Thursday, September 29, 2011

The Delicate Procedure

Ni ayah menulis dari Bangkok @ Bangkok Post.

Alkisah wayar kat badan dulu ingat tak ? http://cekpenayah.blogspot.com/2011/09/sop-nak-mandi.html

Masa nak mandi nak kena cover kan. Setiap 3-4 hari pulak kena cuci (nyahkuman) dan flush. Setiap seminggu pulak kena tukar adaptor tu. It's a very delicate procedure. Mama je yang tau dan yang penting BERANI buat. Kena ada kesabaran dan ketelitian. Maka dengan itu ayah tak berani dan tak boleh buat.

Dressing set, yang ni ada kat Guardian (tapi selalu takde stok)

Jarum untuk syringe

Alcohol swab

Sarung tangan

Ni antara barang2 yang kena ada (kena ada stok.. nak buat stok buat boleh carik kat Guardian semua barang ni, kena pegi hospital)

Mulut kena cover. Kena pastikan jugak sebelum cover mulut tu tak makan petai. Kalau tak sendiri boleh pengsan.

Sebelah kiri tu Saline..untuk flushing..belah kanan adaptor

Plaster..

Dah ready semua..ubat luka dulu dengan cotton swap tu

cuci kat entri wayar tu..


Kebiasaannya Sarah akan menjerit pedih, sejuk dsb masa step ni.

Lepas tu spirit pulak...

Untuk cuci ubat luka tadi...tengok mata Sarah tu...tengah menjerit tahan pedih ni

Ubat luka dan spirit yang dipakai kat atas tadi

Dah kering spirit tu (boleh lah kipas2kan untuk bagi cepat kering) tampal plaster tadi kemas2 dan bukakan lapisan yang ada tulis2 tu.

Dah siap bahagian dressing.

Persediaan untuk flushing pulak.. Syringe dipasang dengan jarum. Bukan untuk cucuk Sarah tapi untuk cucuk Saline tadi. 

Lepas tu kena dijentik2 untuk bagi hilang bubble. Bab ni kena kesabaran. Sebab banyak bubble yang tak masuk sekolah, degil yang amat. Kenapa kena buang bubble? Kalau ada bubble, ada udara, udara ni mungkin masuk dalam salur darah dan boleh menyebabkan split second keputusan oksigen ke otak. Kalau jadi camtu maksudnya STROKE. Bahaya kan?

Ada dua port. Setelah tape dibukak dari port (jarum kat syringe pun kena bukak) syringe di 'kahwinkan' dengan port. Step ni kena 2 tangan. Satu tangan tekan Saline, liquid flushing tu masuk, satu tangan lagi untuk lock tiub tu sebelum liquid tadi abis. Kalau lambat lock, udara boleh masuk. Kalau udara masuk,....(baca yang kat atas tadi)

Alcohol swab (tengok balik gambar awal2 tadi) diguna pulak untuk cuci dan buang kuman kat port.

Seminggu sekali kena tukar adaptor/cover yang baru.

Micropore paper. Ada macam2 jenis, nampak sama je. Ada yang gam kuat, ada yang senang koyak, ada yang nipis etc etc. Tape ni diguna untuk secure plastik masa nak mandi dan jugak...tengok bawah

Guna pulak Micropore paper untuk tutup port tu. 

Step yang sama diguna untuk port yang satu lagi

Dah siap. Nampak je senang. Tapi sebenarnya hanya orang2 tertentu je yang gifted untuk buat ni. Mama salah sorang daripadanya.

Sampaikan SDMC dah beberapa kali panggil mama untuk bagi talk, support diorang untuk parents yang menempuh dugaan yang sama. Actually, bukan pasal nak buat dressing dan flushing ni jeSDMC panggil, tapi jugak untuk kongsi pengalaman menempuh cubaan dan dugaan mental dan fizikal menjaga anak2 istimewa, anak2 yang mengalami sakit Kanser.

Oh..lupa lak. Kalau Sarah mandi dengan lasak sampai dressing tu basah, step kat atas tu pun kena dibuat. Maksudnya kadang2 bukan kena buat setiap 3-4 hari sekali, kadang2 tiap2 hari.


2 comments:

Azlynna Lynn said...

Heparine tu puan minta hospital yg supply @ bli sndiri...ank sy bru je psg picc, dan kj kt hukm ni,minta flush sehari 2x...so sabtu ahad kna buat sendiri..

MommyCT said...

Heparine beli kat farmasi hospital senang sbb dlm saiz /botol kecik2 kan. Biasanya masa discharge tu doktor terus masukkan as part of ubatan yg dia prescribed. So senang masuk bill sekali.