Wednesday, August 24, 2011

Denda yang tak berapa denda

Start pukul 6:45 petang. Pkul 7:15 mlm tak sudah2 lagi.

Apakebenda? Sarah makan.

Pukul 7 mlm sebenarnya Sarah makan yang tak makan...???? Nasi masuk dalam mulut Sarah tapi Sarah simpan je dalam mulut.. Kena paksa telan...tapi tak telan telan.

Macam2 alasan Sarah bagi...nak air lah, nak muntah lah...

Last2 Sarah kena denda...

Duduk kat luar rumah.. Mesti Sarah nangis kan?

Jangan harap. Sarah mundar mandir kat luar. Macam dah biasa je. Menunggu orang datang rescue..

Tak lama lepas tu, datanglah superheroin Sarah tu.


Sebelum Maid Ja datang 'rescue' Awish pun risau gak dengan Sarah. Siap pegi keluar lagi nak tengok Sarah ok ke tak.

Nampak macam tak patut kan untuk Sarah yang tengah recovering from cancer stage 4 nih. Tapi sebenarnya sebab kerana kesian lah terpaksa guna cara macam ni untuk force Sarah makan. Kalau tak jangan harap Sarah nak makan (dan telan).

Denda dok luar rumah tu setelah denda2 dan ugutan2 lain sebelumnya tak jalan. Dan sebenarnya jugak Sarah dah tak heran dengan denda duduk kat luar rumah tu.

Tak tau kenapa Sarah liaaattt sangat nak makan (dan telan) sekarang nih.. Badan meninggi, maka lagi nampak tak berisi le jadinya. Vitamin dah habis sebotol, takde pape pun. Ni mama dah beli vitamin yang kedua (brand lain plak),

Ayah nak tepuk punggung Sarah pun rasa tulang je dah (lagi lah bila Sarah dah stop pakai diapers ni).

*sigh*....

1 comment:

eB said...

SeLaMaT HaRi RaYa
MaaF ZaHiR BaTiN