Tuesday, August 31, 2010

Ferris Wheel ride



More stories at mama's blog

Darwish: Episod Kasut

Kasut idaman Awish
Puas mama dan ayah pujuk untuk tidak membeli kasut ni. Akhinya dia akur. 

Tak dapek nak ayah bayangkan kalau Awish pakai kasut ni pegi jalan2, tak kisahlah masa raya ke, bila ke. Tambah lagi kalau dengan seluar senteng lak tu.

Finally we settled with a pair of Ben10 sneakers.

Monday, August 30, 2010

Happy 5th Birthday Ermina Yasmin

Today 30 August 2010 is Mina birthday. She turn 5 today. Sekejap je Princess ni dah besar.
Kebetulan hari ni REAL Kids buat sambutan Hari 1Malaysia dan meminta semua kanak-kanak memakai pakaian tradisional, so Mina pakai baju kurung warna oren, which is baju raya tahun lepas.

Semalam mama dah siapkan 25 bungkus Princess party pack untuk kawan-kawan Mina di Pre2-Bluebell. Kali ni Mina taknak kek sebab puasa (padahal ko tak puasa pun). Lagipun hari tu birthday ayah Mina yg mintak kek kan, dan seminggu baru kita boleh habiskan.


Masa mama ambil Mina pukul 11.30, dengan bawak bakul kosong, Mina jalan dengan muka gembira. Senyum sikit punya lebar....mesti Mina happy kan, dapat distribute party pack untuk kenkawan.


Happy 5th Birthday Princess Ermina Yasmin.


Moga Mina jadi anak yg bijak, dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah dan tidak lupa mama ayah bila dah besar nanti ye. Mama takde nak mintak apa pun, cuma kalu boleh Mama dan Ayah nak mintak Mina jadi Doktor and belanja Mama Ayah gi vacation kat MAURITIUS JEEEE!!!








Sunday, August 29, 2010

Confession of A Shopaholic

My name is Sarah.

I have an addiction. An addiction for shopping. Dress, pants, jeans, shoes. All I love.

I don't care what other people say. What important for me is finding the right shoes, right pattern, right size, right colour, everything must be right. Even though I look like I'm a 'people-not-right' (orang tak betul).



Awish dan Lagu Raya

Ayah dan Mama bangga dengan Awish. Tahun ni Awish puasa sepanjang hari. Cuma first day je tak tahan. Curik minum air. Adalah dalam seteguk dua kut. Tapi selepas tu Awish selamba je. Tak kisah pun tengok Mina dan Sarah makan. Bangun sahu pun tak ada masalah sangat. Masalah masa sahur cuma tak selera makan je. Masalah tu Mama dan ayah pun sama.

So tahun ni ayah tak kisah kalau Awish nak dengar lagu raya puas2. Memang layak Awish raya sakan tahun ni. Lagu favourite Awish lagu Saloma - Aidilfitri.



Infact Awish dapat bergambar dengan penyanyi lagu kegemaran dia.

Monday, August 23, 2010

Seni

That day, ayah bawak Awish dan Mina ke Giant untuk basuh kereta dan at the same time untuk bagi kedua2 main kat 'Dinasour' playground. Mana tau Dinasour Giant Kinrara tu dah tak ada. Maka Awish dapat satu idea.."how about art time?" kata Awish. Ayah pun bagilah Awish dan Mina berkreatif kat Art Class tu.

Hasilnya kat bawah ni.
Yang ni Awish punya
Ni Mina punya.


Yang ni Sarah nye seni.. 
Cinta ku 100%...ik ah ika ah!!

Sunday, August 22, 2010

Sarah yang Rajin

Bersungguh Sarah mintak ayah dan mama bantu dia untuk membuat kerja kerja dapur.????

Kupas rambutan masuk dalam bekas plastik.

Yang kena kupas ayah dan mama.
Sarah punya peranan keluarkan buah dari kulit dan susun dalam bekas plastik secantik yang boleh.


Kampung

Since Awish puasa so ayah carik something yang biasa tapi can be interesting for Awish di kampung. Sebab biasanya dia akan berlari ke sana dan kesini di laman yang luas tu.

Atuk

Kg Repah, selepas jam 10mlm.
Awish dah tido (cuma tak nyenyak je lagi).
Mina dan Sarah masih berlari kesana berlari kesini. Wan suruh tidur diorang tak layan.
Ayah dapat paksa diorang baring kat katil. Tapi kat situ pulak diorang bermain, buat bising dan tergelak terkikih kikih.

Atuk : "Heh! tido eh.. puko berapo dah ni"

Reaksi Mina dan Sarah? Tak layan.

Atuk terpaksa menggunakan cara klasiknya yang dah berjaya dengan cucu cucu dan cicit cicit sebelumnya.

Tingkap cermin dapur dia bukak. Lepas tu lakonan atuk pun bermula..(dialog lakonan seorang dibawah perlu dibaca dengan separa teriak dan dalam slang India) (ke Cina?)
Hei! itu budak belum tido lagi la!
Yaa!! dia dua dua belum tido lagi!!
Lu balik dulu la..
Nanti dia sudah tido lu datang lagi laa!!

Atuk : "Hah! Atuk dah suruh dia balik dah! Tido! Tido! Kang dia datang lagi kang"

Reaksi Mina dan Sarah? Diam. Bersedia untuk tidur.

Atuk..ohhh...atuk. Memang dahsyat atuk punya lakonan.

Kenapa slang India? atau Cina? Entahlah. Hanya atuk saja yang tau.


Birthday 'Ayah'

Awish : Eh..Mina, today 14 August la. It's father's birthday. (Bagus bujang sorang ni. Dia ingat dan mengingatkan semua orang tentang birthday semua oang)
Mina: Yaa..it's August.
....a few minutes later..
Mina : Father, today it's your birthday. Come, let's go and buy the cake.
....a few minutes later...
Mina : Father, today it's your birthday. Come, let's go and buy the cake. I don't want the yellow cake. (Ini sapa punya birthday ni)
....a few hours later...
Mina : Father, today it's your birthday. Come, let's go and buy the cake. I don't want the yellow cake. I want chocolate cake(Amboi amboi, higher demand now. Ini sapa punya birthday ni)
....a few hours later (selepas balik ke kampung Tampin, tidur sana, balik semula ke Kinrara)...
Mina : Father, today it's your birthday. Come, let's go and buy the cake. I don't want the yellow cake. I want chocolate cake red colour(even higher demand now. Ini sapa punya birthday ni)

Hasilnya...

Chocolate Indulgance Secret Recipe Cake

Nanti birthday Mina yang betul2 tak tau la apa dia mintak pulak.

Saturday, August 21, 2010

Kucing

Beg Sekolah

Masa persiapan Awish masuk sekolah dulu, Transformer menjadi kegilaan Awish. Ditambah memikirkan nanti Awish akan membawa buku yang banyak, maka ayah dan mama belikan Awish beg Transformer  yang ada roda. Biar harganya mahal 'sikit' tapi janji ada kualiti dan boleh bertahan lama sampai 2-3 tahun.

Tapi lepas 8 bulan, ni lah hasilnya.

Terpaksa beli Ben10 yang takde roda. Kenapa takde roda? Untuk mengelakkan Awish seret beg tu kat jalan tar, tanah merah, rumput, simen dsbnya sampai roda sebelah hilang dan berlubang.

Beg sekolah sekarang MAHAL rupanya.

Big Apple with Uncle, Auntie and Cousin

Lokasi : Big Apple Subang Parade

4 orang kanak kanak bawah umur di kesan melepak sambil melantak 1/2 dozen donut. Mereka buat tempat tu macam rumah dan harta diorang.

Awish syok giler dapat makan donut. Makan dengan Abang Adlan pulak tu.
Sedapp....
Anak dara gedix ni makan topping icing dia je.
Sarah cannot decide mana satu donut yang dia nak.
Nadia - 3 hari muda dari Sarah
Dari kiri : Uncle Adis, Mak Andak, Mak Lang, Pak Lang.

Masa tu Lidia (kakak Adlan dan Nadia) tengah tunggu turn untuk pertandingan antara sekolah.

Terima kasih kepada Pak Lang yang sponsor donut.

Friday, August 13, 2010

Darwish first time puasa

Gambar puasa hari kedua, selepas mandi (balik dari kafa)

Tahun ni kira first time darwish puasa full day. Tapi ada eksiden sikit masa first day aritu . Darwish merayu2 mintak sirap lepas balik dari sekolah tapi mama tak bagi.

Petang tu around 4pm, mama tengah kat bilik air dengan Sarah, dengar macam peti ais orang bukak.

Keluar dari bilik air tengok ada jug sirap kat dapur. Sah darwish nih. Mama berlari ke living hall and nampak awish tengah minum. Cepat2 mama ambik cawan tu and bgtau dia utk bersabar sampai waktu buka.

Rasanya dah suku cawan jugak lah dia minum.

Second day semalam ok. Takde eksiden and dia nampak cergas je.

Well done Darwish!

Sunday, August 8, 2010

Awish dan Ayah

Hari itu hari Sabtu. Maid mungkin terlupa (?) nak bangun atau pun tak tau yang Awish ada sekolah ganti. Since ayah tak kerja, maka ayah temankan Awish menunggu van Pakcik Yop. Memang dah lama pun ayah teringin nak temankan Awish tunggu bas sekolah.

Dalam keheningan pagi dan dalam kusam2 lampu jalan tiba tiba Awish berkata.

Awish : Ayah, why the cat has short tail? (sambil menuding jari kepada seekor kucing yang sedang melintas)
Ayah : Because Allah make the cat like that
Ayah : Awish, Allah tu apa?
Awish : Tuhan

Ayah tersenyum memikirkan betapa Awish faham jugak apa yang di ajarkan di kelas. Tak kiralah samada di SKSK2 atau pun KAFA. Tapi ayah kena banyak follow up untuk Awish di rumah.

Sekian. Terima kasih.

Saturday, August 7, 2010

A Belated Cuti Sekolah Entry

Better late than never.

One of the activities to keep Awish busy during last June cuti sekolah was ART TIME. Nama aktiviti ni Awish yang bagi.

Ini hasil lukisan Awish
The original pic. From Pixar's Cars book
Satu lagi hasil
satu lagi..
Di tampal di dinding. (lukisan atas dinding tu hasil kerja tangan Sarah)
Satu lagi galeri Awish kat tangga
Lukisan Cars tadi. Siap ada message "Do not's take my Darwish paint". Belasah la.. 
Lokasi sebelah TV. Note: Hari ni 7/8/10 lukisan tu masih ada lagi. Tak ada siapa berani usik lukisan Awish tu.
Ayah, Mina dan Sarah enter frame.