Since mama masih dalam pantang, jadi ayahlah yang kena bawak. Ayah dan Sarah mintak Mina ikut sekali - untuk menghilangkan kebosanan.
Sampai awal giler, sebab cuti sekolah dah kan. Sebelum pukul 8 dah sampai. No start panggil pukul 8.30am. Tapi sebab Mina ada takde la rasa lama sangat.
Dapat register je, first stop - urine sample and blood sample collection.
Urine sample - yang paling ayah risaukan. Sebabnya sebelum2 ni, masa mama yang bawak Sarah, mama punya experience Sarah cukup susah nak kencing. Kalau kencing pun sample dapat sikit je. Tapi kali ni, Alhamdulillah, Sarah bukan setakat senang kencing, sample pun ayah dapat collect banyak (bangga lagi tu dapat kutip air kencing, hahaha).
Next, blood sample. Sarah dah berkali2 kena cucuk (kena kerat belah pun pernah) so ayah tau Sarah tak takut sangat. Tapi bila tengok jarum tu Sarah mula menangis. Normal la, menangis takut. Tapi tak lah sampai menjerit atau tarik tangan tak bagi cucuk. Bila lab assistant (lelaki) tu muka pun nampak gabra je, siap tanya lab assistant lagi sorang (perempuan) yang memang dah berdiri kat sebelah dia, "Yang ni? This one? Ok?" (sambil tunjuk2 urat darah kat pergelangan tangan Sarah), ayah pun jadi gabra jugak. Ayah punya assumption budak lelaki ni budak baru (mentee), perempuan tu senior dia (mentor).
Last2 dia tak konfiden, dia suruh yang perempuan tu yang buat. So, dengan lajunya lab asst perempuan tu pun cucuk Sarah. Malangnya, SALAH! Darah tak keluar pun!. Sarah sakit ada ah.
Datang lagi sorang. Lagi nampak senior. Bagi advice. Kali ni tukar tangan pulak. Kalau tadi tangan kiri, sekarang tangan kanan. Nasib baik yang kali ni betul. Darah keluar banyak. Tapi dua-dua tangan Sarah dah kena cucuk dah.
Tangan dua-dua kena lipat, nak bagi darah stop flowing.
Lepas kena cucuk, it's time untuk Sarah buka puasa - as always Restoren Taj.
Then, it's waiting time. Tunggu Prof Lin habis rawat patient kat DayCare Clinic.
Sementara menunggu tu ayah tanya Ms Santa, admin Prof Lin, macam mana dgn result blood and urine. Santa kata AFP ok. Tapi urine Sarah masih ada infection, ada traces of bacteria, protein and so on. Risau...
Masa jumpa Prof Lin, Prof kata normally possibility yang boleh jadi macam tu disebabkan salur kencing tersumbat. Tapi bulan Julai dulu dah buat ultrasound, semuanya ok. So conclusion - dia tak boleh nak determine reason for urine infection. Cuma Prof kata kalau dirawat boleh menyebabkan sakit buah pinggang. So Prof rekomen - start balik makan antibiotik yang superpahit tu dan buat culture (dari urine sample tadi). Lepas seminggu kena datang balik, untuk check lagi sekali.
So, no choice Sarah, you have to eat the super pahit antibiotic dan kena datang SDMC lagi.
No comments:
Post a Comment