Friday, August 26, 2011

Airmata untuk Awish: Sebuah Prologue

Ayah melihat Awish melayan fantasi, sebagai Ultraman, tengah beradu tenaga melawan raksaksa imaginasi di tempat tunggu bas. Rasanya takde budak Tahap 2 yang beraksi mcm tu. At least kat taman ni.
Awish baru shj tadi kena marah, dipaksa bersiap ke sekolah, kerna Awish menyangkakan hari ni cuti dah bermula. Mesti Awish confused dengan arahan cikgu ataupun cerita kawan Awish semalam.
Ayah sedih dalam usia yang dah 8 tahun Awish masih tak faham dan tak boleh compute arahan2 mudah dan selalu berkhayal yang bukan2.
Memang kdg2 ayah rasa mcm putus asa dengan Awish.
Tapi Awish tak salah.
Ayah yang gagal selama ini untuk membantu Awish.
Kdg2 ayah rasa macam ayah ni hopeless.
Tapi setiap kali sembahyang tetap ayah doakan Awish bertambah kematangan dan bijaksana.
Ayah memandu kereta ke pejabat sambil airmata bergenangan.

Ya Allah, kau tunjukkanlah aku jalan untuk membantu anakku ini. Amin.

Published with Blogger-droid v1.7.4

1 comment:

eB ezrin said...

eB x phm...
salam aidilfitri ..:)