Tuesday, August 23, 2011

Tragedi

Hari ahad 22 Ogos 2011.

Ayah bawak Awish ke PaRam masa balik dari Mina nye konsert. Ini cuma kali kedua Awish pegi.

Semua Awish nak. Nasi ayam, sosej, air coklat, cekodok pisang, donut. Sate pun Awish nak, tapi ayah cakap dah banyak dah ni. Esok je lah.

Masa buka puasa memang Awish makan dengan berselera sekali.

Nasi ayam, diselang seli dengan donut, kueh2. Dah habis tu Awish nak makan nasi dengan lauk yang kat rumah pulak. Bergelas-gelas air sirap (air coklat belum lagi) Awish minum. Mama dan ayah dah abis makan, Awish belum lagi (macam biasa lah ni).

Dah abis Awish duduk kat sofa. Tetiba ayah dengar macam air mencurah-curah.

Tengok2 Awish muntah, sirap dan sedikit nasi keluar balik. Melimpah kena sofa.

Kenyang sangat gamaknya si bujang sorang ni.

Tragedi overdosed.


No comments: