Tuesday, February 22, 2011

Darwish Nasyran

Star Cruise Harbour, 19 February 2011.

Awish...ayah mintak maaf. 

Sepanjang Sarah di hospital, sehingga semalam, ayah jadikan Awish tempat lepaskan tension. Segala apa yang Awish buat semuanya ayah anggap tak betul. Instead of mengajar Awish dengan bercakap dengan lembut untuk mengasuh, ayah gunakan suara yang tinggi. Ayah marah Awish tak tentu pasal, walaupun puncanya benda yang kecik sekalipun.

Ayah tau ayah gagal untuk berlaku adil. Mesti Awish rasa diabaikan. Fokus hanya kepada Sarah, fokus hanya kepada Mina. Fokus kepada Awish??? Bila ayah fokus kepada Awish, emosi amarah yang datang. 

Ayah harap sangat Awish faham yang tika ini adalah saat yang sukar buat ayah, buat mama, buat kita sekeluarga. Ayah masih gagal untuk mengimbangi antara situasi baru, rutin baru keluarga kita dan situasi dan rutin baru di tempat kerja baru ayah. Tapi memang ayah tak sepatutnya menjadikan Awish tempat untuk melepaskan tension.

Maafkan ayah, Awish.







Terima kasih Uncle dan Adib kerana menceriakan hujung minggu Awish.

No comments: