Tuesday, February 28, 2012

Prof Lin said

Semalam ambil sampel darah, CT scan etc. Hari ni sampai masa untuk jumpa Prof Lin atau panggilan mesra Sarah Atuk Lin.

Alphafetoprotein 2.5. Alhamdulillah.

Blood - platlet, hemoglobin etc - ok. Even though Sarah tengah demam selsema. Alhamdulillah.

Prof Lin kata "Very good!"

Alhamdulillah.

Keep on fighting wahai Sarah. Ayah akan terus berdoa Sarah bertambah sihat dan sembuh sepenuhnya dan kanser tidak muncul lagi dalam hidup Sarah.

Amin.

Dah sudah jumpa Atuk Lin, time for lunch

Dengan hidung tersumbat Sarah menikmati makan tengahari

Model Sime Darby Healthcare. 

Petang tadi demam Sarah makin teruk. Sarah tidur nyenyak akibat kesan ubat dan penat disebabkan badan lesu.



Monday, February 27, 2012

27.2.2012 : Not an ordinary day

Hari ni hari berbeza dari hari2 lain.

Hari ni ayah cuti. Sarah tak pergi sekolah.

Sebab hari ni Sarah ada follow up appointment. Hari ni Sarah buat CT scan dan ambik sampel darah. Memang biasa dah Sarah buat benda2 ni. Tapi biasanya ayah tak cuti dan disebabkan itu, Sarah mesti akan menangis kuat kat SDMC dan suruh mama telefon ayah sebab nak mengadu sakit.

Tapi hari ni ayah berada dengan Sarah, untuk beri kekuatan dan semangat pada Sarah untuk kena cucuk dan sebagainya, melayan Sarah berjalan2 di sekitar SDMC sementara menunggu keputusan CT Scan dan menuruti kehendak dan selera Sarah.




Selepas hampir 5 jam di SDMC akhirnya keputusan CT scan keluar..

"Remain unchanged compared to previous CT" dalam banyak2 Doktor tu tulis ini yang paling penting.

Alhamdulillah. Syukur. 

Besok, Sarah akan berjumpa Prof Lin untuk mengetahui AFP dan full blood test yg lain. Ayah tak akan menemani Sarah esok. Harap2 semuanya masih ok. 

Hari ni jugak adalah genap setahun pemergian arwah Wan.

Al-fatihah.

Sunday, February 26, 2012

Night Outing

Awish ada sebut nak pegi Masjid Putrajaya. Tapi tak kesampaian. Minggu lepas masa pegi Alamanda ayah dah janji satu hari nanti kita pegi.

Hari Khamis lepas masa tengah buat homework tetiba Awish cakap dengan ayah yang dok kat sebelah "Ayah, Awish tak sabar lah nak pegi Masjid Putrajaya hari Sabtu nanti"

So, AMS family headed to Masjid Putrajaya selepas Maghrib hari Sabtu. Actually bukannya Awish nak pegi masjid tu, tapi nak berriadah kat dalam roundabout depan masjid tu je. 


Tapi first stop, dinner dulu kat food court tepi tasik tu. Nyum nyum nasi beriani

Sarah, the special one, enjoying the show of light



Memang cantik kan.

Main kat playground yang berbentuk kapal...You jump, I jump..

Payah betul nak ambik gambar bujang ni

Sarah happy sebab berjaya 'pau' ayah dengan kipas lampu ada lagu Angry Bird tu

Main lastik helikopter. Mina main sampai lastik tangan sendiri...Pastu nangis..Sarah ok je..

Tengah2 roundabout tu ada tiang bendera yang kat bawahnya ada fountain dan mist. 
Mula2nya Awish yang sibuk ke sini. Ayah bagitau mama dan ayah akan stay put kat tempat main lastik helikopter tu. Tak lama lepas tu Mina pulak yang ajak ke center roundabout tu. So semua pegi sekali. Tapi  carik2 Awish tak jumpa. Rupanya Awish dah patah balik dan menangis2 sebab carik mama dan ayah tapi tak jumpa. Nasib baik Mina nampak Awish dan bagitau kitorang semua ada kat bawah kawasan tiang bendera tu.
"If you leave me, how can I live?" kata Awish kat ayah, sedih sebab tak ingatkan ayah dah tinggalkan Awish tadi. Tragis la kau ni Awish.

Area yang ada mist tu memang best. Dah berkali2 naik baru tau rupanya tak boleh naik atas sini. Nasib baik orang lain yang kat atas tu masa security guard datang.

Aktiviti lain malam tu, ayah main bola dengan Awish. Dahsyat tu, Awish main bola...


Gambar ni ada nampak macam Mina pegang menara masjid tak?




After 10pm already. Nak balik dah. I think we will come again. Best la kat sini.

A good outing to lower down your stress and spent quality time with your loved ones.



Mental Theraphy

Mama dan ayah perlukan mental theraphy. Terutamanya mamalah. Ayah sekurang2nya ada gym atau running event yang boleh membantu.

So after sorting out all the necessary on Friday night, hari Sabtu semalam ayah nak keluar cari sport equipment. So ayah bawak mama, AMS pun sekali. Since tempat tu dekat je dengan Bukit Bintang, dan Awish dan Mina pulak sibuk nak McD, maka selepas abis urusan ayah, satu family terus ke Pavillion.

Sampai sana baru tau rupanya kat situ takde McD. So kita settled at Subway. Mula2 Awish macam muncung taknak, nasib baik ada chicken soup yang sedap..kenyang jugak bujang ayah ni. Mina pun dapat chicken soup gak.

Sepatutnya Sarah kongsi dengan Mina, tapi Sarah nak sendiri nye soup.

Macam dalam iklan je Mina

Abis makan, it's time for the gurlz to go shopping..

Mina memang pantang tengok pink

Sarah dah takde kasut berjalan. Kasut yang ada dah jadi kasut sekolah. So shopping ni sebenarnya misi mencari kasut Sarah.



Selepas bermacam2 pattern di cuba, akhirnya Sarah berjumpa yang berkenan di hati. Maka berposing gedix lah Sarah depan cermin.

Ayah offer Mina beli kasut gak. Sebab ayah serabut tengok kasut yang Mina pakai, hahaha.

Sementara adik2 nya carik kasut, Awish si bujang melayan perasaan boring dengan terbaring menonggeng dan sebagainya

Dah bayar tak kan nak tunggu balik baru nak pakai kan. So mama pun menggunakan kuasa gigi tahap 10 untuk mencabut price tag supaya kasut boleh dipakai...

Dan maka beraksi lah anak dara, Sarah....

...dan Mina dengan kasut baru mereka...

Sementara bosan si bujang telah melepasi tahap Gaban.. dan beria-ia nak balik.. Ni tengah tunggu all the gurlz shopping (Mama punya turn pulak untuk beli something as part of mental treatment)

Sebelum balik Mina dan Sarah nak tengok fountain kat luar tu. Aleh aleh rupanya hujan kat luar. So tengok dari jauh je lah.



Dah...jom balik!! Malam ni nak berjalan lagi..




Monday, February 20, 2012

Sand Art

Sejak dari Cherating hari tu, Sarah tak habis2 mintak nak duduk hotel.

I want swimming, ride house, play sand castle.

Sarah ingat ayah ni cap duit ke nak duduk hotel memanjang.

Main jelah sand kat depan rumah orang kat simpang masuk lorong kita ni.

Okay?





Lepas tension + boring

Masuk weekend ni dah minggu ke 3 AMS tak berjalan2 (balik kampung tak kiralah). Also, sejak Maktok ada dirumah, dengan fikiran Maktok yang bercelaru+rungsing-yang-amat-yang-tak-tentu-pasal tu memang susah nak keluar. Hatta nak keluar pegi taman pun Maktok akan cakap "nak pegi mana tu? jangan keluar! balik jangan pegi mana2!".

Awish pulak dah sibuk ajak ayah pegi main boling.

So memandangkan ayah rasa seisi rumah dah tension + boring, so, ayah pun ajaklah semua keluar jalan2. Ayah cuma kata kat Awish dan Mina " ayah bawak jalan2". Maksud ayah tu pusing2 dekat2 dalam kereta. Tapi Awish pulak kata "kita makan kat luar lah. Makan kat luar lagi best dari makan kat rumah".

So, since mama pun same tension + boring, maka, selepas bagitau Maktok 'keluar sekejap' maka Alamanda jadi destinasi weekend ni. Sebabnya kat situ ada playground besar. Bolehlah AMS 'dilepaskan' kat sana. Boling ada gak kat Alamanda tu.

Sesampai kat sana, ramai giler orang. Lepas satu2 kedai makan nak masuk tapi kesemuanya dah ada at least 2 atau 3 family yang queue nak masuk outlet tu. Last2 beli Auntie Annies je alas perut dulu. Boling pun penuh. Janji dengan Awish kita main boling next time, some other place.

Finally we settle+menunggu kat playground besar tu. Sesambil tu ayah tunggu kat sebelah meja orang yang tengah makan kat Noodle House (betul2 depan playground) dalam mode 'Aku nak duduk sini, baik engkau abiskan makan, bayar dan blah cepat'.

Alhamdulillah. Dapat jugak tempat duduk for lunch.

Jakun dengan pusat bulatan

Sorang lagi

Sementara carik kedai makan

Poyos...

the BIG playground (from kids perspective)

fuhh...mancho tu..
buat macam reta sendiri...Sarah kat dalam tu siap marah orang lain lagi.

Taste the Spring kau kata

Tomyam Spicy Springy Noodle...orang Puchong kata Maggi tomyam..haha...campur santan sikit itu ini sikit (tapi ni lah makan yang kita order yang paling sedap)


Chicken Chop (literally memang nak kena chop dulu baru boleh makan - k.e.r.a.s!!!)

Sirloin steak - ibarat minced beed yang di gumpal2

Lamb chop yang tak tau dah berapa lama lamb nye

Habis makan, AMS main pulak kat outdoor playground depan Carefour sbelah tasik dibawah sinaran matahari.

Anyway, whatever the situation, food tak seberapa, kedai2 penuh, panas, ramai orang dsb; it was a fun way to lepaskan tension dan boring for the whole family.

Untuk minggu depan ayah dan mama dah janji macam2 kat AMS - boling, bola dsb.

Hmmm...kita tengoklah camne nanti.