Sunday, November 20, 2011

Hari Awish Update 2 : Sunat

Kalau orang dulu2 sebelum bersunat kena berendam, lepas kena arak dengan kompang dan payung ketempat berkhatan, hari ni cukuplah setakat Awish ayah payungkan untuk masuk kereta. Itu pun sebab hari hujan. Kalau tak takdenye payung tu.



Sesampai kat Klinik, Dr Asmara cum Tok Mudim rupanya dah sampai, tapi pegi makan sekejap. So it's waiting time


Perasaan Awish? Gembira dan tak takut. Awish sunat dulu dari kawan baik Awish, Syafiq. Mama dan ayah bagi lesen kat Awish untuk 'berlagak' kat Syafiq.






Then, masa yang ditunggu2 tiba..."Darwish Nasyran" nurse panggil. Sorang je boleh ikut Awish, so ayah yang ikut.

Bila masuk dalam, Awish jadi menggelabah semacam bila Dr suruh bukak seluar. Segala arahan Awish dah macam tak dengar. Tapi dapatlah jugak suruh dia baring. Itu pun Awish panik dan hulur tangan, nak pegang tangan ayah.

Bila Dr pegang je...Awish menjerit!! Kenalah ayah suruh tutup mata, tarik nafas panjang2. Sekali bila Dr cucuk bius Awish punya jerit lagiii kuat diikutkan dengan menangis. Asst Dr Asmara (lelaki la) suruh Awish baca bismillah, ayah pun suruh Awish baca bismillah. Awish pun baca bismillah dengan kuatnya!!! Rasanya bergegar Klinik tu..

Asst Dr tu lepas tu kata jangan nangis nanti darah lagi banyak. Awish tak dengar dah..meraung kemain. Padahal Dr masa ni dah abis cucuk dah pun. 

Asst Dr tu kata pulak.. baca Alfatihah. Maka Awish pun menjerit baca Alfatihah. Lepas abis je baca Alfatihah, Awish menjerit ..

"Ya Allah ya tuhan ku!!, tolonglah aku tak nak sakit. Tolonglah sunat ni cepat sakit..bla..bla..bla.."

Ayah pandang doktor, doktor pandang assistant, assistant pandang ayah. Nak gelak yang amat. Tapi tahan je, takut Awish lagi kuat menjerit dan takut kang tersalah jahit lak doktor tu.. Tapi memang lawak..

Dr Asmara kata "Huih berdoa.. ahu takut ini mesti budak degil ni". Adeh...nak pecah perut ayah tahan gelak..

Sambil doktor buat kerja, Awish terus mengerang. "Ada tisu tak" Awish tanya. Nasib baik lah ada tisu dalam bilik rawatan tu. Ayah ambik bagi Awish, buat lap airmata. "Nak lagi tisu". Hentamlah, ayah main sedap je ambik.

Sambil Awish mengerang, menangis, baca bismillah, baca doa, dsb tu ayah ulang banyak2 kali 

Tutup mata
Tarik panjang2, hembus slow2
Mana ada sakit, sakit sikit sikit je.
Macam semut gigit je (padahal masa ni bius dah jalan dah, mana ada sakit)

Kejap2 kang Awish tanya pulak..

Dah abis ke?
Bila nak abis?
Apa tu? Gunting ke? (Bila dengar bunyi alat2 surgery tu)

Dalam pada tu ayah tukar taktik lain plak nak tenangkan Awish.
Ayah : Awish, nanti Awish dah sunat Awish boleh jadi kuat macam Dragon Ball.
Asst : Ohh.suka Dragon ball rupanya
Tapi Awish tak layan terus je mengerang2, "sakitnya, sakitnya"
Ayah : Macam, macam, macam sapa...hah..macam Goku
Dengan secara automatik tetiba Awish berenti menangis, mengerang dan tengok ayah "Hei, bukan Goku lah, Gezetta lah"

Sekali lagi nak pecah perut ayah dengan assistant dan doktor tu.

Dr : Elok je tu
Ayah : Kau ni pandai berdrama lah Wish.

Awish : Nak tisu lagi
Ayah : Tisu lagi?!! Haih..abis lah tisu klinik ni.

Tergelak lagi assit dgn Dr.

"I don't want to be naked" ada sekali tu Awish merapu. "Nanti kalau orang tengok camne?" 
Asst doktor tu jawab (merapu jugak) "Nanti kalau orang nak tengok, cakap dengan dia RM10, ok?"

Tetiba, dah dekat2 nak abis, Awish pun dah boleh control nafas panjang dan slow, Awish cakap.

"Tak sakit pun..macam semut gigit je.."

Awish gelak dan senyum melebar. Memang Awish ni drama king la Awish. Doktor nye komen lagi best.

"Tau pulak tak sakit. Tadi yang menjerit mula2 tadi sampai bismillah, berdoa semua cukup tu apa? Macam hero hindustanlah kau ni. Baru nak kena terajang, 1 meter lagi nak kena dah terbang dah"

Kah.kah.kah..kalau kat rumah ayah dah berguling2 dah rasanya.

Dipendekkan cerita, akhirnya semua selesai. Dr Asmara bagi lebihan kulit kat ayah (dalam bekas, of course) sambil cakap dengan Awish "Ni kulit ni, balik rumah, rebus. (sambil gelak) Lepas tu air dia minum nanti tak degil lagi. Ok?" 

Ayah pakaikan Awish kain dan keluar dari bilik rawatan, menengok mama yang berair mata. Bukan nangis tapi gelak pecah perut dengar drama kat dalam bilik tu.


Cukuplah setakat ni. Ada banyak lagi dialog2 lucu. Awish paksa mama baca doa sebelah katil (kat rumah) mintak kat Allah Awish cepat baik etc.

Nasib baiklah Awish peserta pertama. Kalau Awish peserta kedua, ketiga ke dan budak yang dulu dari Awish berdrama macam Awish, rasanya mau Awish buat drama masa menunggu. Tak pun lari kut. Nasib baik tak macam tu. Masa Awish keluar bilik, budak yang no 2 dan no3 macam seram sejuk je menengok Awish.

Anyway, Awish, syabas dan tahniah. Dalam takut2 dan dialog2 skima+baku Awish tu, Awish dah selesai berkhatan. Tunggu 3 hari untuk lasak2 balik ok.



No comments: