Dekat nak 3 minggu blog ni ayah tak update. Sekarang ni weekdays ayah rasa lebih baik spend time dengan Awish, Mina dan Sarah daripada depan komputer ber'blog'. Weekend pulak tak berblog sebab, sentiasa ada event - samada running event, atau event dengan Atuk, atau pun event escapade dengan mama.
Contohnya last weekend ayah dan mama pergi bercuti, cuti cuti Thailand.
3 hari Awish, Mina dan Sarah tinggal dengan Maid Ja. Sabtu, ahad, melepak kat rumah. hari Isnin Awish dan Mina pergi kesekolah. Sarah tak kesekolah sebab takde sapa nak hantar, dan yang paling penting RealKids memang tutup seminggu sebab HFMD (Penyakit tangan, kaki, mulut. Nasib baik Sarah tak kena).
Sebelum pergi ayah sempat ajar Awish, macam mana nak jawab Skype - maka dapatlah buat video conferencing melepas rindu cum spot check.
Berkali2 Mina pesan (bagi pihak Sarah jugak, kununnya) belikan baju, buku dan aiskrim (aiskrim??)
Anyway, tengah malam Isnin (pagi Selasa), mama dan ayah sampai. Tapi Awish, Mina dan Sarah terlampau mengantuk, jadi takde reaksi excited sangat.
Pagi-pagi esok (cuti hari pekerja), pukul 6 Mina, dan Sarah dah jaga dan terus segar. Mina bangun terus capai plastik dekat dengan beg mama, cari baju dan buku.
Checking out the books
Awish yang tak boleh nak bukak mata pun, sibuk tanya baju dia
Masing2 dah dapat baju
Lepas mandi, Mina dan Sarah terus pakai baju baru. Mama dan ayah memang pilih warna kesukaan Mina (pink) dan Sarah (purple). Nasib baik HRC ada colour pink dan purple dengan design yang cantik ni.
Kata Mina "Baju nasi goreng Pattaya"
Sarah tak khatam lagi buku baru.
No comments:
Post a Comment