Ayah dapat nikmat Allah selama 2 hari..
“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30.
Dari hari Khamis, bermula dengan accute migraine, selepas stomach ache, purging, on the way balik masa driving tekak dah loya. Nasib baik tak muntah dalam kereta. Malamnya ayah dah pucat berpeluh-peluh dan muntah berkali-kali.
Jadi semalam ayah dapat MC dan seharian bangun, tidur, pegi bilik air...
Suatu nikmat sebagai peringatan dari Allah SWT akan apa yang telah dilakukan. Suatu nikmat jugak sebab ayah dapat melupakan stress kat tempat kerja dan berehat dirumah.
Juga nikmat sebab setelah beberapa hari balik lewat dan tak tengok gelagat Sarah hari ni ayah dapat tengok telatah Sarah dan dapat tengok sendiri progress Sarah (walaupun sekejap2 sebab most of the time ayah tido).
Mama kata Sarah hari ni nampak happy sangat sebab ayah ada kat rumah. Bukan saja Sarah yang happy, Awish dan Mina pun sama jugak. Kan ke nikmat jugak tu untuk Awish, Mina dan Sarah.
Dan nikmat yang paling best sekali ayah dapat pelukan Sarah sambil Sarah letakkan kepala kat dada ayah sebelum Sarah cakap "Bye ayah, I want to go Taman".
Memang sakit tu suatu nikmat untuk yang sakit dan mereka disekeliling yang sakit.
No comments:
Post a Comment