Tak kisahlah tak dapat.
Keputusan Awish meningkat berbanding pertengahan tahun. Dalam kelas Awish dapat No.8. Ok lah tu. Tapi target Awish top 5 tak kesampaian. On top of that core subject Awish cuma dapat 1A 4B. Kena usaha lebih lagi Awish.
Mina pulak macam biasa, sepanjang tahun dapat hadiah kuiz2 dalam kelas. Tapi progress tak tau sebab sekarang pakai sistem Band, takde number. Sistem yang cikgu nak explain pun tak reti. Tahun lepas ada jugak cikgu bagi slip kedudukan band untuk setiap subjek. Tahun ni bukan setakat takde perjumpaan ibu bapa dan cikgu, slip kertas tu pun takde.
Itu kat sekolah kebangsaan.
Kat sekolah agama, Awish...ohh... Awish...
pertengahan tahun
akhir tahun
Punyalah banyak merah2. Dalam kelas antara yang corot lak tu - 31 dari 33 murid. Keseluruhan tahun 4 Awish dapat no 161 dari 186 murid. Cikgu pulak bagitau dalam kelas Awish sentiasa berangan. Nak kena panggil dengan jeritan barulah Awish tersedar.
Memang macam tu Cikgu..
Mina, ok. Ayah tak ambik gambar sebab tak terpikir nak ambik. Sebenarnya ayah ambik keputusan Mina dulu. Baru ambik keputusan Awish. Masa kat Awish tu lah terpikir ni kena ambik gambar result ni sebagai peringatan.
Anyway Mina menujukkan peningkatan, tengah tahun no. 10, ujian bulan 8 no 8, ujian akhir tahun no 7. Semua tu kedudukan dalam kelas. Tapi akhir tahun peratusan markah berkurang berbanding dengan tengah tahun. Keseluruhan tahun 2 Mina dapat no. 9.
Anyway, tahniah Awish dan Mina. Kena usaha lebih lagi untuk tahun seterusnya.
No comments:
Post a Comment