Maafkan ayah dan mama sebab Sarah tak dapat jumpa Ashraf Muslim dan Dr Dayana.
Sepatutnya hari Khamis 6hb hari tu Sarah dah dapat jumpa dah pengantin baru ni. Tapi mama konpius dengan tarikh appointment yang mula2 dulu. Ayah pulak dok teringat nak tanya mama, tapi tak tertanya2. Sampailah maghrib 6hb tu barulah ayah teringat nak tanya. Dan mama pun cek appointment. Rupanya appointment pagi tu.
Jadi sekarang terpaksalah dapatkan appoinment baru. Kalau ikut pengalaman dulu, the next 3 months lah baru dapat date nak jumpa Ashraf Muslim dan Dr Dayana.
Tapi Sarah bukan patient Ashraf pun, Sarah patient Ustaz Hj Lokman, bapak Dr Dayana.
Sekarang ni ayah dan mama kena terus amalkan Surah Al Noor dan Surah Yunus yang Ustaz Hj Lokman bagi dulu.
Maaf Sarah. Ayah dan mama akan teruskan doa untuk Sarah pulih sepenuhnya, untuk Sarah bertambah sihat dan kekal sihat, untuk hindar sel-sel kanser muncul kembali dalam hidup Sarah.
No comments:
Post a Comment