Sunday, April 8, 2012

Alkisah 2 Atuk

Dialog hari Jumaat waktu senja..
Sarah : Mother, who sleep with atuk tonight?
Mama : No, atuk sleep alone.
Sarah : Oh..atuk boy not scared. Atuk girl scared.

Atuk boy? Atok girl?

Atuk boy (Atuk Tampin) tidur kat rumah over the weekend (jumaat sampai ahad).

Dinner dengan atuk kat Padi, Cyberjaya.

Atuk Tampin, sedar yang dia tak kuat lagi. Jalan pun kena bertongkat, kena pimpin. Hidup bergantung dengan ubat. Atuk sedar yang atuk tak boleh duduk sorang2 kat kampung. Atuk kena bergantung kepada ayah dan pakcik makcik yang lain.

Tapi memori atuk makin hari makin lemah. Nama orang, atuk selalu salah sebut. Atuk nak sebut nama Pak Uda ie Ain tapi atuk sebut Edi, nama ayah, vice versa. Atuk nak panggil Awish tapi atuk panggil Danial. Kesian atuk. Nama tempat pun atuk susah nak ingat. Tempat makan malam tadi, Cyberjaya, berkali2 atuk tanya ayah. Kejap2 lupa, kejap2 lupa.

Tapi atuk waras yang atuk dah semakin pelupa.

Berbeza dengan atuk girl (Maktuk Pontian). Semalam mama dapat panggilan telepon dari Kakak Limah (cousin kat kampung). Kak Limah kata atuk dah tiga hari tak mandi. Tapi atuk beria2 kata yang dia dah mandi. Kak Limah kata atuk memang tak mandi sebab langsung tak basah. Maktuk semakin pelupa. 

Adakah maktuk menuju ke kenyanyukan? Susah nak kata.

Kedua-dua atuk semakin tua. Awish, Mina dan Sarah kena lebih banyak habis masa dengan atuk boy dan atuk girl.


No comments: