Memang masa Awish tido kat sofa malam tadi aku duduk sebelah dia, aku usap kepala dia, aku tengok tangan dia, aku pegang kaki dia, aku pikirkan dengan mukanya yang kepenatan mesti waktu siangnya dia bermain-main tapi dalap fikirannya menunggu - when father, mother coming home (fikirannya cakap bahasa inggeris sebab Awish punya mother tounge is English).
Awish duduk di rumah sepanjang hari, di kawasan sofa, tengok tv cerita kartun yang berulang-ulang, sambil game Nintendo DS Lite, sekali sekala bukak computer. Sementara mother dan fathernya bekerja.
Mesti dia bosan.
Aku terfikir jugak apa perasaan Awish, bosan duduk di rumah, tunggu mama dan ayah. Bila mama dan ayah balik kena marah, kena cubit, kena tengking, kena herdik. Aku terfikir, adakah dia bencikan aku? Mungking tak sekarang, tapi macam mana bila dia dah dewasa nanti????
Aku usap lagi kepalanya, aku telitikan jari-jari tangannya.
Aku teringat semasa Awish dilahirkan, bagaimana aku menunggu di KBMC sepanjang hari, menunggu saat dan ketika anak sulung ku akan dilahirkan. Aku terkenang di dalam labour room, semasa dia melihat dunia buat kali pertama, bagaimana Awish, mengikut kata Doktor Norlida, dah macam lemas, dan Doktor gunakan vaccum untuk membantu Awish lahir ke dunia.
Adakah itu detik-detik yang mengakibatkan Awish mempunyai Learning Difficulties? Hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Aku teringat kembali saat aku mengazankannya, saat aku menghitung jumlah jari kaki dan tangannya, saat aku menelepon dan sms abah emak bapak abang kakak, memberitahu mereka aku kini seorang ayah.
Antara detik itu dan sekarang, aku sudah lupa berapa kali aku memarahinya, berapa kali aku mencubitnya, berapa kali aku menengkingnya, berapa kali aku mengherdiknya, berapa kali aku menyakiti hatinya.......................Hakikatnya aku memang bukan seorang ayah yang mithali.
Aku bukan tidak redha dengan keistimewaan Awish. Aku redha, tetapi kelemahan Awish untuk mendengar arahan, untuk memahami arahan mencabar kesabaran aku sebagai seorang ayah. Tanya sahaja pakcik makcik, atuk, wan, wak, cikgu, teacher Awish bagaimana tercabarnya mereka untuk mendapatkan perhatian dan tumpuan Awish. Bak kata atuknya - cucu yang paling degil. Sebenarnya dia bukan degil. Dia tak boleh 'compute' terlalu banyak benda dalam satu satu masa.
Selain dari di sekolahnya, tak ramai yang ingin berkawan dengan Awish. Kalau dulu sebab percakapan langsung tak ada butir-butir, sekarang pula sebab dia berbahasa inggeris. Tapi sekurang-kurangnya sekarang dia ada kawan yang ingin berbahasa inggeris dengannya, di CEC dan di Al-Fan.
Aku berterima kasih pada Awish. Awish telah menunjukkan sifat pemarah aku yang terpendam yang aku tak sangka aku ada. Cuma aku perlu dan masih belajar, dan aku akui, susah untuk aku pelajari bagaimana untuk mengawal sifat pemarah ni.
Bagaimana serabutnya kepala aku bila tengok Awish tak mendengar cakap ku, mendengar cakap orang; mungkin begitulah jugak serabutnya kepala Awish bila kena marah dengan aku. Tapi dia masih datang kat aku "Father, I want water too cold"; Father, I want bread butter square".
Kalau aku rasa Awish tak macam kanak-kanak 6 tahun yang lain, mungkin Awish jugak mempunyai perasaan yang ayahnya tak macam ayah kanak-kanak lain.
Aku bukanlah ayah yang terbaik, tapi aku akan usaha lebih giat lagi dari sekarang. Kalau Awish boleh berubah kenapa tidak aku?
No comments:
Post a Comment