Friday, January 28, 2011

Update 28 Jan 2011 @ 10:20pm - Day 8 @ SDMC

The day started in somewhat a high note, as we were told yesterday that Sarah can go back once another round of Blemycin and Etoposide finished. Some more Sarah's high fever has subsided to around 37 degree celcius.

Tapi bila Dr Lin masuk, mama diberitahu, based on yesterday's blood sample, homoglobin Sarah low, it was 7.5. It should be minimum 10. So doctor adviced to stay another night to take 2 bags of blood. So another nite in SDMC. Or could it be 2? Harap2 tidak?

Masa ayah sampai, Sarah mintak mamee, jadi ayah turun belikan kat 7E. Seronok ayah tengok Sarah makan mamee, banyak.. Walaupun tak berapa berkhasiat sangat tapi at least Sarah mintak nak makan mamee tu. Susu, nasi semua Sarah tak lalu dah.
Tapi...

Bila ayah balik dari sembahyang Jumaat, mama bagitau yang Sarah muntah banyak. Mamee pun keluar. Dan Sarah dah fobia nak makan mamee tu sebab takut muntah lagi.. Walhal doktor dah bagi ubat tahan muntah, tapi muntah jugak. Then, Dr Lin tukar jenis ubat muntah. Mungkin lagi power punya.
Terfikir jugak ayah, company ayah akan tanggung 100% ke bill ni nanti? Ah..kemudian lah fikir tu.

Ayah balik rumah petang, kesiankan Awish dan Mina. Walaupun kakak Sufiah ada, but they would need the parents macam mana pun kan. So ayah balik, bagi Awish dan Mina main kan luar rumah. Sayu ayah tengok kakak Mina kayuh basikal depan rumah....sampai Mina cakap "ayah, why are you standing there?"

Masa ayah balik ke hospital, mama bagitau Sarah allergic. Allergic to the blood given. Mula mula 100ml tu ok je, tiba-tiba mata dan telinga Sarah jadi merah, bengkak dan Sarah tergaru-garu.

Nurse bagi ubat allergic untuk counter allergy tu. Alhamdulillah, ubat tu berkesan untuk kurangkan allergy dan jugak buat Sarah tido. Rest ye sayang ayah.

Mama bagitau Sarah ada keinginan untuk makan nasi, ayam dan sup, tapi...sebab ubat chemo Sarah tak mampu nak telan semua tu. Dia luah balik walaupun dah masuk dalam mulut.

Ayah dan mama harap bila balik nanti, dengan environment yang Sarah biasa, dan suka, akan membantu Sarah untuk makan. Makan banyak2 ok Sarah..lawan..

Insyaallah.

1 comment:

AdaKairon said...

Doa Mak Tam untuk Sarah, mama, Ayah sekeluarga.

Ya Allah ya tuhanku, Engkau maha penyayang lagi maha berkuasa, kami redha akan dugaanMu serta bersyukur akan nikmat bersama Sarah di dunia ini.Ya Allah sesungguhnya kanser ini adalah malignan pada anak yang comel lagi bersih ini, permudahkanlah treatmentnya kurangkanlah reaksinya lalu berilah segala kemudahan dan nikmat sihat untuk anak ini. Berilah kekuatan dan kesihatan ibu dan ayah untuk berjuang untuk berusaha dan memohon restu dari Mu kesembuhan dari penyakit yang Engkau beri.
Amin ya rabbal a'lamin