Monday, April 26, 2010

Sebab Pulut Santan Binasa

Perumpamaan yang memang sesuai untuk Ermina, samada bila dia cuba membetulkan (walaupun dia salah) apa yang Awish cakap. Atau pun bila dia mengadu kat ayah dan mama tentang apa yang Awish dan Sarah buat.


Pada kebiasaannya, hasilnya adalah seperti di bawah :

Thursday, April 22, 2010

Pengaruh Mr Bean

Ayah tengah sembahyang maghrib. Awish dan Mina dengan bising bermain, berteriak2, bukan saja dibelakang ayah, kekadang betul betul depan ayah, dekat dengan tempat ayah sujud. Mama masa tu kat bawah bersiap nak ke kedai, mungkin tak perasan diorang tengah bermain dalam master bedroom, mengganggu ayah sembayang.

Tiba-tiba Awish ambik gunting kat dressing table dan dia cakap "Mina, I cut your hair"

Mina tak jawab apa2 cuma gelak je. 'Ssrapp' ayah dengar Awish potong rambut Mina. Diorang gelak2 lagi.
Ayah sebut kuat2 "SUBHANALLAH". Dengan harapan Mama dengar. Tapi ayah dengar pintu gate dibuka, Mama dah nak keluar rumah.

Dari cermin ayah nampak Awish sepak cebisan rambut, cuba nak sorokan bawah katil. Awish cakap lagi "Mina you sit down like this (suruh Mina duduk kat katil), like Mr. Bean". Mina ikut je apa Awish cakap.

Ayah yang tengah sembahyang tak khusyuk sebab diorang punya suara dan gelagat tadi jadi bertambah tak khusyuk bila dengar Awish cakap macam tu. Tak rupa orang anak dara ayah sorang ni kang, kena penangan tukang gunting Awish ni, dalam hati ayah berfikir. Kalau ikut Mr Bean gunting rambut memang haru jadinya.
Apa ayah nak buat ni??!! Takkan nak berenti sembahyang??

"ALLAHUAKBAR" ayah melaung.

Awish dan Mina terus diam, panik, terkejut dengar takbir ayah. Lepas tu Awish letak balik gunting tu dan diorang duduk diam2 tunggu ayah habis sembahyang. Habis je ayah sembahyang, Awish tahu dia buat salah, dia cakap "I'm sorry". Ayah sabarkan hati dan suruh dua-dua anak ayah tu turun.

Itulah pengaruh Mr. Bean. Sampai ayah tak tahu sembahyang ayah diterima ke tak masa tu.

Banyak jugak rambut Mina yang Awish gunting. Nasib baik dia gunting kat belakang, di celah-celah rambut Mina yang lebat tu. Dan nasib baik jugak ayah bertakbir. Kalau tak, tak tau lah apa rupa Ermina Yasmin sekarang ni.

Ayah, jom main belon

Wednesday, April 21, 2010

Indoor Playground Outing

Dah lama Awish, Mina, Sarah tak main kat playground kat Giant BK5. Hari Sabtu lepas masa on the wat ke kedai Awish mintak pegi taman dekat Wawasan tu. Tapi masa tu dah pukul 11 pagi. Matahari dah tinggi menegak. So aku promise kat Awish "tomorrow we go ok? 7:30 morning you remind father".
Ahad pagi Awish aku yang ingatkan Awish. Tapi aku cakap "We go to Giant playground ok" 
So 9 lebih aku gegaskan diorang mandi dan bawak diorang ke Giant playground. Dah dekat dengan Giant BK5 tu Awish cakap "Hey father why are we going here and not giant playground?" 
Aku terkujat sekejap"......." lepas tu baru aku pick-up "Ohh we are not going to giant playground (nama yang kitorang bagi kat Taman Bukit Jalil yang playground punyalah besar tu), we are going tu Giant dinasour playground (nape dinasour? sebab kat indoor playground Giant BK5 tu ada belon dinasour yang maha besar gedabak). Tak pasal2 Awish nangis, sebab dia ingat aku marahkan dia.
Anyway aku berjaya pujuk dia.
Hasilnya diorang memang enjoy sakan. Aku lagi enjoy tengok diorang enjoy. Lagipun masa tu aku tengah tension. Status aku kat FB masa tu yang aku post masa kat sana:

aku ada 3 paper nk kena prepare, esok nk kena present kat ED dg Presiden. Rabu nk kena present pulak kat VVIP dr jepang. Tapi aku blank tak tau kat mana nk start. Jadi dpd buang masa depan laptop, aku, as usual ayah merangkap mama bila wknd, bwk anak2 pegi playground. Anak2 lah irreplaceable ED, Presiden, VVIP hidup aku. :)

So, anak beranak enjoy (kekadang, Awish, Mina, Sarah gaduh gak masa tgh main, tapi biasalah tu untuk diorang ni punya standard).

Si bujang ayah yang berangan jadi Ultraman Cosmos.
Gaduh dengan Awish, menyorok dlm slide




Sarah mula2 perasan ingat kuda kuning tu dia punya. Masa budak cina ni main punyalah dia tarik tangan ayah untuk 'rampas' balik kuda kuning tu. Finally she settled with the pink, dan main dgn anak cina ni yang bukan main lagi nak main dgn Sarah.


Tuesday, April 20, 2010

An athlete was born

Temasya sukan SK SS2 Bandar Kinrara.
Awish...dapat nombor SATU!!!!! GOLD!!!!


Tak sangka athlit berbakat rupanya anak ayah ni.

Acara apa? Acara...tengok kat bawah..


Gambar tak clear? Memang saja bagi tak clear.. Bacalah betul2.. Aku pun tak tau macam mana nak describe macam mana acara sukan ni.

Donut Outing

Ni outing yang terjadi masa ayah bawak Awish, Mina, Sarah kat kedai hari Sabtu, secara tiba Mama cakap "Awish nak makan donut". Dalam masa tak sampai 2 minit selepas tu kitorang dah on the way ke Big Apple kat Tesco.



Setengah dozen + 2 donut free habis dalam masa 15 minit.

Monday, April 19, 2010

Night Outing

Since Mama start business the kids have never had a night outing. Last week, all of sudden I felt like bringing the kids out for a kopitiam after closing the shop.

So, PapaRich Puchong Jaya became our primary target. We were hoping that we would get the table with the sofa. It's at the far outter corner of the shop and just besides it, there's an ample space for the kids to melalak, berlari sana, terkejar sini etc. Alhamdulillah that was what we got. And the kids love it. Not only place but also the menu...nasi lemak, aiskrim. Mak bapak eh pun suko gak, melantak malam malam buto.

Grocery Outing

Lepas beli barang dapur kat Giant, macam biasa kena singgah kat Giant Food Court untuk melantak makan tengahari.

Friday, April 16, 2010

Tuesday, April 13, 2010

Kemalangan di tempat 'kerja'

9 April 2010 Sarah menemui kemalangan di tempat kerja bermain.

AKu balik kerja hari tu tengok2 Sarah minum susu, pegang botol dengan tangan kanan je. Tangan kiri dia 'jaga' tak bagi terlanggar apa2. Mama bagitau jari tersepit kat pintu bilik bawah.


Tak tau lah macam mana boleh jadi sebab masa yang ada kat rumah cuma maid dan Mina je. Cuma Mina mengaku dia yang buat. Tak sengaja katanya "I don't see Sarah"

Main tak ingat dunia lah kut dua orang anak dara aku ni. Dia dua orang ni memang suka main kejar2 dalam rumah. Lepas tu si Mina pulak suka main pintu bilik bawah ni.

Hmm....jangan ada kemalangan yang lagi dahsyat dah lah.

Certificate


Pergi Zoo negara pun boleh dapat certificate. Baguslah sekarang ni..
Nanti nak mintak kerja kat zoo senang. Tunjuk je cert ni.

Saturday, April 10, 2010

Gigi

Gigi kekal Awish dah mula keluar. Mama noticed gigi kekal tumbuh dibelakang gigi susu depan bawah. So, it's time to go to the dentist.
Awish tulis note kat Mama "1:10, Mama and Darwish go dentist" (something like that) sebelum keluar sekolah pagi tu.
...And so they went to the dentist... (not exactly at 1:10pm I was told)

Petang, aku balik kerja anxiously nak tengok macam mana Awish selepas jumpa dentist, selepas gigi kena cabut.

Surprisingly, Awish rupanya happy selepas jumpa doktor. Mama cakap dia tak menangis pun gigi kena cabut.
Sekarang ni, macam gambar kat atas tu, dia tengah jongang. Gigi kekal tu dah keluar, dan keluar slanting kebelakang sebab sebelum ni, dengan adanya gigi susu tu, gigi kekal takde space nak keluar.

Lepas tu Awish dengan bangganya tunjuk giginya yang dah di cabut tu.




Gigi kacip Awish yang dua batang kat atas tu pun makin jarak. Rasanya gigi kekal tu tunggu masa je nak keluar tu.

Thursday, April 8, 2010

17/40




Peperiksaan yang pertama. Dapat nombor 17 dari 40 murid dalam kelas.

Aku tak kisah Darwish tak dapat nombor satu. Tak penting.

Aku hanya berharap Darwish jadi insan yang berguna di kemudian hari.

Tuesday, April 6, 2010

One Happy Darwish

Lokasi: RnR Seremban
(on the way balik Tampin)
Asam pedas + milo ais = 1 happy Darwish.

Saturday, April 3, 2010

Pengakuan Seorang Ayah

** This is an unpublished entri from another blog of mine. It actually inspires me to start this blog. After this entri was drafted a month ago, as far as I can recalled it correctly I became emotionally mad and angry to the kids much much less fewer times compared to the previous month. Infact I went 2 weeks plus without even raising my voice. After that two weks, there are times that I raised my voice, but it is purely just to 'gempak' them (eg. they took bath too long, so I raised my voice to make them stopped), but my emotion was 'neutral' and I acted with conciousness. That few times I mentioned above was when I could not control my anger and my action was as a result of my uncontrolled emotions. Hmm... still got a lot of things to do **

I have wanted to write this for a very very long time. It is neither an essay nor article. It is just my thought that I need to capture for me to reflect in the future, as the father of Darwish Nasyran, Ermina Yasmin and Dhia Maisarah. From one paragraph to another it may not be a continuation. It’s just my thought, my feeling, my emotions, sometimes or most of the times my stress, my embarassment, my stupidity… many more. Here it goes…

Setiap kali aku di tempat kerja atau di luar aku tak sabar nak balik sebab aku nak tebus kesalahan ku terhadap anak-anakku especially Awish. Setiap kali bila aku hampir tiba di rumah hati ku akan berdebar-debar – adakah aku akan dapat menahan emosi ku, apakah Awish, Mina dan Sarah akan menyambut kepulangan ku dengan senyuman dan keriangan atau apakah dengan jeritan dan tantrum? Kalau yang bab jeritan dan tantrum tu aku khuatir aku akan hilang sabar. Biasanya yang mencabar amarah ku adalah Awish. Walaupun aku cakap ‘no’ dia tetap akan buat semasa aku sebut ‘no’ berkali2. Atau pun tak lama selepas aku berenti sebut ‘no’, atau pun selepas aku memarahinya.

Bila tiba weekend, aku mesti delima. I want to have a quality time with the kids, Awish, Mina and Sarah. Especially when mama is not around, out managing her business. I want to be a loving ayah. Tapi at the same time I’m afraid that I will blow my top again because of their tantrum. Again, Awish lah yang selalu menjadi punca. Samada dia merampas game dari Mina, atau menjadikan Mina punching bag (ketika melakonkan aksi Mario dari gamenya), atau ketika dia merampas komputer dari Mina, atau dia squeeze pipi Sarah sebab terlampau geram, atau…Bukan aku menulis ni untuk menuduh Awish punca segala masalah aku kat rumah, tapi lebih kepada untuk aku tulis dan baca balik dan muhasabah diri, adakah Awish buat semua itu dengan sengaja, adakah dia buat semua itu sebab dia memang hyper, atau sebenarnya aku yang menjadi punca, sentiasa inginkan perfection dari Awish, atau mungkin sebab aku selalu memarahinya maka dia ingin mencabar ku, sebab dia sendiri sudah jelak dengan tingkahlaku ku. Hmm.. boleh jadi. Dulu bila mama tak ada di rumah, Awish dan Mina akan behave. Tapi sekarang, tak ada bezanya. Mungkin betul Awish sudah tak kisah atau lebih teruk lagi dah tak hormat denganku.

Mina seorang yang normal? Atau ada focus problem macam Awish? Tak dapat nak dipastikan. Sebabnya gap 2 tahun. Maka segala cara percakapan, tingkahlaku Mina adalah copycat dari Awish. Awish cakap English, Mina pun cakap English, lagipun ayah dan mama pun cakap English untuk bagi Awish senang berkomunikasi – 1 bahasa samada English atau BM, tak kira di rumah atau disekolah, advise speech therapist Darwish. Awish hyper, Mina pun hyper sebab bagi Mina macam tu lah cara bermain. Even kat shopping kompleks mereka berdua ni akan berlari ikut suka mereka. Mereka tak kan duduk diam. Kadang2, contohnya minggu lepas aku yang terpaksa berlari mengejar mereka sebab mereka berlari main kejar kejar masuk parking lot. Takut aku kalau ada kereta yang tak nampak dia orang berdua.

Sarah? Sarah pun dah ikut hyper sebab tengok abang dan kakaknya hyper.

Darwish, I think you need to know that I love you. As I’m writing this, my tears starts to flow out. Walau pun ayah selalu marah tapi ayah sayang Darwish. Ayah sayang Darwish, Ermina dan Sarah.

Friday, April 2, 2010

Tentang Darwish - 2

** copied from another blog of mine - Sept 2009 **

Remember, in my previous entry, I share with you how special Darwish is? Recap – he has very short attention span, partial (not totally) hearing impairment and due to these he has difficulties (not totally unable) in understanding things. So before this we did not teach him how to puasa. But this year, since he’s already 6 years old and will be in Standard One next year, we give it a shot this year. This entry is about how Darwish ‘succesfully’ puasa.

His puasa is challenging, due to the fact that he did not wake up to have sahur, plus he has 2 sisters who eat (not a lot) but regularly.

If I’m at home, I will ask him early in the morning.
Me: Darwish, today puasa ok.
Darwish : Ok
Me : Puasa, we cannot eat or drink during sun up (daytime la), night time we can eat. When father and mother eat, you can eat, ok?
Darwish : Ok (dengan muka yang bersemangat)

Around 10am
Darwish : Father, can I have bread butter square (bread with peanut butter spread cut into square shape)
Me : Cannot, Awish kan puasa
Darwish : Hmm.. but I’m hungry
The argument continues like that until suddenly Darwish quiet.

For all you know there’s a cat with dark hair and two leg spreading peanut butter on two slice of bread on his own in the kitchen. The cat name is Darwish and he finish the bread.

Darwish then continue puasa.

Around 1pm, Mina is hungry and ask for egg yellow. Wifey then made a scramble egg. Even I was tempted by the smell. Mina sits in front of wifey, who’s feeding her. Out of nowhere come Darwish sits besides her.
Darwish : I want
Wifey : Darwish puasa la, you cannot eat, 7 o’clock only can eat
Darwish : Hhhh… I want to eat, I’m hungry
The argument continues until Darwish cries. No choice wifey feed him the egg to console him.

Darwish then continue puasa.

3pm normally Darwish will watch Ultraman video in Youtube at the home desktop. He did not make any complaint during this time.
When he completes using the desktop, it’s my turn to use the PC and hmm.. what do you know. There was a can of Mister Potato at the side of the computer. I sampled a fingerprint from the can and ran it on CODIS. It’s Darwish’s fingerprint. Yupp.. you guess it, he ate.

Darwish then continue puasa.

It’s 6 something, and since he’s ‘puasa’ he can’t wait for 7 oc’clock. He’ll look at the clock and if the minute (long) arm point to or close to 7 (ie. It’s only around 6:35) he’ll say
Darwish : Ok mother 7 already, now can eat rice with fish.
Wifey : Not yet laa.. not yet seven
The argument continues until wifey cannot tahan and feed Darwish.

That’s a day in Darwish’s puasa.

Ohh.. did I tell you that he demanded for air sirap every now and then?

Tentang Darwish - 1

** copied from another blog of mine - June 2009 **

Memang masa Awish tido kat sofa malam tadi aku duduk sebelah dia, aku usap kepala dia, aku tengok tangan dia, aku pegang kaki dia, aku pikirkan dengan mukanya yang kepenatan mesti waktu siangnya dia bermain-main tapi dalap fikirannya menunggu - when father, mother coming home (fikirannya cakap bahasa inggeris sebab Awish punya mother tounge is English).

Awish duduk di rumah sepanjang hari, di kawasan sofa, tengok tv cerita kartun yang berulang-ulang, sambil game Nintendo DS Lite, sekali sekala bukak computer. Sementara mother dan fathernya bekerja.

Mesti dia bosan.

Aku terfikir jugak apa perasaan Awish, bosan duduk di rumah, tunggu mama dan ayah. Bila mama dan ayah balik kena marah, kena cubit, kena tengking, kena herdik. Aku terfikir, adakah dia bencikan aku? Mungking tak sekarang, tapi macam mana bila dia dah dewasa nanti????

Aku usap lagi kepalanya, aku telitikan jari-jari tangannya.

Aku teringat semasa Awish dilahirkan, bagaimana aku menunggu di KBMC sepanjang hari, menunggu saat dan ketika anak sulung ku akan dilahirkan. Aku terkenang di dalam labour room, semasa dia melihat dunia buat kali pertama, bagaimana Awish, mengikut kata Doktor Norlida, dah macam lemas, dan Doktor gunakan vaccum untuk membantu Awish lahir ke dunia.

Adakah itu detik-detik yang mengakibatkan Awish mempunyai Learning Difficulties? Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Aku teringat kembali saat aku mengazankannya, saat aku menghitung jumlah jari kaki dan tangannya, saat aku menelepon dan sms abah emak bapak abang kakak, memberitahu mereka aku kini seorang ayah.

Antara detik itu dan sekarang, aku sudah lupa berapa kali aku memarahinya, berapa kali aku mencubitnya, berapa kali aku menengkingnya, berapa kali aku mengherdiknya, berapa kali aku menyakiti hatinya.......................Hakikatnya aku memang bukan seorang ayah yang mithali.

Aku bukan tidak redha dengan keistimewaan Awish. Aku redha, tetapi kelemahan Awish untuk mendengar arahan, untuk memahami arahan mencabar kesabaran aku sebagai seorang ayah. Tanya sahaja pakcik makcik, atuk, wan, wak, cikgu, teacher Awish bagaimana tercabarnya mereka untuk mendapatkan perhatian dan tumpuan Awish. Bak kata atuknya - cucu yang paling degil. Sebenarnya dia bukan degil. Dia tak boleh 'compute' terlalu banyak benda dalam satu satu masa.

Selain dari di sekolahnya, tak ramai yang ingin berkawan dengan Awish. Kalau dulu sebab percakapan langsung tak ada butir-butir, sekarang pula sebab dia berbahasa inggeris. Tapi sekurang-kurangnya sekarang dia ada kawan yang ingin berbahasa inggeris dengannya, di CEC dan di Al-Fan.

Aku berterima kasih pada Awish. Awish telah menunjukkan sifat pemarah aku yang terpendam yang aku tak sangka aku ada. Cuma aku perlu dan masih belajar, dan aku akui, susah untuk aku pelajari bagaimana untuk mengawal sifat pemarah ni.

Bagaimana serabutnya kepala aku bila tengok Awish tak mendengar cakap ku, mendengar cakap orang; mungkin begitulah jugak serabutnya kepala Awish bila kena marah dengan aku. Tapi dia masih datang kat aku "Father, I want water too cold"; Father, I want bread butter square".

Kalau aku rasa Awish tak macam kanak-kanak 6 tahun yang lain, mungkin Awish jugak mempunyai perasaan yang ayahnya tak macam ayah kanak-kanak lain.

Aku bukanlah ayah yang terbaik, tapi aku akan usaha lebih giat lagi dari sekarang. Kalau Awish boleh berubah kenapa tidak aku?