Mina dah berapa hari sibuk ajak ayah nak exercise kat luar waktu malam. Biasanya ayah akan mengelat - ayah belum makan, nak sembahyang etc.
Finally one day ayah dah takde alasan. Lagipun Mina dah mula kecewa (tarik muka) sebab ayah tak layan dia.
So, ayah ikut jelah hajat. Awish dan Mina sebenarnya nak 2 perkara - 1 nak ayah ambik gambar diorang lari dalam HDR mode, nampak diorang lari macam 'Flash Gordon', laju yang amat kononnya.
Yang keduanya nak tengok Sarah lari.
Actually hari tu masa mula2 moonlight exercise ni Sarah lari memang kelakar. Bila Awish dan Mina dah patah balik, Sarah masih lari, ambik lajak untuk buat satu pusingan U yang besar.
Tapi on that day, Sarah lari laju dan boleh buat sharp U turn.
Selepas berkali2 lari turun dan patah balik, ayah kata cukuplah tu. Awish dan Mina kata sekali je lagi, nak tengok Sarah lari for the last time. So yang last time ni, memang Sarah 'break' mengejut untuk buat U turn, tapi...tersembam dan terus menangis.
Lutut kanan Sarah berdarah, lutut kiri dan tangan kiri kanan luka sikit.
Walaupun kesian tengok Sarah, tapi mama dan ayah tergelak bagai nak rak tengok reaksi Sarah dan raungannya - "You see. I painfull already! I'm going to die already!" Kelakar lah anak ayah sorang ni.
Actually mama dan ayah tak panik pun bila tengok Sarah berdarah macam ni. Sebabnya tau Sarah memang strong. Apalah sangat lutut berdarah ni banding dengan kimo, operation dan every month kena cucuk tu.
Apa-apa pun tragedy kat Sarah ni give ayah a very good reason to stop the moonlight exercise activity.
No comments:
Post a Comment