Thursday, May 31, 2012

Masa bersama Cousin 2 - Sleepover

Lepas mandi-mandian kat kolam, it was time to go back home. Dan Adib nak sleepover kat rumah. Wuuhuu..AMS sangat happy. Adib of course happy jugak dapat tidur dan main dengan Abang Dawishnya.

Esoknya, aktiviti cuti sekolah disambung lagi. Dengan adanya Adib, aktiviti tu jadi ekstra seronok.

Bowling!!!

Awish tengah memberi taklimat..

Chicarito tengah tengok Mina baling bola (dalam longkang)

Final result. Adib 31. Adib dapat 12. Mina kecewa sebab dia langsung tak dapat jatuhkan satu pin pun. Sarah dapat 16, mama tolong.

Sepatutnya Adib tidur semalam je. Tapi Adib nak tambah satu malam lagi sebab seronok sangat. Baju tak cukup tak ada hal. Baju abang Awish yang lama2 ada lagi.




Monday, May 28, 2012

Masa bersama Cousin

Awish selalu cakap macam ni "Adib is my most favourite cousin". Awish selalu mintak nak pegi rumah Adib. Tapi tak bolehlah sebab time ujian, sebelum ni betul tak.

So since dah cuti sekolah ni, mama dan ayah bawak AMS ke rumah Adib.

Dan bersama-sama dengan Adib pegi main air kat Pandamaran.



















Kelab Sukan Pandamaran

Lepas dah sejam lebih berendam, semuanya lapar. Kita makan dulu....
Kenapa lak ada sorang Panca Sitara tu..



Cuti Sekolah

Cuti sekolah dah mula.

Paling utama perancangan kali ni adalah balik kampung Ayer Baloi untuk kenduri kahwin sepupu AMS.

Tapi sementara itu...kita jalan2 sambil makan2.



McD












Uptown



Saturday, May 26, 2012

Sarah's Art

Last 3 weeks Sarah registered for Art Class dekat Art Safari. Seminggu 2 jam hari Khamis.

Dah 3 kali Sarah pegi.

Antara hasilnya





Ujian

Ujian Pertengahan Tahun Awish dah dapat result.

Seperti biasa semasa persiapan mama dan ayah paling risau matapelajaran Bahasa Malaysia - Pemahaman. Memang stresskan Awish (sampai Awish stress) untuk ulangkaji BM, dengan membaca dan menjawab soalan2 pemahaman.

Hasilnya Awish mendapat 83 markah!! Awish dapat A. Bolehlah Awish dapat 5A.

But...

Matematik...Awish dapat 77. Dapat B. Banyak careless mistake. Tak baca soalan betul2. Sayang je Awish. Ingatkan bolehlah first time dapat semua A. Ada jugak yang tersangkut. Awish dah complacent dengan Matematik ni. Over confident kut.

"Ayah, matematik, Awish cuai", Awish sendiri cakap. Ada bagus jugak dapat B tu. Boleh bagi cabaran kat Awish untuk ulangkaji lebih lagi untuk akhir tahun nanti. Kalau tak takut2 bertambah complacent.

Mina pulak, dengan silabus KSSR ni takde ujian. Pelik.

Tapi J-QAF Mina dapat markah untuk Jawi 100%.

Dekat KAFA, Asas Jawi, Mina pun dapat 100%. 5 orang je yang dapat 100% katanya.


Kudos tu Awish dan Mina!!

Wednesday, May 23, 2012

Al-fatihah

Ayah's entry dedicated to Norma, last year - http://cekpenayah.blogspot.com/2011/07/kisah-kanker.html

Ayah tak kenal sapa Norma ni. Tapi kisah Norma akan buat sesiapa yang baca mesti sebak.

Kisah Norma pernah keluar dalam MHI.

Semalam, Norma telah pergi buat selamanya. Al-fatihah.

http://miera301.blogspot.com/2012/05/norma-telah-pergi-buat-selamanya.html

Dalam 2 bulan ni - kawan baik ayah meninggal  (Mac)kanser paru2 stage 4, kira-kira 4 bulan selepas dapat tahu dia menghidap kanser; minggu lepas ex-boss HR ayah meninggal di Madinah setelah koma 5 hari, selepas 2 tahun berjuang melawan kanser - tiroid kemudian darah; dan kes Norma yang ketiga.

Ayah dan mama dulu tak ambik tahu hal2 orang yang ada kanser. How thing's have changed.

Al-fatihah untuk mereka semua.

Medical Record Entry : May 21-22 Follow Up

Another entry to record Sarah progress based on Prof Lin's comment.

Sarah's AFP : 5.3
Sarah's abdomen scan result : All clear

According to Prof Lin "for someone who was already at a very advanced stage, she's doing remarkably well". Prof still adviced mama dan ayah masih kena bersabar banyak untuk kata Sarah2 betul2 sembuh. At least January next year.

Macam tu lah lebih kurang kata Prof kut. Mama je yang dengar. Ayah tak dengar sebab ayah tak sempat nak sampai dari ofis. Biasanya pukul 11 lebih baru dapat jumpa Prof Lin, tapi semalam awal giler Prof jumpa patient. Dan Sarah first patient. So ayah terlepas lagi.

Tapi kata mama, Sarah sangat ceria jumpa Prof, siap jerit "Hai!" kat Prof. Bila Prof tanya "How old are you" Sarah jawab "Four!!" sambil tunjuk empat jari.

Teruskan perjuanganmu Sarah, ayah little pumpkin (little naughty pumpkin).

Building baru SDMC ada Subway, News.com dan Dome. Bertambah menarik SDMC sekarang. Tapi bukan bermaksud kita nak berkampung kat SDMC lagi..



Monday, May 21, 2012

Selamat Hari Lahir Awish

Hari ni 21.5.2012, hari lahir Awish yang ke 9.

Awish sangat happy hari ni. Pagi-pagi lagi dah tak sabar nak mama hantar ke sekolah. Mama kena hantar sebab nak bawak Awish punya 'gift' untuk kawan2 satu kelas.


gift Awish untuk kawan2 kelas (untuk cikgu kelas pun ada jugak). Hari Sabtu hari tu Awish shopping dengan mama beli 'jajan' untuk gift ni. Petang tu jugak Awish yang buat sendiri gift pack tu.

Pasal hadiah untuk Awish sendiri, minggu lepas lagi Awish dah ingatkan mama dan ayah, Awish nak jersi Malaysia warna biru tu. So semalam lepas balik dari kampung ayah ke Sunway Pyramid nak cari jersi tu. Ayah tau yang jersi tu dah tak produce dah, tapi carik jugak manalah tau kalau2 ada. Tapi failed, memang dah tak ada. Hari ni mama pulak carik, ayah dah pesan kat mama, Awish dah bagi green light kalau takde jersi Malaysia, jersi apa2 pun boleh. Ayah cadangkan, jersi France ke, Oranje ke, Italy ke, Germany ke... 

Dah menjadi kelaziman, biasanya bila birthday akan ada kek. Dulu2 rajin jugak mama dan ayah belikan 1kg or 2kg Secret Recipe kek. Tapi lately dah tak beli macam tu dah sebab biasanya susah nak habiskan. Kali ni, mama cuma beli kek in slices only. Tapi kek ni pun Awish dah tak excited sangat dah. Awish bagitau mama, malam Awish nak makan kat Tutti Fruitti. Trend baru la ni since birthday mama hari tu.


Dah 9 tahun dah bujang ayah ni...tapi...

 tapi....dalam hati ada taman...masih nak duduk bawah ketiak mama. Kalau ayah tanya (memang niat nak bersembang, untuk meningkatkan tahap BM Awish) hal2 kat sekolah, kawan etc., Awish akan mengalirkan airmata, as though ayah marah. Super sensitif Awish ni walaupun nampak brutal dengan gaya Goku, Ultraman atau Super Sonic Awish tu..


Balik sekolah petang tadi, Awish bagitau mama, tahun depan Awish tak nak duduk dah rumah ni. Awish nak duduk rumah banglo. Rumah sekarang ni dah rosak sana sini. Mama dan ayah nasihatkan Awish setiap kali lepas sembahyang doakan ayah murah rezeki, dan dapat beli rumah besar macam yang Awish nak. Awish kata " Awish akan doakan ayah jadi kaya".

Birthday present : Oranje (Holland) jersey (original tu!!!)
Ok Awish kita sama-sama sokong Oranje kat Euro 2012 nanti. Kenal2 la Snejder, Robben, Van Persie etc 

SELAMAT HARI LAHIR KE 9 DARWISH NASYRAN

Note : To cousin Awish, Azmir Rauf Azri, Selamat Hari Lahir ke 35.