17/10/11 ujian akhir tahun Awish.
Ujian pertengahan tahun dulu berderet-deret B Awish. Sebab pelajaran Awish sedikit terabai masa tu - kesan dari tumpuan pada Sarah dan kanser MGCTnya.
Kalau keputusan ujian akhir tahun sama atau lagi teruk maka besar kemungkinan Awish akan turun kelas lagi tahap 3 nanti. Ke kelas yang cikgu2 tak bagi harapan tinggi. Kelas2 yang cikgu tak ambik port pun pasal budak2nya. So target Awish mesti dapat kembali ke kelas yang sama dengan kelas kawan2nya dari RealKids dulu (kawan2 dia semua kat kelas yang 'ngetop'). Paling tidak pun Awish stay kat kelas yang sekarang.
Jadi Awish kena buat latih tubi.
Kebetulan pulak semalam Awish bagitau mama cikgu suruh hantar 3 buku rampaian hari Isnin nanti. 3 buku ni tak pernah pun Awish buat kat rumah. Bila tanya selama ni Awish cakap cikgu tak suruh buat. Semalam Awish kata cikgu suruh hantar dengan semua latihannya disiapkan. S.E.M.U.A.!! Tak banyak...dalam 150 muka surat lebih kurang 'aje'.
Maka dari semalam Awish tak boleh keluar bilik. Dengan kelajuan Awish buat kerja sekolah (diselang seli buang air kecik setiap 15-30 min) memang sakit jiwa nak siapkan TIGA buku rampaian nih. Latih tubi lah Awish oii..
Awish cuma boleh keluar untuk makan, salam tetamu dan main dalam setengah jam sebelah petang.
Tak lama Awish....21hb nanti Awish nak main ke nak tido ke ikut suka Awish lah..
No comments:
Post a Comment