Saturday, June 23, 2012

Report Card Day - Awish

Sementara menunggu giliran mama dan ayah perhatikan classmates Awish. Dalam kelas Marikh ni (kelas ke 2 bagus) semuanya jenis yang tekun belajar. Yang lelaki takde yang macam Gaban, Sonic, Ultraman maupun Vegetta.



No wonder Awish pun bertambah cemerlang dalam pelajaran. Ujian baru ni Awish dapat 4A 1B, kedudukan dalam kelas no 4 dari 42 murid. Not bad. Sebelum ni mama dan ayah terkilan Awish dapat B matematik. Tapi bila tengok perbandingan pencapaian keseluruhan kelas Awish, rupanya yang dapat A berapa kerat je, in fact majoriti dapat C. So Awish kira above average jugak lah.

Ulasan cikgu kelas pasal Awish. 
Bila mama dan ayah sebut nama Darwish Nasyran, cikgu Syazwani tersenyum semacam. Ayah pikir "Aikk, ada yang tak kena lagi ke?"

"Darwish ni mula-mula dulu saya letakkan kat baris depan. Dia ni kan macam lembut-lembut sikit"
Hah??!! Lembut-lembut??!! ayah pikir.

"Keliling dia masa tu semua perempuan. Jadi dia diam je, Tapi bila ada soalan ke apa dia rajin bercakap, bercerita."
Hah?!! Rajin bercerita??

"Tapi rupanya dalam diam2 dia tu, bebudak perempuan keliling dia mengadu Darwish kacau diorang"
Hah??!! Awish kacau budak pempuan?? Wonder ayah macam mana lah kau kacau budak pempuan tu. Seriau ayah mendengar.

"Jadi saya terpaksa pindahkan dia kat belakang tu dekat dengan budak lelaki."
"Dia banyak sikit bercakap tapi saya kan perhatikan jugak"
"Dia memang bagus rajin berkongsi pengalaman, terutama bila ada soalan, dia biasanya mesti angkat tangan nak jawab soalan. Ada budak yang tak nak langsung angkat tangan"
"Dia memang sukaaaa bercerita, kadang2 dia siap datang kat meja saya, lepas tu dia bercerita kat saya, experience dia. Kalau saya free saya layan lah. Tapi kadang2 saya tengah sibuk, dia datang bercerita saya ok, ok, je lah"
Awish rajin bercerita??!! Wah bagus Awish. Mungkin kat rumah takde sapa nak dengar cerita-cerita Awish tu kan. Kat rumah nak cakap sikit je, dah kena cantas, selalu perhatian kat Sarah. So Awish lepaskan cerita Awish tu kat sekolah kan.

Mama dan ayah tanya cikgu, Awish bila bercakap tu..ok ke cakap dia? Cikgu kata Awish biasanya akan ambik masa nak completekan ayat dia.

Then, mama dan ayah bagitau cikgu yang sebenarnya Awish memang ada masalah percakapan, sampai mama dan ayah kena hantar Awish ke speech therapist. Mama dan ayah jugak bagitau cikgu yang mama dan ayah cukup berbangga dengan pencapaian dan perubahan Awish sekarang, berbanding masa tadika, Darjah 1 dan Darjah 2, disebabkan Awish dan Attention Deficit Dirorder nya. Cikgu pun terkezut jugak bila mama dan ayah cakap pasal speech problem dan ADD tu.

But still, Awish kena try dapatkan lebih kecemerlangan sampai akhir tahun. Harap2 dapat masuk kelas no 1 supaya Awish berada dalam golongan Super Saiyan dan Super Namekian (dalam segi pelajaran, bukan dalam berlawan)

Apakah??

Awish antara murid paling besar dalam kelas

Ayah learn something new about Awish - Awish suka bercerita dan Awish Pengacau Wanita!!??! Tapi Awish certainly not lembut-lembut macam cikgu tu cakap.



No comments: