Sunday, August 7, 2011

Liat

Sarah dah masuk minggu kedua, liat untuk makan. Dari 14kg lebih hari tu dah tinggal 13kg lebih je.

Sarah akan bagi macam2 alasan tak nak makan. Nak tidurlah, nak beraklah, tunggu dululah, Mina kena makan sekalilah.. tapi biasanya Sarah akan kalah jugak. Kena gak makan.

siap tutup mulut, takut nasi kena suap/sumbat dalam mulut..sabar jelah

Tiap-tiap kali nak makan mesti nak kena ugut. Kasi makan ubatlah, tak boleh ikut jalanlah, nasi bagi Minalah, ayah marahlah, itulah inilah.Dan biasanya Sarah akan menangis sebab kena marah atau kena leter atau kena ugutan2 tadi tu.



Tapi Sarah masih liat, tak nak makan habis. Sepinggan nasi silap2 ambik masa sejam lebih nak abis. Dan biasanya memang tak abis pun.

1 comment:

abah khalisha said...

nape tu tknak makan..mummy masak tk sedap kot.hehehe..