Seperti biasa semasa persiapan mama dan ayah paling risau matapelajaran Bahasa Malaysia - Pemahaman. Memang stresskan Awish (sampai Awish stress) untuk ulangkaji BM, dengan membaca dan menjawab soalan2 pemahaman.
Hasilnya Awish mendapat 83 markah!! Awish dapat A. Bolehlah Awish dapat 5A.
But...
Matematik...Awish dapat 77. Dapat B. Banyak careless mistake. Tak baca soalan betul2. Sayang je Awish. Ingatkan bolehlah first time dapat semua A. Ada jugak yang tersangkut. Awish dah complacent dengan Matematik ni. Over confident kut.
"Ayah, matematik, Awish cuai", Awish sendiri cakap. Ada bagus jugak dapat B tu. Boleh bagi cabaran kat Awish untuk ulangkaji lebih lagi untuk akhir tahun nanti. Kalau tak takut2 bertambah complacent.
Mina pulak, dengan silabus KSSR ni takde ujian. Pelik.
Tapi J-QAF Mina dapat markah untuk Jawi 100%.
Dekat KAFA, Asas Jawi, Mina pun dapat 100%. 5 orang je yang dapat 100% katanya.
Kudos tu Awish dan Mina!!
No comments:
Post a Comment