Sunday, December 8, 2013

Cara makan ubat Super Pahit

Ini petua untuk ibu2 dan ayah2 yang anaknya kena makan yang amat pahit (confirmed by Doktor) atau anak2 yang susah nak makan ubat.

Kira 1...2...3...

Masukkan syringe dalam mulut dan cepat2 tekan ubat tu keluar.
Kemudian..cepat2 suapkan kari yang dah dipanaskan kedalam mulut untuk membuang rasa pahit ubat tersebut.

Oh..dan jangan lupa untuk janji beli beg sekolah Monster High kalau habiskan dos antibiotik selama 5 hari tersebut.




Tuesday, December 3, 2013

His First Injection

Eshan Zafri @ 25.11.13

macam berani je..macam berani je..

eh..eh.. macam sakit je..macam sakit je..

uhhuh..

Adoiii!!!!! Sakit la!!!! I hate doctor!!!!



Medical Record Entry - Sarah 28.11.13

It's follow up time - follow up on cancer and urine infection.

Since mama masih dalam pantang, jadi ayahlah yang kena bawak. Ayah dan Sarah mintak Mina ikut sekali - untuk menghilangkan kebosanan.

Sampai awal giler, sebab cuti sekolah dah kan. Sebelum pukul 8 dah sampai. No start panggil pukul 8.30am. Tapi sebab Mina ada takde la rasa lama sangat.

Dapat register je, first stop - urine sample and blood sample collection.

Urine sample - yang paling ayah risaukan. Sebabnya sebelum2 ni, masa mama yang bawak Sarah, mama punya experience Sarah cukup susah nak kencing. Kalau kencing pun sample dapat sikit je. Tapi kali ni, Alhamdulillah, Sarah bukan setakat senang kencing, sample pun ayah dapat collect banyak (bangga lagi tu dapat kutip air kencing, hahaha).

Next, blood sample. Sarah dah berkali2 kena cucuk (kena kerat belah pun pernah) so ayah tau Sarah tak takut sangat. Tapi bila tengok jarum tu Sarah mula menangis. Normal la, menangis takut. Tapi tak lah sampai menjerit atau tarik tangan tak bagi cucuk. Bila lab assistant (lelaki) tu muka pun nampak gabra je, siap tanya lab assistant lagi sorang (perempuan) yang memang dah berdiri kat sebelah dia, "Yang ni? This one? Ok?" (sambil tunjuk2 urat darah kat pergelangan tangan Sarah), ayah pun jadi gabra jugak. Ayah punya assumption budak lelaki ni budak baru (mentee), perempuan tu senior dia (mentor).

Last2 dia tak konfiden, dia suruh yang perempuan tu yang buat. So, dengan lajunya lab asst perempuan tu pun cucuk Sarah. Malangnya, SALAH! Darah tak keluar pun!. Sarah sakit ada ah.

Datang lagi sorang. Lagi nampak senior. Bagi advice. Kali ni tukar tangan pulak. Kalau tadi tangan kiri, sekarang tangan kanan. Nasib baik yang kali ni betul. Darah keluar banyak. Tapi dua-dua tangan Sarah dah kena cucuk dah.

Tangan dua-dua kena lipat, nak bagi darah stop flowing.

Lepas kena cucuk, it's time untuk Sarah buka puasa - as always Restoren Taj.

Then, it's waiting time. Tunggu Prof Lin habis rawat patient kat DayCare Clinic.

Sementara menunggu tu ayah tanya Ms Santa, admin Prof Lin, macam mana dgn result blood and urine. Santa kata AFP ok. Tapi urine Sarah masih ada infection, ada traces of bacteria, protein and so on. Risau...


Masa jumpa Prof Lin, Prof kata normally possibility yang boleh jadi macam tu disebabkan salur kencing tersumbat. Tapi bulan Julai dulu dah buat ultrasound, semuanya ok. So conclusion - dia tak boleh nak determine reason for urine infection. Cuma Prof kata kalau dirawat boleh menyebabkan sakit buah pinggang. So Prof rekomen - start balik makan antibiotik yang superpahit tu dan buat culture (dari urine sample tadi). Lepas seminggu kena datang balik, untuk check lagi sekali.


So, no choice Sarah, you have to eat the super pahit antibiotic dan kena datang SDMC lagi.



Sunday, December 1, 2013

Medical Record Entry - Awish 16.11.13

Sabtu tu Awish nye follow up, check telinga Awish yang masalah pendengaran (partial hearing impairment) kat Sunway MC.

According to ENT Dr Koay, telinga Awish yang sebelah kanan tu ok lagi. Tiub masih intact. Tapi telinga Awish yang sebelah kiri, gegendang telinga dah caved-in. Itu menjadi punca kekadang Awish dengar high pitch sound.

Untuk mengelakkan gegendang terus masuk kedalam dan menyebabkan permanent hearing difficulties, Dr Koay suggest minor surgery untuk tarik gegendang keluar dan masukkan tiub.

Ayah blur sekejap.

Nasib baik lepas tu doktor cakap "Why not you think first, and inform us later".


Lepas jumpa doktor, ayah bawak Awish, Mina dan Sarah ke Sunway Pyramid, makan tghari kat Nandos. After all cuti sekolah dah start, so kena lah bagi jenjalan sikit.


Anyway, back to masalah Awish, lepas ayah fikir, rasanya memang nak kena buat minor surgery tu. Awish pun dah setuju nak operate. Nak kena decide timing je ni. Nampak gayanya macam lepas cuti Krismas.

Ayah harap pendengaran Awish akan bertambah baik dan membantu Awish untuk tumpukan perhatian dalam kelas.



Result

2 tahun sebelum ni Awish ambik hadiah masa majlis kecemerlangan SKS2BK, tahun lepas pulak Mina dapat hadiah kat SRA dan SKS2BK. Tahun ni, ayah expect Mina dapat hadiah lagi, tertunggu2 lah. Dapat surat ke apa ke.. rupa-rupanya tak dapat.

Tak kisahlah tak dapat. 

Keputusan Awish meningkat berbanding pertengahan tahun. Dalam kelas Awish dapat No.8. Ok lah tu. Tapi target Awish top 5 tak kesampaian. On top of that core subject Awish cuma dapat 1A 4B. Kena usaha lebih lagi Awish.

Mina pulak macam biasa, sepanjang tahun dapat hadiah kuiz2 dalam kelas. Tapi progress tak tau sebab sekarang pakai sistem Band, takde number. Sistem yang cikgu nak explain pun tak reti. Tahun lepas ada jugak cikgu bagi slip kedudukan band untuk setiap subjek. Tahun ni bukan setakat takde perjumpaan ibu bapa dan cikgu, slip kertas tu pun takde.

Itu kat sekolah kebangsaan.

Kat sekolah agama, Awish...ohh... Awish...
 
pertengahan tahun

akhir tahun

Punyalah banyak merah2. Dalam kelas antara yang corot lak tu - 31 dari 33 murid. Keseluruhan tahun 4 Awish dapat no 161 dari 186 murid. Cikgu pulak bagitau dalam kelas Awish sentiasa berangan. Nak kena panggil dengan jeritan barulah Awish tersedar. 

Memang macam tu Cikgu..


Mina, ok. Ayah tak ambik gambar sebab tak terpikir nak ambik. Sebenarnya ayah ambik keputusan Mina dulu. Baru ambik keputusan Awish. Masa kat Awish tu lah terpikir ni kena ambik gambar result ni sebagai peringatan.

Anyway Mina menujukkan peningkatan, tengah tahun no. 10, ujian bulan 8 no 8, ujian akhir tahun no 7. Semua tu kedudukan dalam kelas. Tapi akhir tahun peratusan markah berkurang berbanding dengan tengah tahun. Keseluruhan tahun 2 Mina dapat no. 9.

Anyway, tahniah Awish dan Mina. Kena usaha lebih lagi untuk tahun seterusnya.