Friday, August 13, 2010

Darwish first time puasa

Gambar puasa hari kedua, selepas mandi (balik dari kafa)

Tahun ni kira first time darwish puasa full day. Tapi ada eksiden sikit masa first day aritu . Darwish merayu2 mintak sirap lepas balik dari sekolah tapi mama tak bagi.

Petang tu around 4pm, mama tengah kat bilik air dengan Sarah, dengar macam peti ais orang bukak.

Keluar dari bilik air tengok ada jug sirap kat dapur. Sah darwish nih. Mama berlari ke living hall and nampak awish tengah minum. Cepat2 mama ambik cawan tu and bgtau dia utk bersabar sampai waktu buka.

Rasanya dah suku cawan jugak lah dia minum.

Second day semalam ok. Takde eksiden and dia nampak cergas je.

Well done Darwish!

No comments: