Malam tu masa ayah dan mama tengok TV dan Awish, Mina terjaga dari tidur diorang cerita lagi adventure tu.
Pagi ni diorang cerita lagi. Dan bawak aku ke tempat kejadian.
Macam ni kejadian tu kalau ikut pemahaman aku, berdasarkan cerita Awish dan Mina yang bercampur aduk dalam versi Melayu dan English yang tak cukup sifat.
Tarikh : 15 Mei 2010
Masa : Lbh Krg 7mlm
Ketiga-tiga Awish, Mina, Sarah macam biasa petang2 maid akan bawak main kat taman.
Tiba-tiba lampu jalan TNB (yang sama depan rumah aku ni) dekat tangga naik ke taman tu 'fire' (terbakar)!! Dan tak lama selepas tu, lampu tu 'fall down to the ground' (jatuh) dan 'still fire' (terus terbakar). Mengikut kata Awish api dia 'small' only.
Lepas tu ada orang call 'fire engine' (bomba lah). Nama orang tu Rais (??, bunyi macam melayu rumah Awish dan Mina tunjuk macam rumah Cina? Siap ada 2 tanglung merah besar tu. Entahlah )
'After that, fire engine use water on the fire' kata Mina.
'Awish, Mina, Sarah run away' kata Awish.
End of story.
Awish dan Mina melaporkan dari tempat kejadian.
Sekian.
No comments:
Post a Comment