Sunday, November 27, 2011

Kenduri Sarah dan Awish

The day was here.
















Alhamdulillah. Selesai.

Walaupun terpaksa bersaing dengan next door neighbour yang jugak buat upacara sembahyang memperingati kematian mendiang bapa diorang, lengkap dengan pembakaran 'offerings' tengah2 jalan. Ayah cuma tau pagi tadi yang diorang buat sembahyang busat ni. Tak sangka. Yang diorang pulak tak sangka yang kita buat upacara agama...diorang ingatkan birthday party.

Pun begitu, semuanya berjalan dengan lancar, dengan izin dan bantuan Allah. Hujan rahmat banyak membantu. Alhamdulillah.

Tertunai sudah hajat ayah. Kesyukuran buat Sarah terutamanya, kesyukuran buat Awish,dan tahlil untuk Arwah Wan dan Arwah Pak Tok.  

Thank you Allah.


Saturday, November 26, 2011

Kenduri Sarah dan Awish : Preparation

Getting ready for tomorrow.
Khemah - under setting up

Yang dirai - check khemah dah siap ke belum

Awish jalan ngengkang ditemani Mina, pergi jemput kawan2 datang esok.

Yang dirai lagi sorang, posing dengan meja pink

Dah siap pasang

Tolong mama..'tolong'??


Sunday, November 20, 2011

Hari Awish Update 2 : Sunat

Kalau orang dulu2 sebelum bersunat kena berendam, lepas kena arak dengan kompang dan payung ketempat berkhatan, hari ni cukuplah setakat Awish ayah payungkan untuk masuk kereta. Itu pun sebab hari hujan. Kalau tak takdenye payung tu.



Sesampai kat Klinik, Dr Asmara cum Tok Mudim rupanya dah sampai, tapi pegi makan sekejap. So it's waiting time


Perasaan Awish? Gembira dan tak takut. Awish sunat dulu dari kawan baik Awish, Syafiq. Mama dan ayah bagi lesen kat Awish untuk 'berlagak' kat Syafiq.






Then, masa yang ditunggu2 tiba..."Darwish Nasyran" nurse panggil. Sorang je boleh ikut Awish, so ayah yang ikut.

Bila masuk dalam, Awish jadi menggelabah semacam bila Dr suruh bukak seluar. Segala arahan Awish dah macam tak dengar. Tapi dapatlah jugak suruh dia baring. Itu pun Awish panik dan hulur tangan, nak pegang tangan ayah.

Bila Dr pegang je...Awish menjerit!! Kenalah ayah suruh tutup mata, tarik nafas panjang2. Sekali bila Dr cucuk bius Awish punya jerit lagiii kuat diikutkan dengan menangis. Asst Dr Asmara (lelaki la) suruh Awish baca bismillah, ayah pun suruh Awish baca bismillah. Awish pun baca bismillah dengan kuatnya!!! Rasanya bergegar Klinik tu..

Asst Dr tu lepas tu kata jangan nangis nanti darah lagi banyak. Awish tak dengar dah..meraung kemain. Padahal Dr masa ni dah abis cucuk dah pun. 

Asst Dr tu kata pulak.. baca Alfatihah. Maka Awish pun menjerit baca Alfatihah. Lepas abis je baca Alfatihah, Awish menjerit ..

"Ya Allah ya tuhan ku!!, tolonglah aku tak nak sakit. Tolonglah sunat ni cepat sakit..bla..bla..bla.."

Ayah pandang doktor, doktor pandang assistant, assistant pandang ayah. Nak gelak yang amat. Tapi tahan je, takut Awish lagi kuat menjerit dan takut kang tersalah jahit lak doktor tu.. Tapi memang lawak..

Dr Asmara kata "Huih berdoa.. ahu takut ini mesti budak degil ni". Adeh...nak pecah perut ayah tahan gelak..

Sambil doktor buat kerja, Awish terus mengerang. "Ada tisu tak" Awish tanya. Nasib baik lah ada tisu dalam bilik rawatan tu. Ayah ambik bagi Awish, buat lap airmata. "Nak lagi tisu". Hentamlah, ayah main sedap je ambik.

Sambil Awish mengerang, menangis, baca bismillah, baca doa, dsb tu ayah ulang banyak2 kali 

Tutup mata
Tarik panjang2, hembus slow2
Mana ada sakit, sakit sikit sikit je.
Macam semut gigit je (padahal masa ni bius dah jalan dah, mana ada sakit)

Kejap2 kang Awish tanya pulak..

Dah abis ke?
Bila nak abis?
Apa tu? Gunting ke? (Bila dengar bunyi alat2 surgery tu)

Dalam pada tu ayah tukar taktik lain plak nak tenangkan Awish.
Ayah : Awish, nanti Awish dah sunat Awish boleh jadi kuat macam Dragon Ball.
Asst : Ohh.suka Dragon ball rupanya
Tapi Awish tak layan terus je mengerang2, "sakitnya, sakitnya"
Ayah : Macam, macam, macam sapa...hah..macam Goku
Dengan secara automatik tetiba Awish berenti menangis, mengerang dan tengok ayah "Hei, bukan Goku lah, Gezetta lah"

Sekali lagi nak pecah perut ayah dengan assistant dan doktor tu.

Dr : Elok je tu
Ayah : Kau ni pandai berdrama lah Wish.

Awish : Nak tisu lagi
Ayah : Tisu lagi?!! Haih..abis lah tisu klinik ni.

Tergelak lagi assit dgn Dr.

"I don't want to be naked" ada sekali tu Awish merapu. "Nanti kalau orang tengok camne?" 
Asst doktor tu jawab (merapu jugak) "Nanti kalau orang nak tengok, cakap dengan dia RM10, ok?"

Tetiba, dah dekat2 nak abis, Awish pun dah boleh control nafas panjang dan slow, Awish cakap.

"Tak sakit pun..macam semut gigit je.."

Awish gelak dan senyum melebar. Memang Awish ni drama king la Awish. Doktor nye komen lagi best.

"Tau pulak tak sakit. Tadi yang menjerit mula2 tadi sampai bismillah, berdoa semua cukup tu apa? Macam hero hindustanlah kau ni. Baru nak kena terajang, 1 meter lagi nak kena dah terbang dah"

Kah.kah.kah..kalau kat rumah ayah dah berguling2 dah rasanya.

Dipendekkan cerita, akhirnya semua selesai. Dr Asmara bagi lebihan kulit kat ayah (dalam bekas, of course) sambil cakap dengan Awish "Ni kulit ni, balik rumah, rebus. (sambil gelak) Lepas tu air dia minum nanti tak degil lagi. Ok?" 

Ayah pakaikan Awish kain dan keluar dari bilik rawatan, menengok mama yang berair mata. Bukan nangis tapi gelak pecah perut dengar drama kat dalam bilik tu.


Cukuplah setakat ni. Ada banyak lagi dialog2 lucu. Awish paksa mama baca doa sebelah katil (kat rumah) mintak kat Allah Awish cepat baik etc.

Nasib baiklah Awish peserta pertama. Kalau Awish peserta kedua, ketiga ke dan budak yang dulu dari Awish berdrama macam Awish, rasanya mau Awish buat drama masa menunggu. Tak pun lari kut. Nasib baik tak macam tu. Masa Awish keluar bilik, budak yang no 2 dan no3 macam seram sejuk je menengok Awish.

Anyway, Awish, syabas dan tahniah. Dalam takut2 dan dialog2 skima+baku Awish tu, Awish dah selesai berkhatan. Tunggu 3 hari untuk lasak2 balik ok.



Saturday, November 19, 2011

Hari Awish Update 1 : Hearing Impairment

Mama bagitau Dr Koay pasal lately Awish ada hearing problem especially masa pagi. Dr Koay suruh buat hearing test.

Menunggu turn hearing test

Result - apa yang ayah and mama khuatirkan, rupanya memang betul.

Masa tiub dalam telinga Awish dikeluarkan (entry Sept 11 partial-hearing-impairment-treatment) Dr Koay ada bagitau telinga Awish masih ada masalah pendengaran. Masa tu telinga kanan ok (side track : Awish maju dalam ujian akhir tahun dengan 'handicapped' hearing - syabas Awish). Tapi hearing test menunjukkan telinga kanan Awish dah dropped 30%!!! Masyaallah. Patutlah Awish tak dengar. Kesian Awish.

Dr Koay kata kalau sebelah pagi lagi teruk sebab, cecair dalam telinga belum settle down lagi setelah lama dalam keadaan baring.

So, Dr Koay recommend masukkan semula tiub dalam both telinga, a different type of material yang boleh bertahan bertahun2. Dr nak buat hari Isnin ni tapi mama consider Awish nak sunat, jadi appointment untuk minor surgery letak tiub kat telinga Awish ni 30 Nov 2011 nanti.

Apa pun mama dan ayah bersyukur sebab mama dan ayah prihatin dengan perubahan Awish dan dapat detect awal. Bayangkan kalau tak perasan Awish mungkin naik Tahap 3 dengan masalah pendengaran yang teruk.

Alhamdulillah. Thank you Allah atas dugaan dan petunjukMu.






Hari Awish

Hari ni hari Awish.

Mula2 pagi follow up telinga.

Last month dah keluarkan tiub kat telinga. Doktor kata masa tu sebelah kiri masih ada masalah pendengaran. Lately (especially last week) ayah sentiasa naik darah dengan Awish masa pagi2 sebelum ke sekolah. Awish memanjang tak dengar bila ayah cakap. Kekadang ayah ulang (dalam volume yang sama) 7-8 kali tapi Awish tak menyahut. Kalau Awish sedar ayah panggil pun Awish akan tanya lagi apa ayah kata 2-3 kali, sampai Awish kena datang dekat dan tengok mulut ayah bercakap. Pagi ni mama pun perasan benda yang sama.

Kebetulan pagi ni follow up dengan Sunway MC Dr Koay, so kena mintak Dr Koay diagnose.

Petang ni pulak...jeng..jeng..jeng.. masa untuk berKHATAN..

Semalam Awish cakap dengan mama, Awish takut.

Tak tau lah macam mana petang ni...Harap2 Klinik Dr Azizah tak runtuh kalau2 Awish menjerit.



Selamat Tinggal Alam Pra-Persekolahan

Semalam hari terakhir Mina di RealKids. Selepas Tahap 1 KSSR menanti.

Cerita kat blog mama


Thursday, November 17, 2011

Sarah - Little Fighter

Hari ni Sarah jumpa Prof Lin, to check on her progress to full recovery.

Alhamdulillah.

Alphafetoprotein @ 3.9.

Prof even said he think the CVC can be removed. Tapi Sarah takut sakit so tak jadi buat hari ni. 20 Dec nanti baru akan remove. Prof kata kalau CVC tu diperlukan (nauzubillahi minzalik) boleh buat yang baru je.

Ayah terharu dengan perkembangan Sarah. You are a fighter Sarah. You truly are a fighter. Keep on fighting. It's just another 5 years before kita declare Sarah sembuh sepenuhnya.

Sarah dahmakin cekap dengan komputer. Tahun depan boleh sekolah dah ni.

Sarah dah boleh pakai sepit rambut..



Wednesday, November 16, 2011

Diam berisi dan Gembira

Ayah kena pegi sekolah ambik duit 'gula-gula' RM100. Kelas Awish duit RM100 tu tak payah nak bersalaman dengan Ahli Parlimen, instead ambik kat kelas dari Cikgu kelas. Bagusss sangat dapatlah ayah berborak kat Cikgu Azami pasal Awish.

Ayah : Macam mana dengan Awish, cikgu.
Cikgu : Bagus dia...banyak peningkatan
Ayah : Alhamdulillah..
Cikgu : Dia diam je
Ayah : (pelik, diam?? bukan ke tak bagus tu)
Cikgu : Diam2 berisi..
Ayah : Ohh..memang dia banyak berubah..periksa pun dapat no 2. Itupun kalau tak dia tertinggal 2 muka surat kertas Sains tu...kalau tak dapat no 1 dah.. tapi takpelah, itu rezeki dia..(Cikgu dan ayah dan bercerita agaknya macam mana Awish boleh miss 2 muka surat tu)
And then...
Cikgu : Dia matematik dia bagus..dalam kelas ni dia, dan ada lagi dua orang budak je dapat A
Ayah : Oh ye ke (anak aku terror Math rupanya, macam ayah ko la ni, hehe)
Ayah : Tahun depan dia kelas apa??
Cikgu : Rasanya kelas 2
Ayah : Hah..susahlah dia nak dapat hadiah. Dia kena belajar lagi rajin2 lah.
Cikgu : Kelas no 2 lah rasanya (sambil ambik list nama 3 Neptune tahun depan; nama Awish takde)
Ayah : Hmm...takde pun nama dia..naik kelas la tu kut. Terima kasih cikgu.

Dalam kereta nak balik..
Awish : Ayah, Awish sangat gembira.
Ayah : Gembira? (cam skima je) Kenapa?
Awish : Awish dapat balik (balik awal hari ni) dan dapat naik kelas.
Ayah : ohh...Awish nak dapat no 1?
Awish : Nak!
Ayah : Kalau Awish naik kelas, Awish kena belajar laaaaagiiiiii rajin baru boleh dapat no 1...ok?
Awish : Ok...

Awish masih tak putus gembira dari minggu lepas sebab keputusan dia yang cemerlang tu.

Keep it up Awish!!!

Tuesday, November 15, 2011

Tergedik-gedik

Sarah menyanyi lagu ... ntah lah. Tak tau lagu apa.

Tapi yang bestnya, gelek ala-ala gelek gerudi gitu..


Esok Sarah akan ke SDMC, follow up. Kali ni MRI scan.

Harap2 semuanya berjalan lancar.


Sunday, November 13, 2011

School Events #2 : Darwish

12.11.11. Hari bersejarah buat Awish. Awish akan naik pentas ambik hadiah. Hasil kejayaan Awish buat big minor (belum major lagi) improvement.

Dari pagi lagi ayah yang terlebih2, nak Awish pakai kasut yang tak kotor dan lunyai, baju kemas, tak senget2, tie tak panjang, tak pendek, rambut rapi etc. Nak bagi gambar cantik. Plannya nak letak gambar tu kat dinding Awish sebagai motivation untuk Awish maju lagi.

Maid Ja lak buat hal, lambat bangun ke apa ke tak taulah..tapi breakfast tak siap2, Awish dah lapar, last2 keluar rumah tanpa breakfast. Nak makan kat kantin,kantin pulak tutup (apa kes?). So, ayah beli nasi lemak, untuk Awish makan kat kantin. Memang Awish kena menunggu kat kantin sebelum masuk dewan.

Hasilnya, baju Awish tu  bertepek2 dengan sambal nasi lemak. Lutut dan buntut seluar pulak putih sebab Awish duduk kat tempat yang kotor (main dengan imaginary friend sekeliling kantin, padahal kawan2 ramai).


Prasekolah Pop Yeh Yeh.. Mina, dahsat Mina...ingat RealKids je boleh buat??

Cikgu Azami, Cikgu kelas Awish jadi pengacara majlis

Kan main sorang2 tu, dengan imaginary firend agak nye

Salah satu palitan sambal, kat poket tu. Banyak lagi tempat sambal tu singgah..

Kasut..bolehlah..Ayah tengok ada mak bapak lagi poyo..siap belikan anak diorang kasut baru lagi untuk naik stage. So, ayah ni takdelah poyo sangat kan..
Tapi sambal, kasut kotor, seluar kotor, tu rasanya tak nampak dalam gambar.

Kalau Mina ada secret admirer, Awish pulak secretly admire budak ni, Nur Aliyah Fatihah, No 3 kelas Marikh (kelas ke dua pandai). Awish kelas Neptune (kelas ke tiga pandai).

Cikgu Azami announce: Tempat kedua 2 Neptune, Darwish Nasyran BTE Mohd Affendi.
BTE??!? Cikgu oi!!! Anak murid sendiri pun tak tau ke lelaki ke perempuan.
Tapi anyway, Awish naik stage, ambik hadiah dan keluar tanpa sebarang masalah....Fuhhh!!! Lega ayah!!! Kotor sana sini pun tak nampak kan.


Pagi dah bedal nasi lemak, Awish boleh bedal lagi bihun..

Syabas Awish!!! 

Tapi Awish kena ingat, Kalau Awish nak hadiah lagi, Awish kena belajar lagi tekun. Kalau rezeki Awish masuk ke kelas yang lagi pandai dari sekarang, Awish kena lagi lagi tekun sebabnya yang dapat markah keseluruhan lagi bagus dan dapat 5A pun tak dapat hadiah sebabnya persaingan sangat sengit.
Zaman sekarang ni no dalam kelas tak penting sangat, tapi peratusan markah (Awish sekarang 81%) dan berapa banyak A yang penting. Masa UPSR nanti, bukannya ada no 1, no 2 ok Awish.

But, for now Awish, enjoy your glory!!


School Events #1 : Mina

11.11.11. It was Mina's graduation. Macam biasa RealKids buat kat luar. Tapi timingnya kali ni pelik sebab, tak sekali dengan konsert (konsert dah buat Ogos hari tu) dan acara start pukul 7ptg hari Jumaat.

Nasib baik tak hujan, kalau tak mesti jam giler kat USJ1 tu, dan nasib baik jugak boss ayah bagi ayah keluar awal. So ayah terus dari ofis, Mina dan mama dari rumah. Mama tak plan nak bawak Sarah sebab time makan+mandi kan. Tapi masa nak keluar Sarah menangis bagai nak rak so kena lah jugak bawak.

Dah lah sejuk yang amat, Sarah tak nak pakai sweater, dah tu poyo berjoget sorang2 kat depan.

Mina and fellow graduates

tengah nyanyi



Mina dan (one of her best buddy) Ilya 

Queue nak naik stage


Enter frame. Rasanya Sarah excited nak sekolah ni

dengan Teacher Pre 3 Wisdom, Teacher Thila

Mina melangkah menuju kejayaan



Ayah kena naik stage lagi sekali untuk fetch Mina balik



Best buddies lagi, Varsini dan Ahilesh

Ahilesh ni secret admirer Mina (boleh??). Selalu Mina cakap "mother, Ahilesh want to marry me". Nak pitam ayah dengar.

Congrats Mina!!

Next tahap 1 pulak tahun depan.