Monday, October 17, 2011

Atuk masuk hospital

Terkejut ayah baca SMS Mak Chek.

Atuk tak boleh berjalan dari malam semalam. Kaki atuk bengkak teruk. Nak ke bilik air kena papah.

Pak Chek dan Mak Chek bawak ke hospital Mak Tam, Al-Islam Specialist. Atuk dinasihatkan tidur di wad untuk memudahkan pengambilan anti biotik dan supaya dapat pantauan dari nurse dan doktor.

Alhamdulillah masa ayah pegi atuk kata dah kurang sikit lepas masuk ubat (anti biotik). Doktor kata kaki Atuk kena Gaut.

Ayah tengok kaki kiri atuk kembang, tegang, macam nak meletup pun ada. Masa lagi teruk tadi macam manalah agaknya. Atuk kata kena kain pelikat pun sakit yang amat.





Masa ayah kat hospital tadi, Atuk berkali-kali memuji Awish yang dah tak macam dulu - dah kurang jerit2 tak tentu pasal, lebih bersopan dan responsif kepada soalan. Dan Atuk kata Atuk menangis bila tengok Awish, tanpa disuruh, tahu tanggungjawab Awish untuk bersiap untuk ke kelas agama lepas balik dari sekolah kebangsaan.

Terima kasih Atuk. Berkat doa Atuk jugak.

Sama-sama kita doakan Atuk cepat sembuh.



3 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

kesian tgk kaki atuk. semoga atuki cepat sembuh..aminnn

maya amir said...

kesian atuk..moga cepat sembuh atuk..

fnd said...

Tq for the comments. Alhamdulillah atuk dah keluar hospital hari Khamis tempoh hari.