Thursday, April 19, 2012

Mina sakit

Khamis dan Jumaat minggu lepas Mina mengadu sakit gigi. Hari Jumaat jugak Mina kena cucuk (BCG or something like that, tak ingat). Lepas cucuk Mina terus demam.

Ahad sampai Selasa, Mina mengadu pening kepala. Mainly disebabkan gigi Mina, gusi dah bengkak.
Semalam, Mama bawak Mina cabut gigi pulak. Bernanah semua cukup. Doktor gigi bagi ubattahan sakit dan antibiotik.

Tapi nak dijadikan cerita, Mina alahan dengan ubat-ubat tu. Muka, mata, badan habis lebam2, bengkak2. Mama bawak Mina ke klinik panel - tukar ubat. Kurang sikit alahan Mina.


Tapi petang tadi, alahan Mina tu macam menjadi2 balik...


Mulut, leher, perut habis merah2.

Kesian Mina. Kepala pun masih pening lagi.



No comments: