Thursday, April 19, 2012

Mina sakit

Khamis dan Jumaat minggu lepas Mina mengadu sakit gigi. Hari Jumaat jugak Mina kena cucuk (BCG or something like that, tak ingat). Lepas cucuk Mina terus demam.

Ahad sampai Selasa, Mina mengadu pening kepala. Mainly disebabkan gigi Mina, gusi dah bengkak.
Semalam, Mama bawak Mina cabut gigi pulak. Bernanah semua cukup. Doktor gigi bagi ubattahan sakit dan antibiotik.

Tapi nak dijadikan cerita, Mina alahan dengan ubat-ubat tu. Muka, mata, badan habis lebam2, bengkak2. Mama bawak Mina ke klinik panel - tukar ubat. Kurang sikit alahan Mina.


Tapi petang tadi, alahan Mina tu macam menjadi2 balik...


Mulut, leher, perut habis merah2.

Kesian Mina. Kepala pun masih pening lagi.



No more pets!!


Ingat entry ni Hamster?

Hamster (Candice and Duff) jadi pet end of March.

14 April - Candice terkorban. Selepas tak terdaya menahan picitan (sampai menjerit2 binatang tu), golekan, dan sebagainya.

Semalam 18 April - Duff terbunuh, sampai berdarah2.

Muka bersalah pelaku.



Ayah punya keputusan - NO MORE PETS!!!

Biarlah Tuck sikura-kura je yang bertahan.





Medical Record Entry

This is a short entry to record Sarah progress to recovery.

Follow up (blood test) 10th April 2012:

Prof Lin mentioned 'amazing' referring to Sarah progress so far.

AFP is 3.2 (recap - when cancer was first discovered Sarah's AFP was 328000, normal is <8)

Alhamdulillah. Moga Sarah bertambah sihat dan sembuh sepenuhnya.

Wednesday, April 11, 2012

Hantu Durian At It Again

Ayah, can you buy doyan?

Ok. Let's go.






Sehingga menjilat jari!!!

Sarah secara tiba-tiba menjadi hantu durian immediately after one of the platlet transfusion last year June. Masa tu, Sarah keluar je hospital terus mintak kat mama belikan durian. And it hasn't stopped since. Cuma biasanya mama dan ayah tak layan sangat je.

At least mama dan ayah ada jugak geng makan durian. Awish dan Mina still tak nak makan durian sebab "smelly". Sabar je lah. Mina used to eat durian up until she was 4, while Awish memang langsung tak pernah menjamah durian!! Melayu dan jawa 'murtad' lah kau ni Awish.

Mesti platlet darah yang tansfused ke dalam badan Sarah last year tu, dari hantu durian jugak. Who ever you are, thank you very much!! 

Sunday, April 8, 2012

Alkisah 2 Atuk

Dialog hari Jumaat waktu senja..
Sarah : Mother, who sleep with atuk tonight?
Mama : No, atuk sleep alone.
Sarah : Oh..atuk boy not scared. Atuk girl scared.

Atuk boy? Atok girl?

Atuk boy (Atuk Tampin) tidur kat rumah over the weekend (jumaat sampai ahad).

Dinner dengan atuk kat Padi, Cyberjaya.

Atuk Tampin, sedar yang dia tak kuat lagi. Jalan pun kena bertongkat, kena pimpin. Hidup bergantung dengan ubat. Atuk sedar yang atuk tak boleh duduk sorang2 kat kampung. Atuk kena bergantung kepada ayah dan pakcik makcik yang lain.

Tapi memori atuk makin hari makin lemah. Nama orang, atuk selalu salah sebut. Atuk nak sebut nama Pak Uda ie Ain tapi atuk sebut Edi, nama ayah, vice versa. Atuk nak panggil Awish tapi atuk panggil Danial. Kesian atuk. Nama tempat pun atuk susah nak ingat. Tempat makan malam tadi, Cyberjaya, berkali2 atuk tanya ayah. Kejap2 lupa, kejap2 lupa.

Tapi atuk waras yang atuk dah semakin pelupa.

Berbeza dengan atuk girl (Maktuk Pontian). Semalam mama dapat panggilan telepon dari Kakak Limah (cousin kat kampung). Kak Limah kata atuk dah tiga hari tak mandi. Tapi atuk beria2 kata yang dia dah mandi. Kak Limah kata atuk memang tak mandi sebab langsung tak basah. Maktuk semakin pelupa. 

Adakah maktuk menuju ke kenyanyukan? Susah nak kata.

Kedua-dua atuk semakin tua. Awish, Mina dan Sarah kena lebih banyak habis masa dengan atuk boy dan atuk girl.


B.U.Y lagi

Ayah can you BUY red yellow water game at Giant?

??? Ape ke benda alah nye ni?

Mama rasa Sarah cakap pasal ni..

Sebab masa mama bawak pegi Giant Sarah macam berkenan kat small pool ni.

Tapi lepas beli, Sarah cakap bukan benda ni. Mama bawak Sarah pegi Giant lagi dan suruh Sarah tunjukkan kat mana benda alah tu.

Malangnya (fuhh..nasib baik bagi mama dan ayah sebenarnya) Sarah tak ingat kat mana dia red yello water game tu.

Anyhow Sarah enjoy small pool yang mama belikan. Sehari sampai 3-4 kali masuk pool, sampai kepenatan yang amat bila malam.

Tuesday, April 3, 2012

Curly


Tak tau dari mana datang idea ni - Mina mintak mama 'curl'kan rambut. Yang bestnya Mina siap tau boleh pakai curl atau benda alah yang gulung2 rambut tu. Sapalah yang mengajar budak 7 tahun ni ber'pesen-pesen' ni.

2-3 hari jugak Mina mintak. Mama buat tak tau je. Masa weekdays, mama kata tunggu weekend. Bila dah weekend mama senyap je, harap2 Mina lupa. Tapi jangan haraplah Mina nak lupa.

Last2 hari Ahad lewat petang, mama tumpas dan belikan. Mama pun pakaikanlah. Siap betul2 nak waktu maghrib. Dah siap tu Mina cakap pulak, sakitlah, macam mana nak mandilah etc etc. Mama cakap tak boleh bukak sampai pagi esok, kalau tak tak jadi curl. Dan curl tu pun tahan dalam tak sampai sehari.

Tapi lepas maghrib, tak sampai 2 jam pakai, Mina sibuk sakitlah itulah inilah. Last-last buka semuanya. Langsung tak curl.

Dan langsung Mina tak mintak lagilah atau sebut2 pasal curl rambut tu.

Harap2 Sarah yang natural curl ni tak pulak mintak nak straighten kat rambut...pengsan..





Sunday, April 1, 2012

Birthday 'Cake'

29 March harijadi mama.

Tapi yang 'lebih' Mina. 28 hb malam dah tanya dah

"what time is your birthday" (maksudnya pukul berapa nak celebrate ni?)

"what colour is mother's cake?"

"I want chocolate cake, I don't want white cake"

Macam2 lagi.

Terpaksa mama dan ayah cakap, ayah balik kerja lepas makan malam kita keluar.

Tapi tak pergi makan kek pun. We eat something else yang equally if not more exciting, senang nak pegi (tak payah keluar masuk big mall). Lagi pun kepala ayah pening sampai vision jadi blur.








B.U.Y

Lately ni, ada 3 perkataan yang sentiasa bermain2 kat mulut Sarah, chicken keras (fried chicken, asal nak makan je mesti ada benda ni), hotel (memanjang ajak dok hotel, setiap minggu) dan yang paling memeningkan kepala, mama terutamanya, adalah BUY...B.U.Y...BELI.

Asal celik mata je, mama buy this, mama buy that, segala macam benda.

Last week, Sarah tetiba cakap kat mama "Mama, can you buy puppy" ??? Sebabnya kawan Sarah kat RealKids, Alvin, ada puppy, kata Sarah.

Mama penat mendengar, so nak buat trick nak bagitau puppy takde jual, mama bawak Sarah pegi kedai ikan. Nak dijadikan cerita kat kedai tu ada pulak hamster! Terus Sarah tukar topik "Mama, buy hamster for me"

So, bila mama call ayah kat ofis, mama dan Sarah nak beli hamster, ayah jadi blank sekejap, ayah salah dengar ke, salah nombor ke apa ni. Tapi bila terbayang Sarah punya persistant kalau nak satu2 benda tu ayah tak hairan. Ayah pun bagi green light untuk hamster tu.

Ni lah hasilnya


Awish mula2 cakap (ayah terdengar kat telepon masa cakap dengan mama) "I don't like pets". Kesudahannya Awish lah yang terlebih2 main hamster ni.

Ada 2 ekor - Candice dan Duff - nama di bagi Awish dan Mina