Thursday, October 27, 2011

Kagum!!!





Dahsat kan drawing2 komik karakter Dragon Ball nih?

Nak tau sapa lukis??

Darwish Nasyran, 8 tahun.

Ayah kagum!!!

Nilah talent Awish yang ayah dok carik2 dan tertanya2 selama ni.

Keep on drawing Awish!!



Jangkitan Kuman

Copy lagi dari blog mama..

Ok ni cerita sebelum darwish merdeka. Hari isnin awish start ujian dan jugak start selsema. Ada bintik merah yg dlm berair tu kat batang hidung n area depan lubang hidung.

So aku sapu krim Foban. 2 hari sapu nampak dah hilang dan pulih kulit tu. Tetiba rabu balik sekolah dgn baju yg mcm lepas bergolek kat tanah, mulut senget pastu calar kat pipi. Katanya bergaduh tp tang mulut tu bengkak sebab dia kopek kulit kering kat bibir.
Aku tak bubuh apa2 sampai la malam masa buat revision aku sapu minyak gamat.

....sambung baca kat...




Sunday, October 23, 2011

FREEDOM!!

Selepas 2 minggu lebih kene kurung dalam bilik, study maut akhirnya hari Jumaat hari tu Awish mendapat FREEDOM!!! Ujian dah abis!!

Mungkin berbaloi, sebab setiap hari Awish cakap ujian senang. Ada soalan2 yang Awish dah ulangkaji keluar.

So, hari Jumaat, mama dan ayah bagi Awish pilih apa Awish nak buat lepas balik sekolah eg, tengok TV, main dengan kengkawan etc. As long as tak bergaduh.

Bila Awish dapat freedom, Mina dan Sarah pun dapat freedom jugak.

Semalam pulak, sempena nak bawak komputer untuk repair (permintaan Awish jugak) dapatlah Awish dan juga Mina dan Sarah berjalan2.




Aksi menarik, tapi background tak masyuk..

Dua anak dara yang POYOs



Awish driving in the fast lane (dalam bump car)









Lepas jalan2, pegi rumah Pak Uda sebab Pak Uda nak bagi Roller Blade!! 

TQ Pak Uda. Takdelah Awish, Mina, Sarah berebut komputer dan TV je memanjang.




Enjoy puas2 Awish. Dalam sebulan lagi kena pantang.....



Sel Dormant wujud

An entry as a record. Copy dari blog mama.

Alhamdullillah. Sarah dapat jumpa Hj Lokman on 18.10 selepas mama ter-miss apmt 6.10. Lagi best no giliran 101 iaitu first patient. Walaupun dah bwk nasi, ikan, kokocrunch, honeystar, mcd breakfast semua cukup, tapi dpt balik awal mmg bahagia.

Hj bgtau skrg cuma perlu amalkan ayat shifa yg disarankan, jaga pemakanan sarah, make her happy n jgn buat sarah stress for the next............5 years.
5 tahun lg maknanya Sarah dah masuk darjah 2. Kalau ikut stail darwish boleh tahan stress hidup dia. Fuhhh...hopefully kita semua stress free lah ye. Nnt pikir.

So skrg cuma perlu jumpa Hj 3 bulan sekali. Next apmt 12/1/2012. Harap tak miss lg.






Monday, October 17, 2011

Atuk masuk hospital

Terkejut ayah baca SMS Mak Chek.

Atuk tak boleh berjalan dari malam semalam. Kaki atuk bengkak teruk. Nak ke bilik air kena papah.

Pak Chek dan Mak Chek bawak ke hospital Mak Tam, Al-Islam Specialist. Atuk dinasihatkan tidur di wad untuk memudahkan pengambilan anti biotik dan supaya dapat pantauan dari nurse dan doktor.

Alhamdulillah masa ayah pegi atuk kata dah kurang sikit lepas masuk ubat (anti biotik). Doktor kata kaki Atuk kena Gaut.

Ayah tengok kaki kiri atuk kembang, tegang, macam nak meletup pun ada. Masa lagi teruk tadi macam manalah agaknya. Atuk kata kena kain pelikat pun sakit yang amat.





Masa ayah kat hospital tadi, Atuk berkali-kali memuji Awish yang dah tak macam dulu - dah kurang jerit2 tak tentu pasal, lebih bersopan dan responsif kepada soalan. Dan Atuk kata Atuk menangis bila tengok Awish, tanpa disuruh, tahu tanggungjawab Awish untuk bersiap untuk ke kelas agama lepas balik dari sekolah kebangsaan.

Terima kasih Atuk. Berkat doa Atuk jugak.

Sama-sama kita doakan Atuk cepat sembuh.



Sunday, October 16, 2011

'Study Maut'

Istilah ni selalu ayah pakai masa zaman kat U dulu. Bila time2 nak exam, memang tak nampak batang hidung. Bertapa kat tempat study.

Awish pun lebih kurang macam tu jugaklah. Study maut, bertapa dalam bilik. Tak tengok TV, tak main dsb. Cuma keluar untuk makan, minum, dan pegi toilet.

Esok Awish dah start ujian akhir tahun. So, Awish kena study maut. Atau yang lebih tepat, Awish dipaksa study maut. Kalau tak dipaksa maka Awish langsung tak buat ulangkaji untuk menghadapi ujian.

Matlamat untuk dapat keputusan yang jauh lebih cemerlang dari masa pertengahan tahun dulu, so that, ada harapan masuk kelas cemerlang gemilang terbilang balik.

'Maut'nya study

Bukan saja kena paksa, kena tunggu kat sebelah jugak. Kalau tak....

..kalau tak, jadi macam ni lah..

Good luck Awish. Ayah doakan Awish dapat menjawab dengan tenang, tak cuai, jawab dengan betul dan dapat keputusan yang cemerlang.




Baby?

Mama/ayah : Alahai baby, sayang baby..
Sarah : Hey!! I'm not baby lah. I'm Sarah!.
Mama/ayah : Babylah, Sarah kan small lagi.
Sarah : Noo!!! I'm not small, baby small. I'm big already!

Dah besar dah Sarah. Cakap pun dah pandai dah.

Pernah sekali, maid ugut Sarah yang tak nak makan..tau apa Sarah jawab?

Maid : Oklah Sarah tak nak makan, kakak pegi ambik baby sebelah lah.
Sarah : Go lah!. Go lah ambik baby sebelah.. go lah..

Bertuah punya Sarah.

Memang bertuah (literally speaking) kan.




Saturday, October 15, 2011

Very Lucky Girl

Itulah kata Prof Lin masa follow up hari tu.

Prof Lin happy tengok Sarah ceria, aktif, takde tanda2 pembesaran abnormal kat perut Sarah dan Alphafetoprotein Sarah 2.8.

"Now she only need to pass one more test", kata Prof.

"Time", sambung mama.

"Yes, she need to pass the test of time".

Mama dan ayah tahu tentang 'test of time' ni. Tapi test ni bukan macam test kat lab. Setengah jam, satu jam dah abis. Test ni makan masa yang panjaaaannnnggg. Prof punya expectation 2 tahun ie sampai 2013. Meaning kalau kanser Sarah tak datang balik (which normally aggressive than the first one) Sarah can be declared fully cured.

Ayah punya expectation, sampai Sarah masuk sekolah. Bukan sekolah rendah, tapi sekolah menengah. Meaning more than 10 years. Ini berdasarkan cerita-cerita parents cancer survivor yang lain.

Pasal selera makan dan weight gain Sarah, Prof Lin tak berani nak prescribe apa2. "As long as she's active and happy that means she's ok". Tapi mama dan ayah tetap risau dan macam dah putus idea nak paksa Sarah makan.

Aksi memanjat sementara tunggu Prof Lin sampai.

Tapi Sarah memang 'a very lucky girl'. Masa ambik darah hari tu, nurse cerita dengan mama, berdasarkan pengalaman, kanak2 yang survive cancer (especially kalau relapse) adalah sedikit bilangannya.

Ada yang tumpas sebab effect chemo drugs, tapi Sarah also very lucky to survive the chemo drugs effects yang menyebabkan ayah dan mama panic dan macam orang gila bulan Jun dulu. Nurse sendiri pun tak percaya. Baca...


Mama dan ayah pun lucky parents, masih dapat dengar gelak riang Sarah, dengar Sarah bercakap pelat2 macam sekarang ni, lihat telatah2 dan gelagat2 nakal Sarah etc.

Thank you Allah.



Tuesday, October 11, 2011

Tetamu 2

Atuk datang tidur dirumah kali kedua. Kali ni Atuk tidur lama gak..dari hari Sabtu sampai hari Selasa.

Atuk Tampin


'ngeteh' dengan Mina...

...dan ayah

Dinner kat JM Briyani

The whole clan temankan atuk makan2 kat luar.

Pagi tadi masa tunggu atuk habis sembahyang untuk bersalaman sebelum Awish pegi sekolah dan ayah pegi kerja (tengahari Pak Angah datang ambik Atuk), ayah sayu mendengar suara atuk...

...Atuk yang tak macam dulu2.. Atuk yang masih terserlah kesedihan dengan pemergian Wan...Atuk yang makin uzur, berjalan kena bertongkat.

Atuk, jangan serik datang lagi ok. Awish, Mina dan Sarah dah tertanya2 Atuk mana. 
Atuk datanglah lagi tidur kat sini.




Sunday, October 9, 2011

Tetamu 1

Uncle = memancing
Makcik Mini = kerja
Baby sitter 1 = ada hal
Baby sitter 2 = ada hal
baby sitter 3 = ayah, mama, Awish, Mina, Sarah

Adib stay kat rumah semalam. Masa untuk ayah dan mama untuk membalas jasa. Dulu Awish (especially) dan Mina selalu Uncle dan Makcik Mini 'babysit'kan bila Sarah dan mama kat hospital.





Kenapa Awish tiada dalam gambar?

Kan Awish kena kuarantin buat latih tubi. Dengan berat hati Awish kena tahan nafsu nak main dengan Adib. Mama cuma bagi Awish main dengan Adib lewat petang - main badminton dekat taman, lebih kurang setengah jam.




Saturday, October 8, 2011

Latih Tubi

Tinggal 10 hari je lagi.

17/10/11 ujian akhir tahun Awish.

Ujian pertengahan tahun dulu berderet-deret B Awish. Sebab pelajaran Awish sedikit terabai masa tu - kesan dari tumpuan pada Sarah dan kanser MGCTnya.

Kalau keputusan ujian akhir tahun sama atau lagi teruk maka besar kemungkinan Awish akan turun kelas lagi tahap 3 nanti. Ke kelas yang cikgu2 tak bagi harapan tinggi. Kelas2 yang cikgu tak ambik port pun pasal budak2nya. So target Awish mesti dapat kembali ke kelas yang sama dengan kelas kawan2nya dari RealKids dulu (kawan2 dia semua kat kelas yang 'ngetop'). Paling tidak pun Awish stay kat kelas yang sekarang.

Jadi Awish kena buat latih tubi.

Kebetulan pulak semalam Awish bagitau mama cikgu suruh hantar 3 buku rampaian hari Isnin nanti. 3 buku ni tak pernah pun Awish buat kat rumah. Bila tanya selama ni Awish cakap cikgu tak suruh buat. Semalam Awish kata cikgu suruh hantar dengan semua latihannya disiapkan. S.E.M.U.A.!! Tak banyak...dalam 150 muka surat lebih kurang 'aje'.

Maka dari semalam Awish tak boleh keluar bilik. Dengan kelajuan Awish buat kerja sekolah (diselang seli buang air kecik setiap 15-30 min) memang sakit jiwa nak siapkan TIGA buku rampaian nih. Latih tubi lah Awish oii..


Awish cuma boleh keluar untuk makan, salam tetamu dan main dalam setengah jam sebelah petang. 

Tak lama Awish....21hb nanti Awish nak main ke nak tido ke ikut suka Awish lah..





Maafkan Ayah dan Mama, Sarah


Maafkan ayah dan mama sebab Sarah tak dapat jumpa Ashraf Muslim dan Dr Dayana.

Sepatutnya hari Khamis 6hb hari tu Sarah dah dapat jumpa dah pengantin baru ni. Tapi mama konpius dengan tarikh appointment yang mula2 dulu. Ayah pulak dok teringat nak tanya mama, tapi tak tertanya2. Sampailah maghrib 6hb tu barulah ayah teringat nak tanya. Dan mama pun cek appointment. Rupanya appointment pagi tu.

Jadi sekarang terpaksalah dapatkan appoinment baru. Kalau ikut pengalaman dulu, the next 3 months lah baru dapat date nak jumpa Ashraf Muslim dan Dr Dayana.

Tapi Sarah bukan patient Ashraf pun, Sarah patient Ustaz Hj Lokman, bapak Dr Dayana. 

Sekarang ni ayah dan mama kena terus amalkan Surah Al Noor dan Surah Yunus yang Ustaz Hj Lokman bagi dulu.

Maaf Sarah. Ayah dan mama akan teruskan doa untuk Sarah pulih sepenuhnya, untuk Sarah bertambah sihat dan kekal sihat, untuk hindar sel-sel kanser muncul kembali dalam hidup Sarah.