan itu, Sarah mesti akan menangis kuat kat SDMC dan suruh mama telefon ayah sebab nak mengadu sakit.

Tapi hari ni ayah berada dengan Sarah, untuk beri kekuatan dan semangat pada Sarah untuk kena cucuk dan sebagainya, melayan Sarah berjalan2 di sekitar SDMC sementara menunggu keputusan CT Scan dan menuruti kehendak dan selera Sarah.




Selepas hampir 5 jam di SDMC akhirnya keputusan CT scan keluar..

"Remain unchanged compared to previous CT" dalam banyak2 Doktor tu tulis ini yang paling penting.

Alhamdulillah. Syukur. 

Besok, Sarah akan berjumpa Prof Lin untuk mengetahui AFP dan full blood test yg lain. Ayah tak akan menemani Sarah esok. Harap2 semuanya masih ok. 

Hari ni jugak adalah genap setahun pemergian arwah Wan.

Al-fatihah.

No comments: