Sunday, July 31, 2011

Family Outing : Padi House

Padi House Cyberjaya

Stock makanan kat rumah almost completely depleted. Monday dah nak posa. So mama dan ayah opt for 'special' dinner with AMS.

Awish - nasi goreng tomyam...banyak nye...

Mina dan Sarah - mushroom soup and bread

Mama - Sirloin steak

Untuk Mina dan Sarah jugak - Chinese style Hor Fun.. tapi dua2 tak nak. Last2 mama dan ayah yang belasah

Ayahnya - grilled lamb chop

Nasi goreng tomyam tu panas...so api keluar kat kepala Awish..Awish tengah cuba nak control level api yang keluar.

Sarah cuma makan soup dengan roti tu je..lepas tu sibuk nak main ....

....dengan Mina

Dah kenyang...korek hidung...dah lah tu nak b*rak lagi...anak sapa lah ni...
tapi itu pun ada hati nak makan mushroom sup lagi..next time lah Awish ye..

tengah acah2 ikan kat kolam..ni belum dapat makanan lagi ni..masih siang

anak bujang ni nak masuk bawah ketiak mama kut

enjoy..main dengan ayah

one for the family album



Saturday, July 30, 2011

Menyambut kepulangan

Malam tadi flight ayah delay sikit. Nasib baik 15min je. Dan nasib baik (dan ajaib) beg keluar amat cepat sekali. So end up ayah keluar arrival hall pukul 11mlm.

Masa tu mama, Awish, Mina dan Sarah dah siap sedia menunggu ayah kat Burger King (BK).

Awish dah KO dalam kereta, sampai kat BK cergas+mengantuk main Angry Bird

Mina pun dah KO dalam kereta tapi bersemangat makan

Sarah dah KO dalam kereta dan berterusan KO sampai ke pagi. Macam ayah jangkakan sebelum pegi hari tu, rambut Sarah dah tumbuh sekata.

AMS, ayah dah balik.



Wednesday, July 27, 2011

Ayah...

Ayah can I see the bed / kitchen / bathroom / window - Awish
Ayah I want to follow - Mina
Ayah I miss you - Sarah

2 hari lagi ayah balik ok...





Tuesday, July 26, 2011

Ayah miss uols


Ayah dah belikan baju untuk Sarah. Untuk Awish dan Mina pun ada. 

Tak tau lah menepati citarasa ke tak.


Sunday, July 24, 2011

Kenapa Sarah?


Masa diarrhea teruk hari tu Sarah cuma 11.9kg. Last two weeks 14.5kg. Mama dan ayah happy tengok pipi Sarah dah tembam, peha dah berisi etc.

Tapi sekarang ni dah 12.7kg pulak.

Kenapa Sarah?

Janganlah buat mama dan ayah risau ok.

Esok kita cakap kat skype k.


fromayah@toyotacity

Saturday, July 23, 2011

Ayah posting dari Earthquake-hit area

Ni sedutan dari berita kejadian tadi..

A STRONG 6.5-magnitude earthquake was recorded off northern Japan today, but the Japan Meteorological Agency said there was no danger of a tsunami.
The quake happened at 1.34pm local time off the Pacific coast of Miyagi prefecture, around the same area as the giant March 11 earthquake and tsunami.
The epicentre was recorded at a depth of 40km, agency data showed.
The US Geological Survey recorded the earthquake as magnitude 6.4, at a depth of 35km, about 126km north-east of Sendai.
There were no immediate reports of damage or injuries but the Tohoku Shinkansen bullet train service stopped operation due to the quake, according to local media.
The devastating March 11 disaster left about 22,000 people dead or missing and triggered an atomic crisis at the Fukushima Daiichi nuclear plant.

Memang masa 1:34pm tu ayah baru je naik teksi so takde lah rasa apa2. Dapat tau pun sebab driver teksi dapat SMS alert untuk earthquake. Dia terus buka radio dan dapat tau gempa tu baru je jadi 2 minit sebelum tu. Radio kata maybe tsunami. Dan Jepun2 ni kata biasanya bertita kat radio tu 100% accurate. Terasa gak masa tu darah takde kat muka. Memang ayah suspen teringat AMS dan mama kat rumah tapi yakin ayah dalam lindungan tuhan. Bila ayah sampai kat kilang Iwate Prefacture ni ada 5-6 orang yang tengah berdiri kat luar kilang, standby. Alhamdulillah tak ada apa2 lepas tu.

Tapi masa tour line kat kilang tu Jepun2 kat sini tunjuklah gambar2 apa yang jadi kat production line masa 11 Mac nye earthquake hari tu. Banyak gak kereta2 yang terpaksa di buang sebab rosak masa gemba.

Tapi memang nak cepat tinggalkan kawasan ni. Pagi2 esok akan naik Shinkansen balik ke Tokyo, transit dan lepas tu sambung ke Nagoya. Total naik Shinkansen 5 jam kut.


Penat hari ni dan semalam masih tak hilang. Apa taknye, keluar rumah pukul 2pm hari Jumaat. Transit kat Singapore. Bertolak dari Singapore ke Tokyo pukul 9:45 mlm. Tapi dlm flight tak boleh nak nyenyak. Sakit badan. Sampai Tokyo, tukar train 2 kali sebelum naik Shinkansen. Sampai kat Kitakami, pekan yang macam ghost town ni pukul 11:30pg. Pukul 1:30pm dah naik teksi pegi kerja.

Signing off from Kitakami town, Iwate Prefacture, around 250km from Fukushima (Leaked Reactor).

Miss AMS and mama already.

Friday, July 22, 2011

Ayah posting dari Lion City

Ayah tengah transit kat Changi Airport. Bosan nak menunggu flight lagi 2.5 jam.

So, teringat lak gambar Sarah yang ayah ambik tadi.

Minggu lepas Sarahnye muka memang licin lagi. Minggu ni mama dan ayah perasan yang kening Sarah dah makin lebat. Bilu mata pun dah mula memanjang.

Kepala pun dari halus dan sangat jarang2 dah mula tumbuh sekata dan mula keluar panjang.

Ayah dapat rasakan ayah balik minggu depan mesti kepala Sarah dah nampak hitam dengan rambut.

So, Sarah akan beraya dengan rambut?

Insyaallah..

Signing off from Singapore.

Thursday, July 21, 2011

Blood Tranfusion

Hari ni Sarah kat SDMC blood transfusion, sebab hari tu blood test result HB kurang.

Pakai legging, pakai swimming suit, berstokin pakai jaket ke hospital untuk buat blood transfusion.. anak sapalah ni....

Lelap..penat punye pasal..

masa tidur..terkencing lah pulak..maka dapatlah mama carik peluang dan reason untuk tukar kan baju si Goofy ayah ni..

Esok.. ayah tinggalkan Sarah selama seminggu..jangan gaduh2 dengan Awish dan Mina ok..

Sayonara!!!


Wednesday, July 20, 2011

Another Prof

Lepas Prof Lin, Prof Raman, Prof Wan, hari ni Prof Chan.

Prof Chan ni Paed Onco kat UMMC.

Dia agree yang Sarah dah bertambah ok. Dan dia agree follow up kat SDMC dengan Prof Lin tu ok. (Kalau doktor lain dari Prof Lin dia mungkin tak setuju). In case (mintak dijauhkan) Sarah nye cancer relapse, Sarah still boleh pegi ke UMMC.

sementara nak tunggu jumpa doktor..main dulu

lepas tu makan sup kat secret recipe..

lepas tu main balik...

lepas tu makan sup lagi kat secret recipe

lepas tu main lagi..

Esok...blood transfusion pulak..kat SDMC balik..






Tuesday, July 19, 2011

Follow up @ UMMC

Hari ni Mina dan Awish kena transit kat Taska. Sebabnya Sarah nak maid ikut.

Appointment pukul 8 pagi.

Sarah kena cucuk total 6 kali (kalau tak salah ayah mama cakap). Ada sekali tu menangis dan mintak mama telefon ayah sebab nak mengadu.

Bahan yang radioaktif (betul ke) disuntik dalam badan Sarah sebab nak tengok renal Sarah berfungsi secara normal ke tak. Lepas tu flushing untuk buang bahan tu. Result 2-3 minggu lagi.

Esok jumpa paed onco pulak, kat UMMC jugak.

bosannya kat hospital...bila nak habis kena cucuk ni...

baik mentedarah dulu..........

Monday, July 18, 2011

Reality Check

Hari ni Sarah punye follow up @ SDMC. Blood test and MRI Scan.

Result -

Alphafetoprotein 7.6. Good! Finally dapat reading less than 8. Platlet dah ok..WBC normal. Tapi...Homoglobin 8.6..Normal 12. Kenapa ek? Dah lama dah abis kimo tapi HB masih tak normal. Hari Khamis nak kena blood transfusion.

MRI scan result, abdomen clear. Even liver pun clear. Usus pun dah ok. Prof Lin pun macam tak percaya. Sampai dia rasa dia dulu tersilap yang Sarah sebenarnya Cancer Stage 3 je. Tapi mama cerita balik apa Prof Raman jumpa masa operation etc etc. Dan Prof Lin siap pegi jumpa Radiologist. So..confirm Sarah punye cancer dulu dah metastasis ke liver ie dah stage 4.

Pendek kata Prof Lin tak percaya yang Sarah punye progress sekarang ni begitu cepat. Sebab tu lah Prof Lin still nak buat transplant from stem cell tu. Cuma, kalau dengan kimo pun Sarah dapat complication yang agak kronik hari tu, Prof Lin tak rasa Sarah is strong enough untuk procedure tu. So the only thing to do now is to follow up as per set schedule until January 2013.

Let's put it this way, Sarah is a candidate for potential relapse.

Cannot say that Sarah is cure now, but if she pass the test of time (until Jan 2013) than, she's cured.

That's a reality check for us.

Esok, follow up UMMC pulak. Check Glomerular Filtration Rate (GFR) untuk check renal function.

Sunday, July 17, 2011

KLCC Under Attack

Weekend depan ayah takde, weekend satu lagi dah start posa, so mama ajak jalan2 hari ni. Tanya Sarah nak gi mana? Jawapan Sarah "Giant".

Apa yang best sangat Giant tu Sarah oi...

Awish nak pegi KLCC. Mina tak kisah pegi mana2.

So lepas negotiate dengan Sarah, KLCC we go.....


Main kat playground bawah sinaran matahari yang maha terik..













Sarah sangat happy sebab dah lama tak dapat jalan2 dengan ayah, mama, abang Awish dan kakak Mina

Esok. Follow up kat SDMC.