Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya


Dari Awish, Mina, Sarah, mama dan ayah.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, August 28, 2011

Penang

Semalam dikala orang dah berpusu-pusu balik ke kampung, AMS pergi berbuka puasa diluar. Sebab utama ada dua - satu - Maid Ja dah balik beraya (pagi2 lagi sebelum 7am dah hantar dia ke LCCT), so takde orang nak masak dan kemas. Ke dua - lauk pun dah abis. Memang ayah dan mama bajet lauk2 cukup sebelum balik raya, sebab takut blackout masa tinggalkan rumah lama nanti.

Sunway Pyramid destinasi buka puasa. Sebab ayah kondifen (wrong spelling is intended) orang dah ramai balik dan mall akan lengang. Tengok2 ramai giler umat. Tua, muda, cina, melayu, india, benggali (CIMB), kecik, besar semua ada. Nak jalan2 window2 shopping pun bahaya. Bahaya sebab AMS ni bukan reti dok diam, lari sana lari sini. Tetiba kang hilang je sebab ramai orang. Tempat nak makan pun semua penuh.

So, kita landing kat tempat yang selama ni sebelah mata pun tak pandang - Simply Penang. Tu pun tinggal 3 meja kosong, terus mama sambar.

Ayah like this pic

Kepingin Sunway Lagoon

Mama explain, nanti kita pegi lepas Sarah nye 'wire' dah buka. Hari ni tak boleh sebab hari ni puasa. Lepas buka puasa nanti dah tutup dah.

Terseksi lah pulak Sarah ni

Poyo tak abih


Why the loonnngggg face? Baru lepas kena marah sebab tak nak mengalah dengan Sarah.

Funny expression by Mina

Kill time nak buka puasa

dah free style dah semua orang, tunggu time

Yang ni pulak dah tak sabar2 dah ni nak makan Nasi goreng belacan ni

Kalau ambik gambar tak pernah nak senyum dengan ikhlas. Terpaksalah buat macam ni.

Penag style prawn mee...marbeles

Nasi lemak chicken curry. Ayah kena pau dengan Sarah.

Sarah punya...udang deep (and hard like stone) fried 

Assam Laksa..marbeles

Masih kepingin Sunway Lagoon

Dapat ambik gambar kat Maskot pun ok la...kut



Friday, August 26, 2011

Feeling

Hari ni ayah punya last day keja....untuk bulan ni. Dengan itu bagi AMS diorang dah feeling tak lama lagi happy days, bukan raya feeling tapi holiday feeling.

So, ayah balik keja tadi nak bagi ada raya feeling (kat ayah dan mama) ayah pasang lip lap kat luar rumah. Lampu yang dah masuk tahun ketiga. Lampu harga RM10 satu set yang dah faded tapi masih menarik dipandang.

So malam, nak bagi feeling raya kat AMS ayah cuba carik bunga api (pop pop pun jadilah) tapi takde kedai yang jual. Terpaksa lah plan B - suruh diorang posing kat luar depan lampu lip lap tu.




Awish muncung sebab dia dah tido sebenarnya, so dia kecewa dia tak join awal2 lagi.



Esok lagi lah feeling raya sebab balik kampung setelah 2 tahun tak balik. Bukan kitorang, tapi Maid Ja. Pagi2 esok dah nak ke LCCT hantar dia balik cuti sebulan.


Airmata untuk Awish: Sebuah Prologue

Ayah melihat Awish melayan fantasi, sebagai Ultraman, tengah beradu tenaga melawan raksaksa imaginasi di tempat tunggu bas. Rasanya takde budak Tahap 2 yang beraksi mcm tu. At least kat taman ni.
Awish baru shj tadi kena marah, dipaksa bersiap ke sekolah, kerna Awish menyangkakan hari ni cuti dah bermula. Mesti Awish confused dengan arahan cikgu ataupun cerita kawan Awish semalam.
Ayah sedih dalam usia yang dah 8 tahun Awish masih tak faham dan tak boleh compute arahan2 mudah dan selalu berkhayal yang bukan2.
Memang kdg2 ayah rasa mcm putus asa dengan Awish.
Tapi Awish tak salah.
Ayah yang gagal selama ini untuk membantu Awish.
Kdg2 ayah rasa macam ayah ni hopeless.
Tapi setiap kali sembahyang tetap ayah doakan Awish bertambah kematangan dan bijaksana.
Ayah memandu kereta ke pejabat sambil airmata bergenangan.

Ya Allah, kau tunjukkanlah aku jalan untuk membantu anakku ini. Amin.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 24, 2011

Denda yang tak berapa denda

Start pukul 6:45 petang. Pkul 7:15 mlm tak sudah2 lagi.

Apakebenda? Sarah makan.

Pukul 7 mlm sebenarnya Sarah makan yang tak makan...???? Nasi masuk dalam mulut Sarah tapi Sarah simpan je dalam mulut.. Kena paksa telan...tapi tak telan telan.

Macam2 alasan Sarah bagi...nak air lah, nak muntah lah...

Last2 Sarah kena denda...

Duduk kat luar rumah.. Mesti Sarah nangis kan?

Jangan harap. Sarah mundar mandir kat luar. Macam dah biasa je. Menunggu orang datang rescue..

Tak lama lepas tu, datanglah superheroin Sarah tu.


Sebelum Maid Ja datang 'rescue' Awish pun risau gak dengan Sarah. Siap pegi keluar lagi nak tengok Sarah ok ke tak.

Nampak macam tak patut kan untuk Sarah yang tengah recovering from cancer stage 4 nih. Tapi sebenarnya sebab kerana kesian lah terpaksa guna cara macam ni untuk force Sarah makan. Kalau tak jangan harap Sarah nak makan (dan telan).

Denda dok luar rumah tu setelah denda2 dan ugutan2 lain sebelumnya tak jalan. Dan sebenarnya jugak Sarah dah tak heran dengan denda duduk kat luar rumah tu.

Tak tau kenapa Sarah liaaattt sangat nak makan (dan telan) sekarang nih.. Badan meninggi, maka lagi nampak tak berisi le jadinya. Vitamin dah habis sebotol, takde pape pun. Ni mama dah beli vitamin yang kedua (brand lain plak),

Ayah nak tepuk punggung Sarah pun rasa tulang je dah (lagi lah bila Sarah dah stop pakai diapers ni).

*sigh*....

Tuesday, August 23, 2011

Tragedi

Hari ahad 22 Ogos 2011.

Ayah bawak Awish ke PaRam masa balik dari Mina nye konsert. Ini cuma kali kedua Awish pegi.

Semua Awish nak. Nasi ayam, sosej, air coklat, cekodok pisang, donut. Sate pun Awish nak, tapi ayah cakap dah banyak dah ni. Esok je lah.

Masa buka puasa memang Awish makan dengan berselera sekali.

Nasi ayam, diselang seli dengan donut, kueh2. Dah habis tu Awish nak makan nasi dengan lauk yang kat rumah pulak. Bergelas-gelas air sirap (air coklat belum lagi) Awish minum. Mama dan ayah dah abis makan, Awish belum lagi (macam biasa lah ni).

Dah abis Awish duduk kat sofa. Tetiba ayah dengar macam air mencurah-curah.

Tengok2 Awish muntah, sirap dan sedikit nasi keluar balik. Melimpah kena sofa.

Kenyang sangat gamaknya si bujang sorang ni.

Tragedi overdosed.


Sunday, August 21, 2011

R.E.A.L.W.O.R.L.D

Hari ni Mina punye concert. Schedule start pukul 3. Tapi dari pukul 7 pagi lagi, selang 10-15 minit Mina tanya mama, "Mama, I shower now?" "Mama, now, make up?". Dah macam radio rosak pun ada. Telinga mama dan ayah pun macam nak rosak.

Sebab takut Mina pengsan sebab nanti nak terkinja-kinja atas stage, mama suruh Mina buka puasa. Lepas tu make-up session.


Sarah pun nak makeup jugak

Sesampai kat dewan, pukul 2 rupanya dah penuh. Dapat duduk belakang sekali.

Mina's Fan Club



Mina's biggest fan membute

Tema : Real Kids in Real World

Pre 3 Wisdom (3 girls) dengan MC.. Yang tepi sebelah kiri tu best friend Mina, Ilya. Selalu betul bagi gift kat Mina.

And here's our idol.. smiling from ear to ear..happy

Muncung sekejap sebab tak nampak mama

Lepas nampak mama, Mina menari dengan ceria.. lagu? Indian song.


Rancak giler tarian nih..



Mama dan ayah happy tengok Mina happy. (Walaupun baju ntahapaapantah)




Well done Mina!! This will be your last concert. Tahun depan dah darjah 1, takde dah consert consert ni. Lepas tu dah besar nanti jangan pulak terkinja-kinja macam ni.




Time

Time to buka puasa kat luar


Kill time 
Macam biasa..budak bujang terlari sana, terlari sini, fire sana fire sini, terajang sana terajang sini...

buat rantai

tengah fokus gilerrr

w.i.p

kan ayah dah kata...terajang sana sini..adik sendiri pun nak di terajang..

Come on let's do the twist..as we did last summer..

anak sapa lah ni.. terkinja kinja atas stage..


berangan perform

kill time kat kedai depan restoren..

tak best berangan dua orang..tarik mama..nak pow mama..tapi duit ayah..

Mama dah nak beli skaf. Beli Sarah tengok Mina beli sepit rambut, Sarah pun nak sepit. Tapi nak sepit kat mana? Rambut pendek sangat. Rantai tadi pulak dah siap, Sarah dah pakai dah tu.


Almost makan (buka puasa) time
Kali ni tak ambik Extra Hot, ambik Lemon & Herbs je. Sebab takut Sarah tak leh makan.

Air M****Red (tak ingat nama)

Almost time

Berkali kali Awish tanya, what time father..what time father...tengok sendiri lah... dah flat sangat..

Kenyang Time 
Gambar orang lain tak ambik sebab..mama dan Mina tengah sibuk makan lagi. Awish pulak macam biasa, habis makan, tak kira kat mana, rumah ke tempat awam ke, selamba je, terus lelap dengan mulut menganga. Nak ambik gambar buat rosak kamera.

Balik time
Kenyang perut suka hati.. Sarah extra happy sebab mama berjaya sepitkan sepit rambut tu kat rambut Sarah yang cuma beberapa millimeter je tu.