Sunday, January 15, 2012

1 Trip, 2 Kampung

Hajat asal ayah nak balik Tampin bawak Atuk. Tapi Atuk baru kebah batuk. Mama pulak nak ambik Maktok.

Atuk kata "Kau balik lah kampung, ambik durian". Makteh pulak telepon kata rambutan dah masak.

So solution :

Hari Sabtu balik ke Tampin, tanpa Atuk. Singgah rumah Makteh dulu sebelum ke rumah Atuk.

Kat rumah masa tengah makan durian Makteh, mama ternampak petai kat rumah Makteh, so Makteh offer petai tu kat mama. Tapi kena tunggu Mamat, caretaker rumah pusaka panjat dulu petangnya. So nampaknya kena datang lagi sekali untuk ambik petai tu.

Rumah pusaka Atuk Wan memang sunyi. Sayu dan sedih menusuk kalbu ayah bila masuk ke dalam rumah ayah membesar ni..


Macam terbayang2 arwah Wan tengah duduk kat meja belakang tu

Kemudian AMS, mama dan ayah meneruskan perjalanan ke Pontian, menziarah Maktok yang tak sihat, kurang selera makan, kurang tidur, sentiasa berfikir yang bukan2 etc.

Petangnya ayah dengan Wak Pairit dan Wak Amad 'memancing' pulasan. 2 bakul besar hasil tangkapan.


Setelah satu malam bersejukan kat Pontian (dah lah suasana kat kampung memang sejuk, awal2 pagi hujan lebat lak tu) pagi tadi bersedia untuk balik. Alhamdulillah Maktok nak ikut balik ke Puchong. Memang itu lah niat asal mama, dengan harapan kat Puchong ni dapat meng'up'kan (menaikkan) semangat Maktok dan Maktok kembali sihat dan ceria.

Tapi sebelum ke Puchong singgah balik kat Tampin sebab nak ambik petai.


Bukan setakat petai. Ingat tak pesan atuk pasal durian dan pesan Makteh pasal rambutan.


Durian kampung repah, rumah pusaka

Dapat ayah melepas rindu kat durian2 ni......


...bersama dengan 'hantu durian' kecik ni...


No comments: