Sunday, October 2, 2011

Hope it's not Influenza.

Masa ayah sampai dari Bangkok tengah malam Jumaat (Sabtu pagi) Mina merengek nangis, mengadu dia tak larat nak berdiri. Mama kata dari siang badan Mina panas dan dia mengadu sakit tekak. Malam tu terus bagi ubat dan guna towel basah untuk sejukkan badan Mina. Tapi temperature normal pulak.

Pagi esoknya tak berubah, Mina masih sakit2 badan, suhu badan Mina pulak naik 40 degree!! Lepas klinik bukak, ayah terus bawak pegi klinik. Doktor kata lung clear cuma tonsil bengkak. Balik dari klinik Mina macam improve. Petang Mina boleh main basikal lagi.

Tapi lepas tu Mina teruk balik, lemah, badan panas balik. Bagi ubat tak jalan jugak..masih panas. Suruh dia tidur cepat dan tak berselimut dengan towel basah kat kepala. Awal pagi (3am +) tadi mama check panas tak kurang. Masuk ubat kat b*nt*t 2 biji.

Pukul 7 pagi ni tak kebah jugak demam Mina, temperature 39.6 degree. Mama bawak pegi klinik lagi. Doktor kata, mungkin INFLUENZA!!. Doktor bagi ubat lagi dan kalau tak ok Selasa nanti kena check darah.



Sepanjang hari ni Mina cuma terbaring depan TV, towel kat kepala. Kadang2 Mina mengadu matanya berair, sakit badan. Selera makan pun kurang. Cuma bubur dan KoKo Crunch.

Hopefully it's not Influenza.



1 comment:

eB said...

mtk2 bkn la yer...