Saturday, July 14, 2012

...it's the 5th day

Hari ni dah hari ke 5 Awish demam.

Hari Isnin petang Awish dah nampak semacam. Nampak lesu je.

Esoknya Selasa pagi badan Awish dah panas, so ayah decide tak payah pegi sekolah. Mama bawak pegi klinik. Doktor bagi antibiotik.

Hari Rabu masih demam. Tapi Awish nampak cergas sikit. Nevertheless still too weak to go to school.

Hari Khamis masih demam. Infact makin panas. Up to 40 degree C. Selera makan dah berkurang. Asyik tidur je. Ayah dan mama dah bertambah risau. Awish tak pernah demam dan sakit macam ni. Takut kalau2 denggi. Mama suggested bagi satu malam lagi.

Hari Jumaat. Semalam. Masih panas. 38 degree C. Batuk. Malah, Mina pun dah demam. Mama bawak Awish dan Mina pegi klinik. Mina dapat antibiotik. Awish..of course kena ambik darah. Tapi...

Anak bujang sorang ni punyalah takut nak kena cucuk. Sampai muntah2 sebab menangis uncontrollable dan meronta-ronta. Empat orang pegang pun masih tak dapat nak ambik darah Awish. Al maklum jelah, dengan badan Awish yang kus semangat tu sapa yang boleh pegang. Akhirnya doktor giveup, mama giveup. Tak boleh nak ambik darah. Doktor referkan kat Sunway Med Center. At the same bagi antibiotik yang lagi kuat.

Petangnya Awish macam ok, so Awish pegi KAFA. Balik dari KAFA badan Awish panas balik. Mama bagi demam Awish satu malam lagi.

Malam tadi ayah reasoning, man-o-to-man-o talk dengan Awish kenapa perlu cucuk dan ambik darah. Macam ni lebih kurang..

"Awish dah demam empat hari. Mama dan ayah worry. Mama dan ayah nak Awish sihat. Kalau tak ambik ubat tak tau Awish sakit apa. Kalau tak tau sakit apa, tak boleh bagi ubat yang betul. Kalau tak dapat ubat betul, nanti Awish tak boleh sihat. Kalau Awish tak sihat, Awish tak boleh makan sedap, tak boleh makan pedas2 (ni doktor dah pesan kat Awish Selasa dulu). Kalau Awish tak makan sedap, nanti Awish jadi kurus."
Another version "Kalau Awish tak sihat, Awish tak boleh pegi sekolah. Awish dah empat hari tak pegi sekolah. Awish tertinggal banyak matapelajaran. Kalau Awish tertinggal matapelajaran, macam mana Awish nak naik pentas hujung tahun ambik hadiah"
Satu lagi version "Awish kan anak jantan, Awish kan lelaki, 9 tahun, kena la berani. Sarah girl, 4 years old, every month tangan kena cucuk untuk ambik darah. Sarah pun menangis tapi still Sarah hulur tangan untuk kena cucuk. Dan Sarah cuma lepaskan takut dengan jerit "I hate Doctor!!" Doktor akan balas "I love you". So Awish kena la berani"

Macam2 ayah cuba physco Awish.

Tapi Awish masih takut. Dengar ayah punya reasoning pun Awish dah takut. Menangis non stop. Awish ni 'dalam hati ada ...lebih dari taman...ada tasik, club house, pokok2 rendang'.

So...today pagi ni, Awish masih demam lagi, while Mina looks better. So memang nak kena cucuk ambik darah hari ni.



No comments: