Thursday, September 29, 2011

The Delicate Procedure

Ni ayah menulis dari Bangkok @ Bangkok Post.

Alkisah wayar kat badan dulu ingat tak ? http://cekpenayah.blogspot.com/2011/09/sop-nak-mandi.html

Masa nak mandi nak kena cover kan. Setiap 3-4 hari pulak kena cuci (nyahkuman) dan flush. Setiap seminggu pulak kena tukar adaptor tu. It's a very delicate procedure. Mama je yang tau dan yang penting BERANI buat. Kena ada kesabaran dan ketelitian. Maka dengan itu ayah tak berani dan tak boleh buat.

Dressing set, yang ni ada kat Guardian (tapi selalu takde stok)

Jarum untuk syringe

Alcohol swab

Sarung tangan

Ni antara barang2 yang kena ada (kena ada stok.. nak buat stok buat boleh carik kat Guardian semua barang ni, kena pegi hospital)

Mulut kena cover. Kena pastikan jugak sebelum cover mulut tu tak makan petai. Kalau tak sendiri boleh pengsan.

Sebelah kiri tu Saline..untuk flushing..belah kanan adaptor

Plaster..

Dah ready semua..ubat luka dulu dengan cotton swap tu

cuci kat entri wayar tu..


Kebiasaannya Sarah akan menjerit pedih, sejuk dsb masa step ni.

Lepas tu spirit pulak...

Untuk cuci ubat luka tadi...tengok mata Sarah tu...tengah menjerit tahan pedih ni

Ubat luka dan spirit yang dipakai kat atas tadi

Dah kering spirit tu (boleh lah kipas2kan untuk bagi cepat kering) tampal plaster tadi kemas2 dan bukakan lapisan yang ada tulis2 tu.

Dah siap bahagian dressing.

Persediaan untuk flushing pulak.. Syringe dipasang dengan jarum. Bukan untuk cucuk Sarah tapi untuk cucuk Saline tadi. 

Lepas tu kena dijentik2 untuk bagi hilang bubble. Bab ni kena kesabaran. Sebab banyak bubble yang tak masuk sekolah, degil yang amat. Kenapa kena buang bubble? Kalau ada bubble, ada udara, udara ni mungkin masuk dalam salur darah dan boleh menyebabkan split second keputusan oksigen ke otak. Kalau jadi camtu maksudnya STROKE. Bahaya kan?

Ada dua port. Setelah tape dibukak dari port (jarum kat syringe pun kena bukak) syringe di 'kahwinkan' dengan port. Step ni kena 2 tangan. Satu tangan tekan Saline, liquid flushing tu masuk, satu tangan lagi untuk lock tiub tu sebelum liquid tadi abis. Kalau lambat lock, udara boleh masuk. Kalau udara masuk,....(baca yang kat atas tadi)

Alcohol swab (tengok balik gambar awal2 tadi) diguna pulak untuk cuci dan buang kuman kat port.

Seminggu sekali kena tukar adaptor/cover yang baru.

Micropore paper. Ada macam2 jenis, nampak sama je. Ada yang gam kuat, ada yang senang koyak, ada yang nipis etc etc. Tape ni diguna untuk secure plastik masa nak mandi dan jugak...tengok bawah

Guna pulak Micropore paper untuk tutup port tu. 

Step yang sama diguna untuk port yang satu lagi

Dah siap. Nampak je senang. Tapi sebenarnya hanya orang2 tertentu je yang gifted untuk buat ni. Mama salah sorang daripadanya.

Sampaikan SDMC dah beberapa kali panggil mama untuk bagi talk, support diorang untuk parents yang menempuh dugaan yang sama. Actually, bukan pasal nak buat dressing dan flushing ni jeSDMC panggil, tapi jugak untuk kongsi pengalaman menempuh cubaan dan dugaan mental dan fizikal menjaga anak2 istimewa, anak2 yang mengalami sakit Kanser.

Oh..lupa lak. Kalau Sarah mandi dengan lasak sampai dressing tu basah, step kat atas tu pun kena dibuat. Maksudnya kadang2 bukan kena buat setiap 3-4 hari sekali, kadang2 tiap2 hari.


Sunday, September 25, 2011

Sepit Rambut

Ingat tak few months back Sarah sedih sebab tak boleh sikat rambut, tak boleh pakai sepit rambut?? Almaklumlah, botak. 

Sekarang rambut Sarah dah memanjang dan dah boleh pakai sepit rambut....yeaahhhh!!!!

Poyos kan..???

yahoooo!!!!

Yang pelik...dulu masa botak, takde pulak orang tanya kenapa botak. Sekarang ramai pulak tanya "kenapa gunting pendek sangat?"

Apakah??

Mama dan ayah kekadang malas nak jawab. Sorry.



Partial Hearing Impairment Treatment / Diagnosis


Story kat sini http://momsfeelgood.blogspot.com/2011/09/grommet-removal-hearing-test-result.html


Rope walking @ Alamanda


Sarah takut2 lagi kat belakang tu

Tapi cuba gak

Dah berani sikit

dah takde hal dah...sempoi

siap boleh buat aksi2 lagi...yg best nye lepas gambar di shoot, kaki Sarah (kiri dan kanan) bolos ke bawah... buntut landing kat tali merah tu ...ouchhhh...cakit..

Dah penat main kit pekena Sundae Kon dulu

Ok jugak Alamanda ni.



@ The Cousins'

Nak dekat bersawang gak blog ni. Outstation+new routine tido cepat+high BP+spent more time dengan Sarah, Mina, Awish+make time dengan Atuk = Blog terabai.

Atuk sleepover last weekend, satu malam. Tapi ayah lupa nak rakamkan dalam gambar.

Bawak atuk pegi rumah Lidia/Adlan/Nadia (Mak/Pak Andak) sebelum ke rumah Abg Danial/Darimi/Boy dan Kakak Diyana (Pak/Mak Lang) dan akhirnya hantar atuk ke rumah Abg Nazmi (Pak/Mak Ngah).

Kat rumah Lidia/Adlan/Nadia....

it was iPas fiesta


Sarah ada, Awish ada, Mina..?? tunggu dengan sabar....

Sabar lagi....

bila nak dapat turn nih....

Sarah 1/1/2008 and Nadia 4/1/2008

Akhirnya Mina punya turn sampai.

Thanks Mak Andak / Uncle Adis, Lidia / Adlan / Nadia for the great time and the BIG present.



Monday, September 19, 2011

Hari Malaysia

Memang ayah perasan cuti hujung minggu ni cuti yang panjang. Tapi ayah tak plan apa2 sebab the last holiday trip ayah plan dulu burn macam tu je. Sedekah kat hotel. Sebab takutkan Sarah punye kesihatan.

Lagipun kalau nak puas bercuti ayah biasanya ambik cuti extra, tapi kali ni tak boleh nak cuti extra sebab cuti tahunan ayah dah abiss...kalau ambik kena potong gaji (dan secara halusnya akan potong bonus).

Last2 minute cuba gak carik mana2 hotel yang boleh booking. Satu pun tarak. Nak ke shopping mall dah bosan, lagi pun setakat cuci mata je bosan gak. 

Nak pegi Genting Theme Park...mahal ya rabbi..Adult Rm178 sorang. 

So hasilnya KL Birdpark lah. 











Makan time...kat Hornbill dalam birdpark tu. Sarah order itu ini tapi satu pun tak makan.




Tengok Birdshow


Seakan-akan RIO

Sementara tunggu mama ambik 'candu'

Hisap 'candu'



Akhirnya tertunai hajat Awish nak burung hinggap kat tangan dia. Selepas gambar ni ada burung hinggap kat kepala Awish dan turun ke tangan. Punyalah menggelabah Awish. Habis makanan tumpah.


Gambar Raya 2011

Dah habis kat KLBirdPark ni on the way balik, ayah tanya Awish "Awish nak pegi mana lagi". Satu soalan yang salah.

Akibat salah soalan..

Satu famili muncul kat KL Sentral..untuk apa? Untuk tunaikan hajat Awish nak naik tren..


Orang ramai, kena berdiri, tapi layan jelah 


Tak kan naik je kan tanpa tujuan. Dalam laluan tren tu tempat yang paling best...KLCC...so kat KLCC lah kitorang landing..






Dah abis main, sembahyang kat KLCC, balik ke Sentral dan balik ke rumah. 

On the way Sarah yang tak makan tadi sibuk plak lapar. Sari Ratu kat Puchong Jaya tu untung hari tu. Rezeki Sarah jugak.

Habislah Hari Malaysia.

Tammat.