Lagipun kalau nak puas bercuti ayah biasanya ambik cuti extra, tapi kali ni tak boleh nak cuti extra sebab cuti tahunan ayah dah abiss...kalau ambik kena potong gaji (dan secara halusnya akan potong bonus).
Last2 minute cuba gak carik mana2 hotel yang boleh booking. Satu pun tarak. Nak ke shopping mall dah bosan, lagi pun setakat cuci mata je bosan gak.
Nak pegi Genting Theme Park...mahal ya rabbi..Adult Rm178 sorang.
So hasilnya KL Birdpark lah.
Makan time...kat Hornbill dalam birdpark tu. Sarah order itu ini tapi satu pun tak makan.
Tengok Birdshow
Seakan-akan RIO
Sementara tunggu mama ambik 'candu'
Hisap 'candu'
Akhirnya tertunai hajat Awish nak burung hinggap kat tangan dia. Selepas gambar ni ada burung hinggap kat kepala Awish dan turun ke tangan. Punyalah menggelabah Awish. Habis makanan tumpah.
Gambar Raya 2011
Dah habis kat KLBirdPark ni on the way balik, ayah tanya Awish "Awish nak pegi mana lagi". Satu soalan yang salah.
Akibat salah soalan..
Satu famili muncul kat KL Sentral..untuk apa? Untuk tunaikan hajat Awish nak naik tren..
Orang ramai, kena berdiri, tapi layan jelah
Tak kan naik je kan tanpa tujuan. Dalam laluan tren tu tempat yang paling best...KLCC...so kat KLCC lah kitorang landing..
Dah abis main, sembahyang kat KLCC, balik ke Sentral dan balik ke rumah.
On the way Sarah yang tak makan tadi sibuk plak lapar. Sari Ratu kat Puchong Jaya tu untung hari tu. Rezeki Sarah jugak.
Habislah Hari Malaysia.
Tammat.
1 comment:
bestnyer jenjalan... nak ikot :)
Post a Comment