Sunday, January 8, 2012

Atuk-atuk sakit

Maktok sakit. Dah 2 minggu.

Tak lalu makan, tak lalu tidur. Lost. Tak tahu apa yang membuatkan Maktok runsing dan menyebabkan Maktok jadi lost.

Mungkin hujung minggu ni mama nak ambik Maktok bawak ke KL. Manalah tau 'ubah angin' akan menyembuhkan Maktok.

Atuk Tampin pulak batuk teruk. Bila Atuk batuk seakan-akan Atuk stop bernafas. Memang teruk. Disebabkan dah berhari Atuk batuk hari Jumaat hari (malam) Atuk dimasukkan kat Al-Islam Kg Baru.



Semalam dan hari ni ziarah Atuk. Hari ni Atuk dah ok sikit. Tapi memori Atuk yang dulunya sangat kuat sekarang ni makin lemah. Banyak benda yang Atuk dah lupa. Even benda yang Atuk baru je cerita..


No comments: