Saturday, June 23, 2012

Pengacau?

Sementara menunggu jumpa cikgu Mina, Awish ikut mama dan ayah ke kelas Mina.

Wah..Awish cukup glamour rupanya kat kelas Mina, especially di kalangan kawan-kawan Mina.

Mina and geng bersidai kat tingkap sambil jerit "Darwish! Darwish!"

Dan lepas tu Awish akan datang berlari kat tingkap sambil menjerit "Hargghhh!!" Maka menjerit dan bertempiaran larilah Mina and geng.

Ayah perhatikan lagi masa rehat pulak.

Mina and the geng teased lagi Awish yang tengah duduk diam-diam betulkan kasut. 

Awish pretend nak baling kasut kat Mina and the geng, lari lagi diorang ketakutan.

So ayah punya conclusion sebenarnya Awish yang kena kacau bukan Awish yang nak mengacau.

Ayah slow talk dengan Awish, 'mano-to-mano talk'.

Ayah : Awish, awish kacau kawan pempuan Awish ke?
Awish : Nolah.
Ayah : Cikgu Syazwani kata Awish kacau. Awish buat macam mana? (suspen ni)
Awish : I show fist here (sambil letak fist kat tengkuk)
Ayah : (lega walaupun tak berapa puas hati dengan jawapan Awish) Tak boleh lah buat macam tu. It's not good manners tau. Faham tak?
Awish : Ok (dengan muka separa menyesal)

Masa mama dan ayah tengah bercakap dengan cikgu Mina, ada sorang kawan Mina datang mengadu kat cikgu "Cikgu Darwish, abang Ermina nak baling kasut kat kitorang"

'Awish Si Pengacau'?

Ayah don't think so. Awish terlampau baik untuk buat macam tu. Mesti Awish yang kena sakat dulu. Dan apa yang Awish buat is just an act of retaliation.

Amin..


Report Card Day - Mina

Lama betul nak menunggu giliran nak jumpa cikgu Mina. Yang jadi lambatnya sebab perjumpaan start lambat sebab untuk ibu bapa tahun 1 dan tahun 2 kena dengar taklimat pasal KSSR kat kantin.


Sementara menunggu giliran tu mama dan ayah dapatlah tengok Mina dan kawan-kawan bermain. Kawan2 yang selaluuuuu Mina cerita tu.







Mama dan ayah wonder kenapalah setiap parents yang masuk, bercerita sikit punya lama. Bila mama dan ayah masuk barulah mama dan ayah tahu. Nak bagi paham KSSR, band etc etc ni.

Dalam KSSR takde kedudukan dalam kelas, takde berapa A berapa A dah. Yang ada band. Sebelum ni mama dan ayah ingatkan setiap murid akan dikelasifasikan ikut band - band 6 paling bagus band 1 paling tak bagus. Tapi cikgu Mina bagitau setiap cikgu akan mengajar ikut band yang sesuai dan murid akan di nilai samada boleh ikut ke tak band tu. Apakah??

Contohnya, cikgu tu kata, dia ajar matematik level band 3, so kalau ada murid yang tak boleh ikut ie kat band 1 atau 2, murid tu tak boleh nak pegi ke level seterusnya.

Ayah terpikir, kalau satu kelas tu cikgu ajar ikut band 3, dan ada murid tertinggal kat band 2, so murid yang dah kat band 3 tu nak buat apa? Tercongok je ke menunggu kawan diorang naik band 3?

Paham? Ayah pun tak paham.

Mama dan ayah tanya cikgu, jadi macam mana kitorang nak tau progress Mina kat mana, macam nak tolong atau nak push kat mana? No kelas takde, berapa A pun tak tau.

Cikgu kata boleh masuk website tapi website tu sekarang ni down. Diorang nak key-in result pun tak boleh. Cara lain tengok murid punya fail. Tapi cikgu kata dia tak sempat nak update. Mama insist nak tengok. So reluctantly cikgu pun ambik fail Mina.

Bila mama dan ayah tengok fail tu, adalah 6-7 keping hasil kerja Mina dalam tu. Kecewa.

So sepanjang dengan cikgu tu banyak cerita pasal band tu lah. Cerita pasal Mina sikit je - Mina pendiam dan susah nak suruh dia bercakap dalam kelas, sentiasa macam takut kalau kena marah. Tapi bila ayah tengok Mina main tadi, kira Mina ni dalam geng budak pempuan nakal dalam kelas Mina.

Ni jelah result yang ada

Susahlah macam ni. Mama dan ayah tak tau kat mana nak bagi tumpuan lebih kat Mina. Yang ayah tahu Mina adalah antara 2 orang murid yang boleh ikut band yang cikgu ajar dalam setiap mata pelajaran.

Ok ke tak tu? Tak tahu ayah nak cakap.


Report Card Day - Awish

Sementara menunggu giliran mama dan ayah perhatikan classmates Awish. Dalam kelas Marikh ni (kelas ke 2 bagus) semuanya jenis yang tekun belajar. Yang lelaki takde yang macam Gaban, Sonic, Ultraman maupun Vegetta.



No wonder Awish pun bertambah cemerlang dalam pelajaran. Ujian baru ni Awish dapat 4A 1B, kedudukan dalam kelas no 4 dari 42 murid. Not bad. Sebelum ni mama dan ayah terkilan Awish dapat B matematik. Tapi bila tengok perbandingan pencapaian keseluruhan kelas Awish, rupanya yang dapat A berapa kerat je, in fact majoriti dapat C. So Awish kira above average jugak lah.

Ulasan cikgu kelas pasal Awish. 
Bila mama dan ayah sebut nama Darwish Nasyran, cikgu Syazwani tersenyum semacam. Ayah pikir "Aikk, ada yang tak kena lagi ke?"

"Darwish ni mula-mula dulu saya letakkan kat baris depan. Dia ni kan macam lembut-lembut sikit"
Hah??!! Lembut-lembut??!! ayah pikir.

"Keliling dia masa tu semua perempuan. Jadi dia diam je, Tapi bila ada soalan ke apa dia rajin bercakap, bercerita."
Hah?!! Rajin bercerita??

"Tapi rupanya dalam diam2 dia tu, bebudak perempuan keliling dia mengadu Darwish kacau diorang"
Hah??!! Awish kacau budak pempuan?? Wonder ayah macam mana lah kau kacau budak pempuan tu. Seriau ayah mendengar.

"Jadi saya terpaksa pindahkan dia kat belakang tu dekat dengan budak lelaki."
"Dia banyak sikit bercakap tapi saya kan perhatikan jugak"
"Dia memang bagus rajin berkongsi pengalaman, terutama bila ada soalan, dia biasanya mesti angkat tangan nak jawab soalan. Ada budak yang tak nak langsung angkat tangan"
"Dia memang sukaaaa bercerita, kadang2 dia siap datang kat meja saya, lepas tu dia bercerita kat saya, experience dia. Kalau saya free saya layan lah. Tapi kadang2 saya tengah sibuk, dia datang bercerita saya ok, ok, je lah"
Awish rajin bercerita??!! Wah bagus Awish. Mungkin kat rumah takde sapa nak dengar cerita-cerita Awish tu kan. Kat rumah nak cakap sikit je, dah kena cantas, selalu perhatian kat Sarah. So Awish lepaskan cerita Awish tu kat sekolah kan.

Mama dan ayah tanya cikgu, Awish bila bercakap tu..ok ke cakap dia? Cikgu kata Awish biasanya akan ambik masa nak completekan ayat dia.

Then, mama dan ayah bagitau cikgu yang sebenarnya Awish memang ada masalah percakapan, sampai mama dan ayah kena hantar Awish ke speech therapist. Mama dan ayah jugak bagitau cikgu yang mama dan ayah cukup berbangga dengan pencapaian dan perubahan Awish sekarang, berbanding masa tadika, Darjah 1 dan Darjah 2, disebabkan Awish dan Attention Deficit Dirorder nya. Cikgu pun terkezut jugak bila mama dan ayah cakap pasal speech problem dan ADD tu.

But still, Awish kena try dapatkan lebih kecemerlangan sampai akhir tahun. Harap2 dapat masuk kelas no 1 supaya Awish berada dalam golongan Super Saiyan dan Super Namekian (dalam segi pelajaran, bukan dalam berlawan)

Apakah??

Awish antara murid paling besar dalam kelas

Ayah learn something new about Awish - Awish suka bercerita dan Awish Pengacau Wanita!!??! Tapi Awish certainly not lembut-lembut macam cikgu tu cakap.



Thursday, June 21, 2012

Picnic

Picnic ke camping yang Awish cakap. Ayah pun dah lupa.


Tapi main sekejap je. Buat penat nak pasang khemah ni je.

Breakfast hujung minggu

Awish nak berpiknik kat luar rumah. Mina nak breakfast kat McDonald's. Susah betul nak decide kalau nak pegi mana-mana. Yang pegang stering pun pening kepala.

Last-last ayah bawak pegi kedai mamak je.

Semua orang order satu makanan. Tapi Mina order sampai dua - maggi sup dengan roti cheese.

Disebabkan Mina makan sentimentel, Awish dan Sarah penat menunggu Mina habis makan. Maka tinggallah Mina makan sorang2 sementara yang lain tunggu dalam kereta. Ayah pun temankan dari kejauhan je.


Saturday, June 16, 2012

Happy Father's Day

Ayah, i want to give you Happy Father's Day.


Thank you Sarah.

*seminit lepas tu ayah tak tau dah mana pegi Sarah punye gift ni. Sebabnya Sarah ambik balik dan tak tau dia letak kat mana. Nasib baik sempat ambik gambar.



Doyan

Sarah : Ayah, what you buy? (sambil cium plastik yang ayah bawak)
Sarah : Hah..you buy doyan?
Ayah : Nolah. I took from kampung.
Sarah : You buy doyan? At kampung?
Ayah : No..just now I go back kampung. I took durian from kampung.
Sarah : Ohhh...doyan from kampung.

By this time Sarah dah sibuk membelek 2 biji durian dari kampung. Lepas tu terus Sarah cakap "Mother!! I want to makan doyan, can you open, now!"

Lepas ayah sembahyang, Sarah mintak ayah bukak lagi sebijik.




Memang queen of doyan anak ayah sorang ni.

Thank you to Pak2 dan Mak2 yang bagi ayah ambik durian tu dari kampung.



Monday, June 11, 2012

Aktiviti cuti sekolah yang lain

Sunway Pyramid 5/6/12
Ke sini sebab Awish nak begi 'Fun Fair'





Inilah FunFair


Nandos @ IOI Mall 7/6/12
Kesini sebab Mina sibuk nak makan Nandos

Family Karaoke cum Lunch @ Sunway Pyramid 9/6/12
Kesini sebab nak pegi Sunway Lagoon cuaca macam nak hujan


Sunway Lagoon 9/6/12
Kesini sebab Mina sibuk nak kesini













Bye-bye cuti sekolah!!


Saturday, June 9, 2012

The Diagnose

Thursday, doktor kat klinik panel bagitau kalau demam berlarutan sampai lebih seminggu, tapi sebelah malam je, tak mungkin denggi. Kalau denggi tak kira siang atau malam demamnya. So doktor tu punya assumption, maybe, it is a symptom that the cancer cell is multiplying and the body is trying to fight. He advice to go and meet Onco, Prof Lin for a better diagnosis.

Friday, unfortunately, Friday, Prof Lin takde di klinik. Mama dan ayah terpaksa berteka-teki lagi satu malam. Mama dan ayah, diligently than before, follow Ustaz religious treatment method.

Finally today. Prof Lin is in. Sarah was the first patient.



Prof Lin, press Sarah's tummy, neck and few other body area. He said nothing abnormal. He asked Sarah's symptom - 8 days of fever (38-39 degree C, only at night time), cough+running nose, appetite lose for the last 2 days, lethargic etc etc.

His diagnosis conclusion - it's just a fever which need antibiotic medication. He's 100% sure it's not the cancer relapse. 

Tapi mama dan ayah tak puas hati. We want Prof to do more than just press here, press there.

"Ok, if you insist, we'll do AFP test. It's not for me, but for you two. But I can bet you the result will be good"

Thank you doctor.

Sorry Sarah, kena cucuk sikit nak ambik darah.

After waiting more than an hour, the result came out.

The first thing Prof Lin said was "I've told you. She's fine"

Sarah's AFP was 2.1. Alhamdulillah. Well Prof. We just want to be sure.

Only problem, Sarah's WBC was high which is cause by her fever. And Prof Lin gave Sarah antibiotic. And he guarantee mama and ayah that Sarah will be 100% in two days time.

Syukur yang amat. Mama dan ayah yakin, ayat syifa' yang mama dan ayah amalkan berserta amalan2 sampingan for the last few days, Insyaallah telah mendapat restu Allah.

Thank you Allah kerana memberi mama dan ayah peringatan.

It was like a BIG SLAP on mama and ayah's face.


Thursday, June 7, 2012

Rewang

Sepupu AMS kahwin. Maka AMS pun balik kampung (tinggalkan ayah membujang 3 hari) Pontian.

Dapatlah rewang bersama sepupu sepapat yang sebaya yang lain.


Pengantin...tumpang ambik gambar jap.

Hmmm... Adib takde dalam gambar ni. Ayah bawak balik Nintendo Awish (nasib baik repair tu sempat siap). Selepas tu Awish asyik dengan game. Dah tak ingat nak main kat luar, eksplorasi.






Macam diorang ni.

Awish masa hari kenduri. Ayah dah habis makan baru Awish nak makan. Sebelumnya ayik dengan game je. 


Barisan plaza tol (sebelum Sarah join)

Tengok betul2..Sarah pun dah jadi plaza tol.
tengah menerima bayaran tol


tengah tengok prince and princess bersanding



Ada lucky draw. Mina menang (walaupun nombor dah hilang). Hadiah - besen yang Mina pegang tu.