Sunday, May 20, 2012

Temankan Atuk

Makteh dan Pakteh nak pegi umrah. Dari sebulan dulu lagi Atuk dah bagi hint kat ayah, atuk nak balik kampung sebelum Makteh dan Pakteh bertolak ke Mekah.

Maka hari ni, pagi2 lagi AMS, mama dan ayah ambik Atuk kat rumah Mak Andak dan bertolak ke kampung, rumah Makteh. Alhamdulillah dapatlah jugak ayah melepaskan rindu kat kampung.

Tapi tak boleh lama sebab Makteh dan Pakteh ada kursus selepas zuhur.

Sebelum zuhur dah bertolak semula ke KL, untuk menghantar Atuk ke rumah Pak Ngah.

Tak sempat nak singgah di rumah pusaka. Kalau dah singgah mesti sekurang-kurangnya 30min ke 1jam menghabiskan masa di situ. Tapi dari kejauhan nampak rumah tu walaupun tingkap tertutup rapi; masih elok lagi rupanya, taklah nampak macam rumah tinggal sebab tak ada daun-daun kering. Rumput tak ada yang panjang meninggi, pokok di'trim' kemas. Terima kasih pada Ahmad, caretaker rumah tu.

Tapi walaupun tak sempat ke rumah, kubur arwah Wan tetap dikunjungi, Walaupun sekejap, cukup untuk sedekahkan Al-Fatihah pada arwah Wan.



No comments: