Sunday, January 29, 2012

Notis lagi

Notis kat pintu bilik Awish yang terbaru


Siap ada macam password tuh..


Saturday, January 28, 2012

1 Murid 1 Sukan

Ayah tak tau lah apa bakat sukan yang Awish ada. Tengok Awish lari pun kategori lari 'bontot tinggal belakang'. Kalaulah Awish kecik masa zaman ayah, kat kampung, mesti Awish dah kena panggil 'boyak' dah.

Boyak = Gendut?

Takpe janji Awish sihat.

Tapi sekarang ni sibuk cikgu cikgi cakap Program 1 Murid 1 Sukan. Secara ringkasnya kalau aktif dalam sukan, peluang nak lagi menyerlah dan dapat perhatian cikgu lagi tinggi..

So, saja nak bagi perangsang ayah dan mama pun bawaklah Awish ke Ampang Superbowl (tapi kat Puchong, bukan kat Ampang).

Dahsyat gak Awish. Mula2 kekok. Lepas tu Awish cara orang kiri kanan baling, Awish tak nak dah ikut cara ayah dan mama ajar. Awish jadi lagi terror dengan cara Awish tu..

Mina dan Sarah pulak takde kasut saiz yang sesuai. So pakai stokin je la.

It's a family sporting event





Swing Mina jangan tak swing..jangan jatuh kat kaki sudah lah..

Hiiyahh!!!!

Longkang champion minah sorang ni

Awish memberi semangat kat Mina

Mama tengah baling Sarah (bersama dengan bola)


Bowling center punyalah haprak jingga.. lantai berkelok2 (alasan ni..sebab selalu masuk longkang). Tengok la gambar ni, bola belum kena pin tapi 'sweeper' tu dah turun. Apakah?

Ini baru pro..


Awish bangga dengan score 35 tu. Mina dengan longkang nye. Frame 5 dapat 2 bijik tu pun sebenarnya masuk longkang. Tapi scoring machine ni dah bengong (tak pun kesian kat Mina).

Anyway, rasanya Awish ni boleh try kat sukan bowling ni. Manalah tau dapat menyumbang emas (peringkat estate pun jadilah).


Tuesday, January 24, 2012

Cherating



Kepuasan bagi ayah bila korang happy bukan main.

Itulah pendorong untuk ayah keje bersungguh-sungguh.

Saturday, January 21, 2012

A Year Ago

Our world turned 'upside down'.

There were times that ayah felt, that it might be the end. To be honest, ayah even tanya imam tentang khairat, kat mana nak kebumikan jenazah..Masyaallah!! Kemudiannya ayah tersedar yang ayah tak sepatutnya putus harapan, ayah beristighfar dan menangis.







Life has never been the same since.

We now live a better life. We appreciate the values of family ties, friendships, better than ever. We embrace the true meaning of doa, tawakkal, redha, berserah, nikmat sakit. We have learned many things that others may not have the opportunities. And we now share that experience to others in needs..... Many more.

Thanks to Allah. Alhamdulillah.


12 months on...

Ayah setiap hari berdoa...
Sarah bertambah sihat dan kekal sihat
Sarah sembuh sepenuhnya
Kanser tidak muncul lagi dalam hidup Sarah

Insyaallah.


Thursday, January 19, 2012

Luas!


Nak kaler gambar ni sampai dekat 2 jam..

Kan dah mengantuk..

Published with Blogger-droid v2.0.3

Tuesday, January 17, 2012

Scouter


Awish dah 2 malam pakai goggle. Err..silap..silap.. pakai 'scouter'.

(kalau sapa2 yang tak tau apa scouter tu, pandai2 lah Google Dragon Ball Z Kai).

Bila pakai scouter tu, Awish bukan Awish lagi dah. Awish is now Vegetta. Kalau mama dan ayah panggil nama Awish, dah sah kena marah dengan Awish..oops Vegetta.

"I can see your power level with my scouter" kata Awish.

"Can you see my angry power level?! Go and do your homework, now!" kata 'Freeza'.



Published with Blogger-droid v2.0.3

Sunday, January 15, 2012

1 Trip, 2 Kampung

Hajat asal ayah nak balik Tampin bawak Atuk. Tapi Atuk baru kebah batuk. Mama pulak nak ambik Maktok.

Atuk kata "Kau balik lah kampung, ambik durian". Makteh pulak telepon kata rambutan dah masak.

So solution :

Hari Sabtu balik ke Tampin, tanpa Atuk. Singgah rumah Makteh dulu sebelum ke rumah Atuk.

Kat rumah masa tengah makan durian Makteh, mama ternampak petai kat rumah Makteh, so Makteh offer petai tu kat mama. Tapi kena tunggu Mamat, caretaker rumah pusaka panjat dulu petangnya. So nampaknya kena datang lagi sekali untuk ambik petai tu.

Rumah pusaka Atuk Wan memang sunyi. Sayu dan sedih menusuk kalbu ayah bila masuk ke dalam rumah ayah membesar ni..


Macam terbayang2 arwah Wan tengah duduk kat meja belakang tu

Kemudian AMS, mama dan ayah meneruskan perjalanan ke Pontian, menziarah Maktok yang tak sihat, kurang selera makan, kurang tidur, sentiasa berfikir yang bukan2 etc.

Petangnya ayah dengan Wak Pairit dan Wak Amad 'memancing' pulasan. 2 bakul besar hasil tangkapan.


Setelah satu malam bersejukan kat Pontian (dah lah suasana kat kampung memang sejuk, awal2 pagi hujan lebat lak tu) pagi tadi bersedia untuk balik. Alhamdulillah Maktok nak ikut balik ke Puchong. Memang itu lah niat asal mama, dengan harapan kat Puchong ni dapat meng'up'kan (menaikkan) semangat Maktok dan Maktok kembali sihat dan ceria.

Tapi sebelum ke Puchong singgah balik kat Tampin sebab nak ambik petai.


Bukan setakat petai. Ingat tak pesan atuk pasal durian dan pesan Makteh pasal rambutan.


Durian kampung repah, rumah pusaka

Dapat ayah melepas rindu kat durian2 ni......


...bersama dengan 'hantu durian' kecik ni...


Sunday, January 8, 2012

Ayah Join the Club

Club runner. Kazen2 AMS dah berjinak2 sejak dari penghujung tahun lepas. Hari ni ayah join the club.

As a novice ayah cuma lari yang jarak pendek je lah.

Cepatlah besar dan suka bersukan Awish oi.. Boleh lah join ayah dan kazen2 Awish pulak.





Atuk-atuk sakit

Maktok sakit. Dah 2 minggu.

Tak lalu makan, tak lalu tidur. Lost. Tak tahu apa yang membuatkan Maktok runsing dan menyebabkan Maktok jadi lost.

Mungkin hujung minggu ni mama nak ambik Maktok bawak ke KL. Manalah tau 'ubah angin' akan menyembuhkan Maktok.

Atuk Tampin pulak batuk teruk. Bila Atuk batuk seakan-akan Atuk stop bernafas. Memang teruk. Disebabkan dah berhari Atuk batuk hari Jumaat hari (malam) Atuk dimasukkan kat Al-Islam Kg Baru.



Semalam dan hari ni ziarah Atuk. Hari ni Atuk dah ok sikit. Tapi memori Atuk yang dulunya sangat kuat sekarang ni makin lemah. Banyak benda yang Atuk dah lupa. Even benda yang Atuk baru je cerita..


Saturday, January 7, 2012

Lepaskan terkilan - 2nd Day

Sebab first day tak dapat.. second day pun jadilah..

Gelap2 lagi ayah temankan Awish dan Mina tunggu van sekolah. Dan kemudian ayah tunggu kat sekolah. So, dapatlah ayah tengok Awish jalan pimpin tangan Mina masuk kedalam sekolah. Matured dah bujang ayah ni..

Lepas tu ayah balik nak tengok Dhia Maisarah lak.

Ayah take picer (picture)



Tersengih nak balik

Bertolak-tolak atas jambatan kecik. Padat giler

Setelah dekat 40jam menunggu Tahap 1 lain keluar. Tapi dah abis semua budak keluar Mina tak kelihatan jugak. Rupanya Mina tunggu kat pintu masuk utama. Sebab semalamnya Awish suruh tunggu dia kat situ (semalamnya keluar awal). Nasib baik anak jiran ambik Mina bawak ke van. 
Sekurang-kurangnya ayah ada kat situ masa tu.

Gambar ni Mina tengah sedih dan takut ni, sebab tertinggal bekal dalam kelas 1 Sigma. Hari ni cikgu tukarkan Mina ke kelas 1 Gama, lepas keputusan ujian saringan hari tu keluar. Disebabkan tertinggal bekal tu Mina tak lunch.

Esoknya, Mina dapat balik bekal tu. Yang bestnya masa lunch, Mina cuba nak makan bihun yang dah basi tu. Padahal mama dah bawakkan bekal dalam bekas lain. Sekali lagi tak lunch le jawabnya.

Petangnya ayah tengok Mina kat KAFA. Comelnya kelas temporary ni. Awish tolong hantarkan Mina ke kelas. 
"Hai ayah" kata Awish bila berselisih dengan ayah dalam kawasan KAFA. Masa tu ayah tengah carik mana Awish dan Mina.
"Mana Mina" ayah tanya.
"Dalam kelas" jawab Awish sambil berjalan ke tempat menunggu Tahap 3.
Thanks Awish. Ayah proud of you.

Balik dari KAFA..

Kalau Mina tertinggal bekas makanan, Awish pulak tertinggal bekas air, masa hari pertama lagi. Beria-ia nak ayah belikan bekas air, ayah dan mama belikan sambil ingatkan Awish "jangan lupa, mesti bawak balik". Tapi hari pertama dah tertinggal. Sabo je lah kan.

Tapi nasib baik Awish ingat pesan mama untuk cari bekas tu masa hari kedua. Awish berjaya jumpa bekas tu balik.


Sarah First Day

Sarah-1st-day-at-school

Yang ni ayah paling terkilan. Hari pertama Sarah kat sekolah.




Mina First Day of School (dibawah jagaan Awish)

Cerita hari pertama kat blog mama







Ayah missed all the memorable moments, disebabkan ayah kena berbakti pada Jepun negara.