Sunday, May 16, 2010

Bantal Busyuk


Ramai orang ada bantal busyuk. Sarah pun ada. Masa hisap susu mesti beralaskan bantal busyuk sambil menggentel bucu bantal. Bukan bucu sebarang bucu, mesti bucu yang sama. Kalau salah bucu kenikmatan tak mencukupi. Sampai legam bucu bantal tu.

Lagipun, dah nama bantal busyuk. Kenalah legam, dah legam barulah dia busyuk. 

Tak kira hisap susu kat mana, depan TV, sebelah ayah atau mama yang tengah berFB atau blog kat komputer mesti dengan bantal busyuk ni. Hatta kat kedai mama atau dalam kereta sekalipun mesti ada bantal busyuk dia ni.

Budak lain punya bantal busyuk, kecik, boleh di peluk tapi bantal peluk Sarah besar. Yang sebenarnya kusyen lantai yang biasanya orang buat perhiasan depan TV atau kat ruang tamu tu. Bukan setakat Sarah tak boleh peluk, dia nak mengangkat pun tak larat. Hatta, mama, ayah dan maid lah yang menjadi khadam mengangkat kehulu kehilir.

Lumrah bantal busyuk, cuma warna dan corak itu sajalah yang menjadi pujaan hati Sarah. Bantal dengan warna dan corak lain 'tak masuk book'.

Apa tengok tengok? Cari bantal lain la.

No comments: