Tuesday, July 19, 2011

Follow up @ UMMC

Hari ni Mina dan Awish kena transit kat Taska. Sebabnya Sarah nak maid ikut.

Appointment pukul 8 pagi.

Sarah kena cucuk total 6 kali (kalau tak salah ayah mama cakap). Ada sekali tu menangis dan mintak mama telefon ayah sebab nak mengadu.

Bahan yang radioaktif (betul ke) disuntik dalam badan Sarah sebab nak tengok renal Sarah berfungsi secara normal ke tak. Lepas tu flushing untuk buang bahan tu. Result 2-3 minggu lagi.

Esok jumpa paed onco pulak, kat UMMC jugak.

bosannya kat hospital...bila nak habis kena cucuk ni...

baik mentedarah dulu..........

5 comments:

MommyCT said...

Cucuk 2 kali je.

Antasya sYa said...

yang dekat dada sarah tu ape ek?.
selalu tgok ada jer..

eB ezrin said...

SIN GGAH MENZIARAH :)

fnd said...
This comment has been removed by the author.
fnd said...

yang kat dada tu chemoport..senang nak citer camni..tiub yang masuk ikut dada, lalu sebelah leher dan masuk ke salur utama darah dekat dengan jantung. Ubat kimo masuk ikut situ, nak ambik darah pun boleh ikut situ. Tak boleh basah, kalau tak, infection, kalau infection bahaya sebab terus ke jantung. Kena ada selama Sarah follow up or lebih lama dari tu. Nak senang dibawa dan untuk elak kekotoran diletak dalam kantung yang sebenarnya pouch handphone.